Showing posts with label kisah artis malaysia. Show all posts
Showing posts with label kisah artis malaysia. Show all posts

Wednesday, 10 July 2013

Erra Dah Bertudung??

,


"Saya tidak dipaksa oleh pihak Desa Murni Batik untuk tampil dengan imej bertudung tetapi ini salah satu inisiatif saya sebagai dutanya sejak 2 tahun lalu. Malah, Desa Murni Batik bukan sahaja mengeluarkan kain-kain bercorak batik yang sesuai untuk dibuat baju tetapi mereka juga ada mengeluarkan tudung yang bercorak batik. Jadi sebagai lambang seorang duta saya sengaja berpakaian lengkap daripada butik ini.

"Namun, ianya permulaan langkah yang baik untuk saya. Mungkin saya belum benar-benar membuat keputusan untuk kekal bertudung sekarang tetapi InsyaAllah akan datang kerana saya juga cuba untuk jadi muslimah yang sempurna," katanya kepada murai.com.my selepas pelancaran cawangan baru butik tersebut di Shah Alam, baru-baru ini.
"Ada orang bertudung mengikut musim iaitu seperti di bulan Ramadan sahaja atau sebagainya tetapi bagi saya, saya akan bertudung tetap bila saya benar-benar bersedia hendak bertudung.

"Keinginan untuk jadi muslimah yang sempurna itu ada tetapi biarlah kalau saya bertudung itu saya faham erti tudung dan kemudian mengikut syariat yang betul serta bukan sebab mahu berfesyen.

"Namun saya harap lebih ramai yang mendoakan yang terbaik untuk saya. InsyaAllah saya akan bertudung juga," jelasnya lagi yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri Demi Cinta untuk Astro.



Bagi aku lawa sangat Erra bertudung..dan aku doakan semoga Allah membuka pintu hati Erra untuk cepat2 berhijab..amin..
Read more →

Saturday, 12 January 2013

Dato Siti Nurhaliza Bertudung Litup Sempena Hari Lahirnya Yang ke 34

,

As salam..

Berita baik buat peminat Dato’ Siti Nurhaliza yang selama ini mengimpikan untuk melihat penyanyi kesayangan ini untuk bertudung litup.

Bercakap kepada Berita Harian hari ini, Siti Nurhaliza mengesahkan sendiri yang ini merupakan imej baru beliau bersempena sambutan hari lahir yang 34 pada 11 Januari 2013 yang lalu.“Inilah imej Siti untuk usia 34 tahun dan Siti harap penampilan baru ini akan terus kekal sampai bila bila,” ujar Siti Nurhaliza yang kini sedang dalam tempoh bercuti dari sebarang aktiviti seni.

Ini sekaligus menjawab persoalan ramai peminat yang tertanya tanya adakah benar Siti Nurhaliza sudah berubah wajah apabila beberapa keping gambar terbaru beliau di’muat naik ke Instagram.Semoga perubahan ini kekal buat Dato’ Siti Nurhaliza dan masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran ke 34 buat penyanyi nombor satu negara ini..

Credit : HERE

Semoga berkekalan imej Dato Siti Nurhaliza ni ye..sama2 kita doakan..

P/s : lawa dato siti..macam budak2 belasan tahunkan?

Read more →