Thursday, 3 January 2013

Bila dah tahap MENGIDAM!!

,
As salam..

Memang aku suka giler DURIAN CREPE.. maka kemarin sesi mewatsup kawan satu tempat mengajar dengan aku mintak dia orderkan kat kawan dia yang dok keramat.. aku order sekali TIGA



Kali ni nak wat stock kunyah2..terus beli tiga packets..ada oranb cakap xda la sedap sangat..tapi lain orang lain citarasakan?



Lalalalala....

posted from Bloggeroid

Read more →

Wednesday, 2 January 2013

Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 | Meringankan Beban Ibu Bapa

,

As salam..

Semalam nengok berita kat tv3.. Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 akan diagihkan kepada murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima bermula 15 Januari 2013..alhamdulillah..

Okla kerajaan ingat jugak kat kita sbg parents yang mempunyai anak2 yang bersekolah..at least dpt RM100 untuk setiap anakkan..at least dpt membeli buku2 kerja atau buku aktiviti tambahan kat ank2 atau yang dah setel beli segala mak nenek buku2..kelengkapan sekolah..bolehla cover balik even tak cover semua..dapat cover separuh or suku pun dh cukup bersyukur..

Untuk pihak pengurusan sekolah plak..jangan nak memandai2 memotong wang tersebut untuk tujuan membayar yuran sekolah atau PIBG dan KPM juga melarang sama sekali pihak sekolah yang membuka kaunter khas untuk bayaran tunggakan ketika pengagihan wang RM100 tu sedang dibuat..huhu..

So uols sebagai parents be aware kalau2 ada sekolah2 anak u ols yang buat cenggini..sbb tahun lepas ada isu sekolah yang tak beri bantuan ni kat parents..sebaliknya potong siap2 yuran PIBG...boley???

Sebab niat KPM adalah untuk MERINGANKAN BEBAN IBU BAPA!!

Uols yang ada anak2 yang bersekolah dari tahun 1- tingkatan 5..tunggu surat dari sekokah memasing ye..

Read more →

Tak Payah Nak MASTERCHEF Sangat!!

,
As salam..

Tajuk tak menahan..hehe..

Dah lama tak kongsi gambar2 makan kat blog ni..maklumla ai masak simple2..bodo2 je kata orang..takde ala2 MASTERCHEF ke hape kan?haha..

Tapi selalunya yang simple2 tu la derang dalam rumah ni mempulun sesungguhnya..Mr Hubby panggil masakan ai ni menu sepanjang tahun...hehe..


simple je masak malam tadi..sambal tumis bilis, sayur sawi goreng ngan daging kicap buat kering2...

Serius dah lama tak makan cenggini..yelar dalam pantang makan pun camnekan?so bila dapat makan cenggini..memang bertambah2..ai pun pelik..selera makin bertambah..sebab dah dapat nikmat makan..dulu masa preggy Aish..makan apa ssh nak rasa sedap..adoiaaiii!!

sambal tomih!!

daging kicap..my favourite...hehe

sayur sawi goreng gitu2 jek..pun sodap!!*harus goreng sikit sbb anak2 payah makan sayur..huhu

Korang masak apa malam tadi?ai masak simple2 je kalau dinner sebab tengahari tak masak pun..sorang2 ngan Aish je kat umah..huhu

Eh..esok dah jumaatkan?sekejap je masa berlalu..lagi seminggu lebih je nak balik mengajar balik..

*sedihnya nak tinggal Aish*

posted from Bloggeroid

Read more →

Tuesday, 1 January 2013

Kakak2 dah pergi sekolah..adik Aish dah takde kawan main...

,

As salam..dok berguling2 dengan dak Aish ni berdua je..hari ni start la rutin harian kesunyiaan..kesian kami yinggal berdua je..Mr Hubby hari ni ada job pagi plak..kalau tak takdela rasa sunyi sangat..

Hari ni kena sorang2 gi hanta and ambik kakak2 dak Aish ni...huhu..

Takpe2..kuat semangat sebab bila drive ada peneman setia kat sebelah ni everyday..yeayy!!! Sapa lagi kalau bukan dak Aish..cari pengasuh pun dekat ngan sekolah..anything happen or emergency ke..dekat nak tengokkan..ok2..itu citer bila ai dah balik ngajar nanti..hehe

Jenuh jugak nak tunggu kakak2 dak Aish ni balik sekolah.. kesian Aish..kena main sorang2..ummi dia kena tinggal je dia kalau tak tidur..nak setel pinggan kat dapur banyak sebab semalam kat area ni tak de air..nasib malam td je..pagi ni dah ada..alhamdulillah..

Nasib jugaj baju dh setel basuh dari petang semalam..pagi tadi dah bawak penyidai kat tempat panas sikit..

So tinggal nak masak tengahari je sat lagi..huhu..

Meh tengok dak Aish buat apa tadi lepas mandikan dia..as selalunya kakak2 dia akan dtg ngendap..kerumun dia..hari ni sure dia keepmon wondering..where are they??* sentap

Read more →

WW # 45 ~ Sexy Sampai Nampak Pusat!!

,
Read more →

Drama Cinta Qaseh di Slot Lestary TV3

,

Wahhh..dah ada drama baru yang bestla menggantikan siri Cinta Cinderela sebelum nih..baru layan tadi..

Pelakonnya pun best2 sebab aku suka giler dengan Wawa Zainal (Qaseh)..berpasangan dengan Adi Putra dan Shah Jaszle pun ada..

Korang layan tak?

Drama ni akan ditayangkan setiap Selasa jam 9 malam di Slot Lestary di TV3..

SIPNOPSIS

Mengisahkan tentang perjuangan cinta tiga segi diantara Arash, Qaseh dan Wahyu. Arash dan Qaseh bertemu di Taj Mahal ketika masing-masing masih bergelar pelajar dan terpaksa berpisah sebelum sempat meluahkan perasaan. Setahun kemudian, Arash telah terlibat dalam kemalangan dan dimasukkan ke hospital. Sekali lagi, takdir telah menemukan mereka berdua. Kali ini Arash sebagai pesakit yang sedang koma dan Qaseh sebagai doktor pelatih. Qaseh yang pada waktu itu telah bertunang dengan Wahyu mula terkenang akan perasaannya terhadap Arash. Namun sebagai doktor, Qaseh tahu dia perlu bersikap profesional. Sejurus selepas lafaz nikah di antara Wahyu dan Qaseh diakadkan, Arash mula sedar dari koma. Di hospital, Arash dan Qaseh mula rapat dan keakraban mereka dapat dihidu oleh suami Qaseh iaitu Wahyu. Disinilah bermulanya pergolakan cinta tiga segi diantara mereka yang membawa mereka semula ke Taj Mahal, Agra India.

Read more →

Takwim Persekolahan 2013

,
As salam..

Nak kongsi Takwim Persekolahan 2013 untuk uols merancang cuti anda bersama keluarga terchenta...

Untuk gambar yang lebih jelas..sila download dan simpan di pc anda k...





posted from Bloggeroid

Read more →