Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Thursday, 31 October 2013

Sharing is Caring ~ Dengan Siapa Saya Wajib Berhijab dan Haram Bersalam?

,

benda ni pun kadang2 nampak macam simplekan?
tapi berdosa jika kita melakukannya..

hmmm...
peringatan untuk diri aku jugak..
sharing is caring..
semoga kita menjadi muslimah yang sejati..
amin..

Read more →

Thursday, 17 October 2013

Brownies Kukus Kartika Sari

,
As salam..
Salam pagi Jumaat semua!!
Wahhh..korang muka hari ni nyengih je macam kerang busuk ek..
Esok dah cuti..
Sonok arrr ekk??


Hari nak gebang pasal makanan plak..
Rasanya ramai yg dah penah cuba brownies dari Kartika Sari, Bandung..
Sesapa yang dah penah bercuti ke Bandung tu mungkin penah mencuba brownies popular ni..
Aku kebetulan anak tiri aku keje kat Bandung..
Engineer buat hiway kat sana..
Bila dia balik sini memang tak penah missed beli brownies utk adik2 dia..

Selalunya kami dapat yg bakar..
Baru ni dia balik try bagi rasa yang kukus plak.
Ohh..rasa dia sedap yg hamat bak hang!!
Tak cukup satu kotak..haha..
Tak senonoh!!
Alhamdulillah setahun 3-4x dapat merasa brownies Kartika Sari nih..




Aku tak tahula derang terima tak order untuk sapa yang berhajat nak rasa..
Tapi korang boleh terus contact isteri anak tiri aku ni aka mehantu aku..hehe..

Selain tu..
Kain sulam dari bandung pun ada kalau nak order k..
Cara penghantaran tu nanti discuss ngan beliau k..


Blog : FuzaMusa
Sms / Whatsapp : 0192784580


Selamat Mengorder!!
InshaAllah bulan 11 ni beliau akan ke Bandung lagi..
Read more →

Takwim Persekolahan Tahun 2014

,
As salam..

nak share takwim persekolahan bagi tahun 2014..
boleh mengkome merancang percutian pada tahun hadapan kan??
untuk those yang ada anak2 yang bersekolah la ek..
hehehe



semoga bermanfaat untuk korang semua ek..
inshaAllah
Read more →

Thursday, 3 October 2013

Peringatan Untuk Guru Daripada Unit Gaji Jabatan Akauntan Negara

,
As salam..

sharing is caring..
baru je tengok ada sorang geng gojes yang bekerja di Jabatan Akauntan
yang share surat daripada Unit Gaji Jabatan Akauntan
yang mengatakan berkenaan dengan pengedaran borang MPDJAN 2013 
seperti attached di bawah...


surat palsu yang dikatakan diedarkan disekolah sekitar Negeri Sembilan dan Kedah
habis gaji guru2 untuk bulan September bagi sekolah2 yang terlibat
kesian!!

surat peringatan daripada Unit Gaji Jabatan Akauntan Negara Malaysia..
di harap dengan perkongsian ini dapat membantu semua guru2 dan staf2 di sekolah supaya sentiasa berhati2 dengan sebarang penipuan seperti ini..
inshaAllah..
sesiapa yang nak share dipersilakan dan sangat dialu2kan..
sekian..

Read more →

Friday, 27 September 2013

Harga Minyak Naik Lagi??

,
Kabinet Kerajaan Malaysia telah meluluskan kenaikan RON 95 10sen & RON 97 15sen.

Pada petang ini Jam 4.00pm Mesyuarat Peringkat Kementerian KPDHP akan membuat penyelarasan untuk pengumuman Lewat malam ni.

*dari sumber yg blh dipercayai*

P/s : harap2 tak la kan..sebab dengar gaji pun akan dinaikkan jugak..tu sebab minyak pun naik..walahualam..

P/s : tula..naik tak naik kereta kena jalan jugak...nk jalan kaki jauh..kesian rakyat..huhu
Read more →

Thursday, 26 September 2013

Pelekat Anti Nyamuk Jenama Mozzie

,
As salam..
Aku rasa penah kongsi pasal ni kat sini..
Takpela aku kongsi lagi sekali la..
Takde rugi apa pun..
Ilmu kan sentiasa perlu dikongsi.
Bertambah lagi ilmu untuk mommies out there..
Untuk kebaikan anak2 kita jugak..


ni la gambar pelekat anti nyamuk mozzie ni..aku ambik sekali rupa sebenar pelekat tu..kena lekat kat baju..


Bau serai giteww..
Wangila pada aku..
Kalau boleh lekat kat seluar dia atau baju bahagian belakang..
Jangan lekat kat atas baju bahagian depan..
Sebab nanti bau tu kuat sangat kat hidung dia..huhu

Lepas habis pantang dak Aish kot baru aku kenal benda nih..
Tu pun sebab nyamuk berkenan sangat kat Aish..grrrrrrr
Aku survey kat farmasi sendiri2...
Setiap farmasi lain harga..kenapa ntah..
Paling murah aku penah jumpa RM12.90..
Aku rembat sekali 3..

Ada farmasi yg jual mahal sangat..
Kat Manjaku tak penah ada stok..
3 Manjaku aku gi..nan hado!!!
So aku cari kat farmasi jek..senang..


ini belakang kotak..arahan memakai..nanti korang beli korang bacala sendiri..hehe


ni lagi satu jugak option kalau ko takmo pakai pelekat..ni dia kena sembur kat anak ko..jangan bagi kena mata jek..jenama mozzie jugak..


Tapi pelekat is preferable la untuk aku..
Terpulang pada korangla kan..
Actually banyak lagi pilihan pelekat anti nyamuk yang ada di pasaran..
But to me this is the BEST la so far..
Memang berkesan untuk dak Aish..
Alhamdulillah..
Dan paling penting affordable untuk mommies kan?

Ada lagi yang mahal yang gelang2 bagai..
Yang tu aku tak penah guna..
Sebab so far dak Aish serasi je ngan benda ni. Bukan baby je..anak besar pun boleh je lekat..
Takde hal..
Yang penting anak kita tak kena geget dengan NYAMUK..gitewww..
Sekian entry anti pelekat nyamuk jenama Mozzie...ngee
Read more →

Wednesday, 25 September 2013

Lepas Cinta Jannah..Love You Mr Arrogant Pulak!!

,
As salam..
Kepada pencinta drama bersiri..
Slot Akasia hari ini akan memainkan drama baru tajuk I Love You Mr Arrogant..




Aku rasa aku penah baca novel nih..
Sebab bila baca sipnopsis dia..
Macam penah bacala..
Mmg sekarang banyak drama adaptasi dari novelkan?
Tapi baca novel lagi feel kot ek?
Korang camne?




Kalau sebelum ni drama Cinta Jannah aku tak layan sangat sebab pelakon dia kurang kickla..
Tapi aku suka jugak hero drama baru ni..
So nak try layan plus sinopsis dia cam best jek..
Lbh kurang jugak mcm drama Cinta Jannah jugakla..
Kawen2 paksa jugak..huhu

Mohla sesama kita tonton ye..
Di slot Akasia..
Pukul 7-8 mlm di TV3..
Layanzzzz!!!
Read more →

Thursday, 19 September 2013

Semoga Anak2 Kita Dilindungi Allah

,
As salam..

last week kita dikejutkan dengan berita Nur Sofea yang meninggal dan dikatakan didera pengasuh..
hari ni aku baca tadi di Harian Metro Online yang ada lagi budak yang meninggal di Pusat Asuhan Kanak-Kanak di Wangsa Maju


"Saya lihat kepalanya sudah terkulai ketika meletakkannya di kerusi bayi di dalam kereta malah muka dan bibir sudah kebiruan malah ketika menjerit memanggil namanya pun anak saya tidak membalasnya," kata Muhamad Norman Rosman, 26. bapa kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan yang maut di pusat asuhan kanak-kanak di Wangsa Maju, di sini, semalam.



dekat siapa kita nak meletakkan kesalahan nih??
sebab benda terjadi pun bukan depan mata kita..
kita terpaksa bekerja untuk mencari sesuap nasi 
dan meletakkan harapan yang tinggi supaya anak2 kita dijaga dengan baik..
wallahualam..
semoga anak2 kita sentiasa di lindungi olehNYA..aminnn

berita selanjutnya di SINI
Read more →

Wednesday, 31 July 2013

Wordless Wednesday - Bayi Paling Berat Di Dunia

,
Read more →

Wednesday, 17 July 2013

Bonus Aidilfitri 2013 ~ Adakah Akan Menjadi Kenyataan? | PM bayangkan berita gembira penjawat awam

,
PUTRAJAYA 17 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mengkaji kemungkinan mengumumkan khabar baik kepada penjawat awam terutamanya menjelang perayaan Aidilfitri nanti.
Perdana Menteri yang ditanya pemberita mengenai perkara itu kelihatan senyum dan memberi jawapan ringkas bahawa kerajaan masih mempunyai masa untuk memutuskan soal tersebut.

"Nanti, kita akan melihat perkara ini. Ada masa lagi," katanya ketika menjawab pertanyaan pemberita dalam sidang akhbar yang diadakan selepas majlis pertukaran memorandum pelaburan Koridor Utara di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS ), Datuk Omar Osman meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua bulan setengah kepada 1.5 juta penjawat awam di negara ini iaitu setengah bulan dipertimbangkan dibayar sebelum Aidilfitri.
Omar berkata, pemberian bonus itu mengurangkan beban penjawat awam dalam membuat persiapan hari raya kerana perbelanjaan ketika Ramadan dan Aidilfitri adalah tinggi berbanding hari biasa.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa pula percaya Perdana Menteri, akan memutuskan isu pemberian bonus kepada penjawat awam

sempena pembentangan Bajet 2014 nanti. - UTUSAN ONLINE


sumber : Utusan Online


p/s : rasanya macam dapat je kan??wahhhh..syiokknya!!!!
Read more →

Monday, 15 July 2013

Bonus Aidilfitri 2013??

,

As salam..
Apa kata korang??
aku rasa macam takde je bonus untuk kakitangan kerajaan tahun ni..
sebabnya kita semua bakal menikmati KGT (Kenaikan Gaji Tahunan) untuk tahun 2013 dan dapat advance kan KGT untuk tahun 2014..
so kiranya macam PM dah bagi kita 'bonus' la tuh..
kalau dapat jugak bonus makanya rezeki la untuk kita tuh..
apa2 pun kita tunggu ek..
ada pun takpe..takde pun takpe..
alhamdulillah..tetap bersyukur!!

Read more →

Thursday, 11 July 2013

Fahami Betul-Betul

,

As salam..
sekadar perkongsian berguna di pagi Jumaat..
dan sebagai peringatan kepada aku jugak..
sharing is caring..

Read more →

Wednesday, 10 July 2013

Isu Vaksinisasi

,
As salam..
Sharing is Caringkan..
Tq Dr Harlina sebab sharing pasal isu vaksinisasi nih dalam blog beliau..
Memang bagus betul artikel yang dikongsi oleh beliau yang ditulis oleh Paed dari Hospital Sg.Buloh..

Aku dah baca sampai habis..
Actually aku sekadar berkongsi je..
To those yang hardcore bak kata Dr Harlina..
Jangan plak nak gaduh kerana isu nih..
Terpulang kepada cara masing2 mendidik anak uols..

Bagi aku kita buat apa2 jgn terlalu fanatik sangat..
Dan jangan blame orang jaga anak tak sama macam kita jaga anak..
Hormat memasing punya cara la kan

Nak baca artikel tersebut..boleh klik link di bawah

http://barelysupermommy.com/2013/07/11/vaccinations/

Peace No War

posted from Bloggeroid

Read more →

Sunday, 7 July 2013

Cheesekut Dengan Topping Oreo..

,
As salam..
morning uols..
yeaahhhh
hari ni nak kongsi ngan korang fenomena baru dalam kalangan mommies gojes lately..
kehkeh..
CHEESEKUT nama diberi..

sebelum tu nak ucap thank u so much dan kredit kepada Nadt sebab sudi kongsikan resepi kat blog beliau..
tq sis!!



saje tepek gambar bebesar supaya korang terliur..bahaha..*janganmaraaaaaa*

Cheesekut telah selamat aku bawak last Friday sempena potluck Ramadhan..
dan alhamdulillah..ramai yang cakap sedap..*matakeatas* 
dan ramai yang nak resepi..
yang mana takdan aku nak bagi tu please copy paste ajok!!

ok..ok..udah2 ler terliur ek..
nak buat tak??
ambik kertas cepat!!
meh nak kongsi resepi..

firstly korang gi beli dulu bahan2 yang diperlukan bagi menjaya misi cheesekut ni..

 bahan2 utama yang WAJIB ada..

1) 1 paket biskut Original Mini Cracker (derhaka daripada resepi asal sebab takde jual)
2) 250 g cream cheese (jenama apa pun takpe)
3) 1/2 tin susu pekat (bergantung pada manis yang korang nak)
4) 3-4 sudu susu fresh milk 

Cara Membuatnya

1) Pukul 250 g cream cheese tersebut menggunakan mixer atau blender (aku guna blender sebab takde mixer...sobs..sobs)..aku terus blender sekali dengan 1/2 tin susu cair...(derhaka jek)

 tu aku masuk sekali cream cheese tu dengan susu pekat..

2) Blend sampai kembang dan tukar warna sikit.. dan aku campurkan susu fresh milk tu sampai jadi cair cam dalam gambar kat atas..

3) Lepas tu ambik biskut yang comel tu..celup sekejap je dalam susu fresh milk tadi dan susun kat dalam bekas yang korang suka..kalau suka nampak tinggi guna bekas yang sesuai dan tak besar sangat..jangan lupa 1st layer tu letak biskut dulu tau..



 4) barula korang lapiskan biskut tadi dengan cream cheese secara nipis2 jek..


5) ulang langkah 3 dan 4 sehingga habis cream cheese uols ek..

6) selepas tu, bolehla kisar biskut oreo dengan menggunakan blender kering tu dan taburkan atas cheesekut uols.. aku tabur selepas aku letak dalam 2 jam dalam freeze..boleh jugak letak terus.. dan boleh jugak gunakan kreativiti uols letak milo ke..buah-buahan ke..ikut suka ek..


ok..selesai sudah kongsi resepi best dengan uols..
tengok gambar ni rasa sekarang jugak nak gi beli cream cheese nak repeat lagi..
hahaha
selamat mencuba!!

nak tengok resepi asal tuan punya badan..boleh la klik link kat bawah ni ye

http://sayepunyebelog.blogspot.com/2013/06/cheesekut.html

p/s : nyesal tak beli bebanyak cream cheese tatura tu..sebab kat area umah aku payah nak dapat..haihh!!

Read more →

Saturday, 6 July 2013

Fasting Tips For Nursing Mothers

,

As salam..
Just found out this on FB..
Hopefully usefull for bf mothers out there..
Sharing is caring..:-)

Read more →

Sunday, 30 June 2013

Perut Kempis..

,
As salam..
Perut korang senang tak kempis lepas bersalin?
Aku alhamdulillah..sangat bersyukur..
Sebab perut takdela boncit sangat lepas bersalin..
Cuma tipula kan kalau kata bila dah ada anak perut ko kempis cam anak dara..*kesatairmata*

Memang stressed kan tengok perut tak sekempis masa jaman anak dara dulu..waaaaaa...sobs...sobs..
Sebenarnya ada banyak cara dan tips nak kempiskan perut selepas bersalin ni..
Aku bukan pakar ek..
Ni mood aku terlebih rajin nak kongsi ngan ko ko camne nak kempiskan perut k..
Sementara aku tengah rajin ni la nak share2kan?
Sharing is caring ko kata..ngeee


aku ambik dari majalah Pa&Ma Julai 2013


1) Susu Ibu - susukan anak sebaik sahaja selepas bersalin dan seterusnya sehingga 6 bulan dan penyusuan secara eksklusif dan sehingga 2 tahun. Nyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200-600 kalori sehari.

2) Bengkung - bagi yg bersalin secara normal bolehla berbengkung terus dan yang bersalin secara czer boleh memakainya selepas seminggu. Berbengkung dikatakan mampu membantu mengembalikan bentuk badan asal dan kempiskan perut.

3) Bertungku /Bertangas /Sauna - bertungku bertujuan untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut atau rahim. Manakala bertangas atau sauna mampu memecahkan lemak, angin dan air yang berlebihan dalam badan.

4) Pemakanan Sihat - wanita bersalin lemah dan letih. Anda perlu makan makanan berkhasiat dan seimbang bagi menambah tenaga dalam badan dan yang penting pastikan susu ibu mendapat khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi bagi mengelakkan masalah perut boncit dan menggeleber.

5) Aktiviti Kecergasan - senaman kardiovaskular dan abdonimal tertentu boleh bantu kempiskan perut. Selain itu, aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang mampu mengatasi masalah lebihan lemak di bahagian perut. Bukan sahaja perut anda kempis, tetapi dapat membina.otot perut.

6) Postur Tubuh - memastikan kedudukan postur tubuh dalam keadaan yang betul. Duduk dalam keadaan tegak, berjalan dalam keadaan postur tegak (tidak membongkok).

7) Toksin Dalam Badan - baru tau.toksin dalam badan berkumpul di perut. Ini boleh menyebabkan masalah penghadaman dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. Boleh ambil supplemen utk hilangkan toksin dalam badan dan lakukan proses detoksifikasi.

Selamat mengempiskan perut ye kekawan!!

posted from Bloggeroid

Read more →

Monday, 24 June 2013

Catatan Terkini IPU Jerebu di Kawasan Yang Terjejas

,
As salam..
Keadaan jerebu di KL dan Selangor masih di tahap unhealthy..

Doakan tempat2 kita cepat dapat hujan ye..
Untuk nak semak bacaan indeks IPU Jerebu..
Bolehla semak di


http://www.mysumber.com/berita/bacaan-terkini-indeks-ipu-jerebu-24-jun-2013-seluruh-negeri

harap maklum

posted from Bloggeroid

Read more →

Sunday, 23 June 2013

JEREBU - Sekolah di KL dan Selangor diarah tutp

,
As salam..

Tadi tengok berita kat TV3..
Dah sahkan bahawa esk sekolah area Selangor dan Kuala Lumpur diarahkan tutup sehingga diberitahu kelak..



Harap maklum.

posted from Bloggeroid

Read more →

Burger Bakar Abang Burn di Buka di Danau Kota

,
As salam.. Finally BBAB bukak jugak dekat dengan tempat aku..yeahhh!
Dah lama tunggu nak terjah BBAB ni.. Tapi tak terpegi2 sebab jauhkan? Sesapa yang dok dekat dengan area Ulu Klang.. Bolehla terjah jajahan ke-17 BBAB di Danau Kota..di Red Chili Cafe.. Ala dekat dengan Uptown Danau Kota tuh.. Tak sabar ai nak terjah!!
Read more →

Thursday, 20 June 2013

Jom Tempah Tiket Malindo Air

,
As salam..
Nak share ngan korang2 ni..
Korangla..
Korang yang suka berjalan..
Suka holiday..
Suka holiday naik belon..eh..kapal terbang..
Hehe..

Ada benda aku nak war2kan..
Sesapa yang nak balik kg raya ni naik kapal terbang pun boleh..
Sebabnya Malindo Air dah bukak 3 laluan baru iaitu ke Alor Setar, Langkawi dan Kuala Terengganu mulai 1 Ogos 2013..
Yeahhh..apa tunggu lagi..




Selain itu..
Malindo Air juga menyediakan penerbangan ke Kota Bharu, JB, Pulau Pinang, Tawau, Kuching, KK, Miri dan Sibu..


Untuk menempah tiket bagi laluan baru sempena aidilfitri ini bolehla mula menempah hari ini di www.malindoair.com


Selamat menempah dan happy holiday in advance!!!

posted from Bloggeroid

Read more →