Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Friday, 27 September 2013

Harga Minyak Naik Lagi??

,
Kabinet Kerajaan Malaysia telah meluluskan kenaikan RON 95 10sen & RON 97 15sen.

Pada petang ini Jam 4.00pm Mesyuarat Peringkat Kementerian KPDHP akan membuat penyelarasan untuk pengumuman Lewat malam ni.

*dari sumber yg blh dipercayai*

P/s : harap2 tak la kan..sebab dengar gaji pun akan dinaikkan jugak..tu sebab minyak pun naik..walahualam..

P/s : tula..naik tak naik kereta kena jalan jugak...nk jalan kaki jauh..kesian rakyat..huhu
Read more →

Thursday, 19 September 2013

Semoga Anak2 Kita Dilindungi Allah

,
As salam..

last week kita dikejutkan dengan berita Nur Sofea yang meninggal dan dikatakan didera pengasuh..
hari ni aku baca tadi di Harian Metro Online yang ada lagi budak yang meninggal di Pusat Asuhan Kanak-Kanak di Wangsa Maju


"Saya lihat kepalanya sudah terkulai ketika meletakkannya di kerusi bayi di dalam kereta malah muka dan bibir sudah kebiruan malah ketika menjerit memanggil namanya pun anak saya tidak membalasnya," kata Muhamad Norman Rosman, 26. bapa kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan yang maut di pusat asuhan kanak-kanak di Wangsa Maju, di sini, semalam.



dekat siapa kita nak meletakkan kesalahan nih??
sebab benda terjadi pun bukan depan mata kita..
kita terpaksa bekerja untuk mencari sesuap nasi 
dan meletakkan harapan yang tinggi supaya anak2 kita dijaga dengan baik..
wallahualam..
semoga anak2 kita sentiasa di lindungi olehNYA..aminnn

berita selanjutnya di SINI
Read more →

Saturday, 14 September 2013

Al-fatihah ~ Nur Sofea Insyirah Meninggal Dunia Selepas DiDera

,
KLANG 14 Sept. - Seorang bayi perempuan berusia enam bulan yang dipercayai menjadi mangsa dera ketika berada di rumah pengasuhnya di Jalan Teluk Gadung Kecil di sini, meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop memberitahu Bernama, Nur Sofea Insyirah Mohd Sharil meninggal dunia kira-kira pukul 2.25 petang ini di Unit Rawatan Rapi Pediatrik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dekat sini.

Mangsa dimasukkan ke hospital itu sejak Selasa selepas dipindahkan dari Hospital Pantai Klang.Bapa mangsa, Mohd Sharil Ahamad, 28, memasukkan anaknya ke Hospital Pantai Klang pada malam Isnin selepas bayi itu tidak sedarkan diri.

Mohd Sharil kemudian membuat laporan polis pada Selasa pagi apabila dimaklumkan anaknya mengalami keretakan di tengkorak kiri, pendarahan otak dan lebam pada dahi serta kedua-dua lututnya.

Bayi itu dihantar ke rumah pengasuh itu sejak berumur dua bulan dan pernah mengalami kecederaan di dahi sebelah kiri akibat bergesel dengan karpet ketika cuba meniarap selain kesan lebam di dahi akibat terkena botol susu.

Polis sebelum ini mengambil kenyataan daripada Mohd Shahril dan pengasuh bayi itu. - BERNAMA

sungguh menyayat hati..geram je rasa nak sepak2 muka orang yanh dera tuh..


Aku ada baca..
Pengasuh ni terpaksa jaga bayi
sebab suaminya berkawan dengan bapa kepada bayi nih..
Wallahualam..
Dalam apa yang kita lakukan pun mesti dengan ikhlas.
Bila hati kita xikhlas dan busuk..
Mungkin begini pengakhirannya..
Pengajaran untuk diri aku jugak..
Semoga bidadari syurga ini tenang di SANA..
Al-fatihah..
Read more →