Showing posts with label kongsi artikel. Show all posts
Showing posts with label kongsi artikel. Show all posts

Thursday, 31 October 2013

Sharing is Caring ~ Dengan Siapa Saya Wajib Berhijab dan Haram Bersalam?

,

benda ni pun kadang2 nampak macam simplekan?
tapi berdosa jika kita melakukannya..

hmmm...
peringatan untuk diri aku jugak..
sharing is caring..
semoga kita menjadi muslimah yang sejati..
amin..

Read more →

Wednesday, 31 July 2013

Wordless Wednesday - Bayi Paling Berat Di Dunia

,
Read more →

Tuesday, 28 May 2013

Scary..Bayi Terjatuh Atas Lantai Semasa Proses Bersalin

,
As salam.


nauzubillah..
terkejut aku baca..
bia benar ko..
tak dapat aku bayangkan camnela baby sebesar 3kg je..
jatuh ke lantai..
tinggi ke rendah?
baby ko..can't imagine..
lembut lagi tulang2nya
kalau jadi kat anak kita..
camne?

dak Aish yg dah 7bulan..
tergolek jatuh dari rocker pun aku jerit terkejut sbb risau takut sakitkan..
rasa nak marah je rocker tu..
*padahalkoyangsalahek*

ok..takmo cerita banyak..
nak tahu lebih lanjut ceritanya..
klik LINK ni..

posted from Bloggeroid

Read more →

Thursday, 11 April 2013

13 Perkara Yang Perlu Di jaga Wanita

,
1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)
Read more →

Wednesday, 13 March 2013

Cantik Tapi Memudaratkan?

,


Untuk ibu2 yang suka melaram baby
secara berlebih2han..

Tak perlu la nak cantikkan anak2 kecil ini jika bahaya !

Untuk Info- 'Headband' yang ketat dikatakan boleh menghalang oksigen sampai ke otak.

credit : Media Santai 

Read more →

Thursday, 24 January 2013

Rezeki Yang Diberkati

,
Read more →

Monday, 24 December 2012

Pertimbang Imbuhan Khas untuk Guru Lulusan Sarjana dan PhD

,



As salam..

Baru baca paper yang dibawa balik Mr Hubby..

Ada berita baik untuk guru2 yg mempunyai master atau PhD..alhamdulillah..

Saya copy sikit apa yang diusulkan oleh NUTP kat sini ye..

Kerajaan diminta pertimbangkan imbuhan khas untuk tangga gaji kira2 30k guru dan pensyarah di sekolah, kolej matrikulasi, dan IPG yg memiliki ijazah lanjutan

Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata ramai guru dan pensyarah menyahut seruan KPM untuk memperoleh ijazah lanjutan demi transformasi pendidikan negara.

"Mereka sanggup berkorban masa dan kewangan melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD), malah ada yg berjaya dari universiti luar negara".

"Justeru pemberian imbuhan khas dengan kenaikan dua tangga gaji untuk sarjana dan tiga tangga gaji bagi pemegang PhD adalah wajar sebagai pengiktirafan".

To me..this is the better way to treat those masters and PhD holder rite?.. and this is the rite time to give them some appreciation for their sacrifice..

Semoga pihak kerajaan dapat mempertimbangkan usulan ini supaya pihak yg terlibat dapat manfaat yg sepatutnya..insyaAllah..

P/s : daripada ambik guru asing yg memerlukan kos yg tinggi better beri imbuhan pada guru sendirikan?

posted from Bloggeroid

Read more →

Thursday, 22 November 2012

'Ubat' Sembelit Paling Berkesan Untuk Saya

,
As salam..

hari ni nak kongsi pengalaman saya kena sembelit recently..



dah beranak 4 ni.. ni la 1st  time kena semasa dalam pantang.. 

memang pengalaman yang mengerikanla.. sampai menangis2 sebab tak boleh nak membuang...huhu

then Mr Hubby bawak saya ke klinik.. Dr bagi ubat sembelit ngan ubat picit kat bon *&# tu.. tapi saya tak berapa berani nak picit2 kat tempat tu dan abaikan aje...hahaha.. so saya hanya makan ubat air tu aje..

then saya whatsup dengan Fuza dan sembang2..terbukak cerita pasal saya kena sembelit.. and she suggested me to try prune juice..even her Dr suggested as well untuk memudahkan membuang air besar

terus suruh Mr Hubby beli dan cuba.. 

sumber : pakcik google

saya bancuh dengan air suam.. dan minum..tak sampai 2 hari mencuba.. saya dapat melaksanakan 'hajat' saya dengan mudah sangat.. tanpa perlu meneran..alhamdulillah...LEGA ceq!!

then saya tried google tentang khasiat buah prune nih..

antara kebaikannya ialah :

  • Menentang Jangkitan
  • Penyakit sistem jantung
  • Pengurangan kolesterol
  • Kencing manis
  • Pencegahan kehilangan daya ingatan dan penyakit Alzheimer
  • Penyakit Diverticular
  • Pengurangan risiko tanggungan estrogen kanser
  • Meransang kepadatan tulang
  • Membersihkan hati
  • Membersihkan usus perut
so memang di situ buktinya saya dapat melegakan masalah sembelit saya kan??

selain itu khasiat buah prune jugak ialah dapat merangsangkan pergerakan usus,  mencegah dan memperbaiki keadaan sembelit dan perut yang tidak selesa sebab ia kaya dengan serat dan pektin

so sesiapa yang ada masalah sembelit tak kira la semasa dalam pantang atau memang mempunyai masalah selalu sembelit.. segera dapatkan prune juice ni ye.. sebab saya sendiri dah cuba.. so saya kongsila di sini untuk kebaikan kita bersama..

p/s : sumber kebaikan buah prune daripada google..
Read more →

Saturday, 17 November 2012

Bayi Tersedak Susu

,


Sebab-sebab bayi tersedak susu

Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka. Lubang puting botol yang terlalu besar juga boleh menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur. Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan Kedudukan bayi semasa minum susu adalah salah.


Cara yang Betul memberi minum susu kepada bayi.

- Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

- Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi (Belilah mengikut kesesuaian umur anak).

- Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

- Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.

- Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.




Cara Rawatan jikalau Bayi Tersedak susu

- Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar..

- Sekiranya bendasing di dalam mulut bayi tidak keluar,dalam keadaan duduk menghadap kehadapan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan

- Selain menekan bahagian perut bayi boleh dibaringkan. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.

Semoga dengan adanya tips ini kita tidak akan panik dan boleh mengatasi masalah bayi tersedak, bukan hanya untuk ibu bapa tapi untuk semua jikalau berlaku pada bayi yang lain dan kita ada ditempat kejadian kita boleh membantu menolong bayi tersebut, ingatlah bayi adalah anugerah Allah SWT yang amat bernilai dan berharga, kasihi mereka dengan memberi kasih sayang yang sempurna.
Read more →

Tuesday, 2 October 2012

Saat-saat Akhir Kehamilan

,
Di saat saat akhir kehamilan, anda mungkin mengalami kontraksi Braxton Hicks yang kerap yang boleh menyebabkan anda percaya bahawa anda mungkin akan bersalin. Kontraksi Braxton Hicks tidak kuat, tidak menyakitkan dan selalunya berakhir selepas 20-30 min. Walaubagaimanpun sekiranya kontraksi Braxton Hicks anda berserta dengan tanda tanda berikut, anda mungkin bakal bersalin dalam masa terdekat atau beberapa hari lagi:
  • Rasa bertenaga dengan tiba tiba dan nak berkemas atau ‘Nesting Instinct’
  • Rasa lega pada bahagian atas perut dan kurang sukar bernafas- Ini disebabkan bayi yang sudah turun atau kepala sudah engage.
  • Kerap kencing- disebabkan tekanan kepala pada pundi kencing
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Keluar lendir tercalit darah dari faraj – menunjukkan serviks sudah terbuka akibat tekanan dari kepala bayi
  • Berat badan menurun
  • Sedikit peningkatan dalam tekanan darah
Walaubagaimanapun cuma sesetengah wanita sahaja yang mungkin mengalami tanda tanda tersebut. Sekiranya anda tidak mengalaminya, jangan risau. Badan setiap wanita adalah berbeza dan berubah dari kehamilan pertama dan seterusnya. Jadi apa yang anda mengalami kali pertama mungkin tidak berlaku kali kedua.
Tanda-tanda dibawah menunjukkan anda akan bersalin bila bila masa
  • Lendir faraj bercampur darah yang lebih pekat
  • Sakit perut setiap 5 minit tidak berhenti lebih dari 2 jam
  • Keluar air ketuban- berlaku cuma 15% wanita sahaja
Sekiranya sakit sudah ketara dan anda tidak lagi dapat berdiri sehingga terpaksa berbaring atau duduk untuk menahan sakit, eloklah ke hospital dengan segera. Pada masa ini serviks anda mungkin sudah terbuka melebihi 3 cm.

sumber : alamhamil.com 
Read more →

Monday, 1 October 2012

16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir

,

  • Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan
  • Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. 
  • Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar
  • Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
  • Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
  • Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
  • Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
  • Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
  • Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
  • Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
  • Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
  • Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
  • Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
  • Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
  • Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
  • Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

  • sumber : SINI 
    Read more →

    Thursday, 20 September 2012

    Ruang Dosa di Facebook

    ,
    Artikel yang dikongsi dari ILuvislam

    Mungkin kita pernah terbaca dengan beberapa ungkapan yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, cuba lihat di wall facebook kita atau sahabat-sahabat yang lain.

    " Hari ini saya keluar dating dengan bf saya"
    "Seronoknya keluar ngan **** semalam kat mall, thanx!!!"
    "Awak ni gatal la sayang ;-)"
    "baby, bila lagi nak 'study' sama-sama?"
    "awak cantik pakai baju itu, cun"

    Dan pelbagai lagi contoh-contoh komen, yang tak sepatutnya. Kemudian, agak menyedihkan, apabila kita muat naik gambar, tanpa kita sedari, mendedahkan aurat kita sendiri, dan bergambar dengan pasangan bukan muhrim secara berpegangan tangan atau berpelukan.

    Mungkin, kita tidak mempunyai apa-apa niat, malah rasa bersahaja apabila menulis komen-komen serta meletakkan gambar tersebut. Tapi sedarkah kita, kita telah membuka keaiban diri kita sendiri, dengan menghebahkan perkara tersebut kepada pengetahuan umum?

    Menurut buku "Sabil An-Najat Min Syu-um Al-Ma'shiyat" atau "15 Kaedah Selamat Dari Maksiat", penulisan Muhammad bin Abdullah Al-Duwais, beliau ada menyatakan jangan hebah apabila berbuat maksiat. Terdapat beberapa nas agama yang boleh dikongsikan.

    Bersumberkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, ia berkata:

    " Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Semua umatku diampuni kecuali orang-orang yang melakukan perbuatan maksiat secara terang-terangan. Salah satu contoh perbuatan maksiat ialah, seseorang melakukan suatu perbuatan pada malam hari, padahal Allah menutupinya, namun kemudian pada pagi harinya ia bercerita kepada orang lain: 'Hai polan, semalam aku melakukan ini dan itu." Sebenarnya ia tidur malam dengan ditutupi aibnya oleh Tuhannya, tetapi pagi harinya ia menyingkap sendiri tabir Allah itu darinya."
    (riwayat Al-Bukhari(6069) dan Muslim(6990))

    Malangnya bagi kita, apabila kita gagal mengawal hawa nafsu kita daripada melakukan maksiat. Nafsu tersebut dikenali sebagai Nafsu Ammarah. Nafsu jenis ini sering menjurus melakukan maksiat dan kejahatan, serta sering mengikut hawa nafsu dan tidak sesekali melawannya. Maksiat yang dilakukan terasa seronok dan lazat, malah berbangga dengannya. (sumber majalah Solusi isu 25)

    Adakah kita gembira apabila tergolong dalam golongan-golongan tersebut? Sudahlah kita melakukan maksiat seperti berdua-duaan bukan muhrim, berpegangan tangan, dan pelbagai lagi maksiat yang kita lakukan, nauzubillah. Kemudian, kita menghebahkannya dalam laman web sosial, dan berbangga dengan perbuatan tersebut. Kita jadikan nafsu sebagai tuhan. MashaAllah.

    "Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?."
    (Surah al-Jatsiyah ayat 23)

    Kita sering tertipu dengan godaan hawa nafsu. Sudahlah kita melakukan kemungkaran, malah menghebahkannya kepada umum. Di mana tempat kita di sisi Allah? Timbulkan persoalan dalam diri anda, jika anda melakukan sedemikian.

    Justeru, sudah semestinya kita tidak mahu tergolong dalam golongan-golongan yang dimurkai Allah, bukan? Jadi, janganlah kita melakukan kemungkaran, seterusnya tiada apa yang perlu dihebahkan kepada umum, tentang perkara terkutuk tersebut, kan? Kawal hawa nafsu kita, jangan biar hawa nafsu mengawal kita.

    Seorang mukmin yang mengaku berasa takut kepada Allah dan menganggapNya sebagai Tuhan Yang maha Agung, apabila suatu waktu terjerumus dalam suatu perbuatan maksiat dan melanggar apa yang tidak boleh dilakukan, seharusnya ia benci maksiat tersebut dan seboleh mungkin berusaha agar jangan sampai diketahui oleh sesiapa pun. Malah, jangan menceritakan kepada orang lain sehingga diketahui umum. 

     Berehati-hatilah dengan setiap tindakan yang kita lakukan, terutamanya dalam laman web sosial, kerana kita mungkin membuka aib sendiri, tanpa kita sedar.

    Tetapi, ingat sahabat-sahabatku! Ini bukannya kebenaran atau platform untuk kita melakukan maksiat! Maksiat tetap harus dijauhi, supaya tidak menimbulkan kemurkaan Allah.  

    Bertaubat sebelum terlambat!

    Read more →

    Women out there...Be Careful!! | Wanita dirogol ketika temuduga

    ,

    KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai perogol bersiri kini diburu polis selepas dua wanita membuat laporan mendakwa mereka dirogol dan disamun penjenayah terbabit yang menggunakan taktik menawar pekerjaan dengan gaji lumayan sehingga RM400 sehari sebelum merogol mangsa.

    Lelaki terbabit dipercayai menggunakan modus operandi mengiklankan tawaran pekerjaan sebagai jurujual melalui beberapa laman web di Internet sebelum memujuk dan memperdaya mangsanya supaya hadir menjalani ‘temu duga’ di bilik hotel bajet di ibu negara.

    Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, teruja dengan tawaran gaji lumayan, mangsa yang berhubung melalui e-mel dengan suspek hadir di sesi temu duga sebelum diperkosa dan barang berharga disamun.

    Menurutnya, pihaknya menerima dua laporan setakat ini dan percaya kedua-dua kejadian jenayah itu dilakukan suspek sama kerana taktik digunakan sama.

    “Kes pertama dilaporkan pada awal Ramadan lalu, dengan seorang wanita berusia awal 20-an mendakwa dirogol dan disamun seorang lelaki ketika menghadiri temu duga kerja di sebuah hotel bajet di ibu negara.

    “Mangsa berusia 22 tahun itu mengetahui tawaran kerja berkenaan di laman web sebelum menghadiri temuduga pada jam 7 malam di sebuah bilik hotel di Taman Segar, Cheras, Sabtu lalu,” katanya.

    Menurutnya, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kaunter pendaftaran hotel berkenaan bagi mengenal pasti suspek.

    “Ini kes kedua dilaporkan berdasarkan modus operandi sama. Kes pertama berlaku akhir Julai lalu melibatkan mangsa berusia 23 tahun,” katanya.

    Khairi berkata, polis sedang mengesan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an bagi membantu siasatan dalam kes berkenaan.

    Orang ramai yang ada maklumat berkaitan diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Inspektor Izhamaz Niza Abdul Hamid di talian 03-21460522 sambungan 167.

    p/s : those yang nak pergi temuduga atau sedang searching for a job... be extra careful.. 
    Read more →