Showing posts with label menu dinner. Show all posts
Showing posts with label menu dinner. Show all posts

Monday, 30 September 2013

Mengidam Ke?

,
As salam..
Salam 1 Oktober!!
Hari nak gebang apa plak?
Mengalahkan orang mengandung ko nih..
Ahaha..
Last 2 weeks kot memang aku tetiba teringin giler nak makan spageti cabonara..
Tapi 2 pasaraya aku terjah..
Nan hado pulak preego cabonara punya..
Yang ada preego bolognese tuh..
Sebab bahan semua dah ready stock..
So aku beli jela untuk masak dinner..
Okla daripada kempunan..ye dop??

Anak2 memang lagi suka yg bolognese nih..
Macam aku takdela suka sangat..
Cuma tetiba mulut rasa nak makan cabonara plak hari tu..wuwu
So semalam baru dapat hilangkan rasa kempunan tuh..
Aku suka masak menu simple camnih..
Tak sampai 10 minit..




It's DONE!!!

Korang suka yang mana?
Bolognese ke cabonara?
Read more →

Thursday, 4 July 2013

Carbonara Pulak

,
As salam..
Hari tu tak larat..tak larat gigih buat spageti bolognese..(LINK)
Hari apa tah ni..
Buat plak carbonara..
Resepi sama je ngan bolognese..
Tukar kuah je..hehe..
Anak2 aku lebih suka bolognese..
Tapi aku suka dua2 giteww..

Dasar suka makan kan?


tengok gambar nampak tak semenggah..tapi rasa..SEDAP GILER!!tu anak aku yang cakap..hehe

Korang suka bolognese ke carbonara?

posted from Bloggeroid

Read more →

Wednesday, 26 June 2013

Resepi Spaghetti Bolognese

,
As salam..
dah lama dah aku masak spagetthi nih..
semuanya rekues dari anak2 la..
nak makan itu nak makan ini..
siap berzikir kat telinga aku ni..
hahaha..

aku masak ni masa aku demam malam tuh..
anak2 plak teringin nak makan spagetthi..
ala..bukan susah pun..
yang penting ada sos bolognese tu yang siap sedia..kan??
ada sikit daging..daging cincang lagi senang..
atau ada la bahan2 basah macam ayam ke sotong ke udang ke..
dah boleh masak spagetthi bolognese..


Bahan-bahan untuk memasak

* 1 paket spagetthi (jenama ikut suka)
* 1 tin sos bolognese tradisional (Preego / Leego)
* 1 paket daging/ayam cincang (Ramly)
* 4-5 batang sosej di potong ikut suka jugak (jenama ikut suka)
* 1 batang lobak merah di potong ikut suka
* 1 labu bawang india atau bawang biasa di potong dadu
* 2-3 ulas bawang putih di tumbuk halus (sekali dengan lada hitam)
* 1 sudu besar lada hitam (tumbuk sekali dengan bawang putih)
* sedikit sos cili 
* sedikit minyak untuk menumis (aku guna olive oil dak Aish)
* garam secukup rasa
* 2-3 cawan air ikut kepekatan yang kita nak

Cara-cara membuatnya

1) Rebus spagheti dengan air yang dididih yang dititikkan minyak supaya spagethi tak melekat dan rebus sampai lembut lebih kurang 6-7 minit
2) Dalam bekas yang lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih yang ditumbuk dengan lada hitam
3) Masukkan bawang india atau bawang besar dan tumis hingga kekuningan
4) Masukkan daging cincang dan biar bagi garing sedikit
5) Masukkan sos preego dan tuang air mengikut kepekatan yang kita nak.
6) Biarkan mendidih dan masukkan lobak merah atau apa2 sayur korang suka ek
7) Setelah mendidih masukkan pulak sosej (aku masuk lewat sebab sosej tak payah masak lama)
8) Masukkan sos cili dan garam secukupnya..
9) Tutup api dan sedia untuk dihidangkan dan dibedal..hik..hik..




SENANGKAN??

SELAMAT MENCUBA!!

Read more →

Friday, 11 January 2013

Bukan Ayam Masak Merah

,
As salam..

What a busy day..
Bila Mr Hubby keje pagi..
Rutin harian jadi terkejar2..
Tengah hari memang tak masak dah sejak seminggu ni..
Masak for dinner sahaja..huhu..

Terkejar2 sebab kena handle ambik kak cik Yaya dari KEMAS..
Then gi ambik anak2 kat sekolah..
Layan them lunch kat sekolah..
Hanta plak sekolah agama..
Sebab anak2 saya sekolah di satu sekolah saya mengajar..
Dan sekolah ni jauh dari rumah saya..
So terpaksala korbankan tenaga sikit melayan anak2 lunch sebelum gi sek agama..
Next week tak perlu dah..sebab saya dah mula mengajar..
So tunggu kat sekolah je..hehehe..
Tu sebab saya mintak transfer ke sesi pagi..
Permohonan tak diluluskan..
Sebab katanya guru sains berlebihan..:)

Takpela takde rezeki saya kot.
Eh..panjangnya mukadimah..
Nak cerita pendek je sebenarnya..hehe

Malam ni just masak simple dinner je..
Tapi anak2 kompius suda..
Tanya.."ummi masak ayam masak merahla"
Umminya jawab.."bukan..ni macam daging sambal tuh..tapi daging takde..ummi buat pakai ayam"
Anak2 memang fav dorang memang ayam masak merah..
Okla..anak2 layan je..nasib derang ni makan tak cerewet..sardin pun layan..bertambah2..hahaha..




Korang masak apa malam ni?

posted from Bloggeroid

Read more →

Thursday, 27 September 2012

Bila Dah Mengidam...

,
As salam..

hari ni tak berapa nak cergas nak update bebanyak..

badan rasa lemau je..bangun pagi2.. hantar anak2 ke sekolah.. then pergi sarapan dengan Mr Hubby dan Yaya.. balik2..terus lena balik..sekarang ni rutin harian dah cenggitu.. must have a nap for 1 hour.. then everything will going just fine.. hahaha

badan dah start nak kena rest kot erk??

hati ada gembira sikit sebab esok dah mula weekend.. tu sebab suka sangat hari Jumaat.. hehehe.. tak suka bila Sabtu kena mai sekolah.. hehehe..

semalam balik sekolah teringin bebenor tekak  nak makan sambal tumis petai.. tapi tak mo kalah.. tak mo dengan ikan bilis.. nak dengan udang beso gitu.. hehehe.. walaupun tekak tak berapa nak sedap makan pedas2.. tapi demi nak makan petai punya pasal..sanggup!!hahaha

licin terus.. anak2 dan Mr Hubby  pun naik sama melayan!!

p/s : esok nak ke Nilai 3.. nak usha2 barang sikit..sapa nak join!!??


Read more →