Showing posts with label kongsi resepi. Show all posts
Showing posts with label kongsi resepi. Show all posts

Wednesday, 31 July 2013

Masakan Sepanjang Ramadhan 2013

,
As salam..

saje nak kongsi dengan kekawan 
masakan-masakan yang sempat dimasak dan disnap sepanjang puasa nih..
ada yang buat tak dan nak snap..huhu
ada yang tak cantik pun nak ditayang..hahaha
yang penting memenuhi selera anak2..
alhamdulillah..

maklumla bila kita bekerja nih..
on weekend la selalunya nak masak sedap2 sikit..
takdela gempaq sangat..
cuma adala extra best sikit ek..
kalau weekdays selalunnya aku prepare benda2 yang bergoreng jek..
meehun atau mee..
mee bandung pun senang baitu..hehehe
kalau gi bazar pun tujuan utama mencari taufufa dan soya panas jek..
kadang2 anak2 rekues nak air cendol..layankan aje..

sorry..gambar tak mengikut urutan..yang mana yang muncul dulu la ek..halal!!

 nasi lemak ayam berempah..aku buat last weekend..minggu dak Aish demam tuh..
aku kalau buat nasi lemak suka boh halba kat nasi..sedap dan wangi!!
telur dengan timun hilang...hahaha

mee bandung meriah gitu.. semua ada..kecuali ayam..sebab hubs tak makan ayam giteww..anak2 makan tak pandang kiri kanan..tunduk jek..hahaha..suka bebeno mee berunsur kuah nih..

mee goreng basah sebenarnya nih..tapi dah kering sebab lambat angkat..hehehe..yg ni pun jadi fav anak..selalu rekues goreng mee yang serupa macam nih!!

puding pisang dengan sos kastard..actually ni resepi mak aku..setiap kali pose selalu mak aku buat..anak2 aku pun suka makan..resepi ada kat SINI ek

agar-agar jagung..(tak yah resepi la ek)..korang sure terror dari aku buat benda2 nih..takde hal la kan??

uittsss...hudoh betul ek..ni anak aku kakak yang potong..kahkah..agar2 milo dengan oreo..bedal je la labu..nak bagi rasa lain sikit..agar2 ni aku buat satu loyang besar tu sekali hadap jek anak2 aku makan..haihh..kalau cekelat2 camni memang laku la kan??

ada lagi beberapa masakan yang aku dah kongsi kat entry lain..tak yah la kot tepek banyak2 kali..hahaha..buhsan kot!!

weekend ni dah jadi last weekend of ramadhan kan??
tak pikir lagi nak try menu apa..
sebab ahad inshaAllah dah gerak balik penang..
sabtu rasanya hubs nak ajak berbuka nasi arab..
dah takde la ek sesi tayang2 makanan berbuka lepas nih..hikhik..

selamat berbuka semua!!
korang dah plan nak masak apa hari ni??


Read more →

Sunday, 21 July 2013

Resepi Puding Pisang Dengan Sos Kastard

,
As salam..
dah ramadhan ke-13
syukur sangat..
alhamdulillah..
mana yang sempat kita masak tu kita masak..
dan jangan lupa share resepi kat sini..
jangan kudukut okeh!!
hehehe..

inila rupa parasnya..walaupun tak berapa lawa..tapi rasanya tatap menjadi pujaan hati ku!
*matakeatas*

Bahan2 yang diperlukan

  • sesikat (anggaran..lagi banyak lagi sedap) pisang berangan (pisang lain pun boleh)
  • 1 tin susu cair
  • 11/2 gula pasir
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 2 cawan air
  • sedikit butter untuk menggoreng
  • daun pandan sebagai pewangi

Cara Membuatnya

  • kupas kulit pisang dan sekiranya suka boleh belah dua pisang tersebut..(saya tak potong)
  • panaskan kuali dan letak 2 -3 sudu butter untuk menggoreng pisang dan goreng hingga garing..(kehitaman sedikit)
  • selesai menggoreng.. susun pisang2 tersebut dalam keadaan jarak2 di dalam loyang seperti gambar di bawah...
  • dalam kuali yang lain..masakkan susu cair, gula dan 1 sudu kecil esen vanila dan daun pandan..masak sehingga gula cair..
  • sebelum campurkan tepung kastard dalam kuali..campurkan air panas dalam tepung kastard dan kacau sehingga sebati (takde ketulan) dan masukkan dalam kuali tadi..
  • masukkan 2 cawan air (agak2) dan masak sehingga pekat likat..
  • tuangkan ke dalam loyang dan biarkan sejuk sekejap sebelum di masukkan dalam peti ais sebelum di makan.
boleh dijadikan pencuci mulut untuk berbuka puasa
makan sejuk baru sedap!!
baru nikmat!!
*terliur sudah!!*
selamat mencuba ye..dan selamat berbuka..


Read more →

Sunday, 14 July 2013

Resepi Nasi Minyak Versi Simple

,
As salam..
sory ek korang.
tetiba nak share resepi *budget ko chef sangat!!*
*matakeatas*
takdela..sebab bulan pose ni benda2 yang simple je kita selalu nak buatkan??
simple2 pun nasi minyak tuh..
bolehla korang buat untuk anak2 korang..
laki korangkan??
bahaha

 nasi minyak aku simple je ko..
takde pewarna bagai..
sebab pewarna kuning telur aku dah habis..
so harapkan butter je yang nampak kekuning2an tuh

ok..resepi aku ni aku pakai beras biasa jek
aku basuh beras dalam 5 pot..
aku letak air biasa siap2 secukup 5 pot tu..agak2la yang biasa korang masak nasi..
kalau pakai beras basmati..korang kurangkan sukatan air tau..
kalau tak nanti lembik
dalam kuali..aku tumis cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bawang merah, bawang putih (ikut banyak mana nasi korang)..
tumis dengan minyak sapi / butter/ marjerin sampai kekuningan dan naik bau..
lepas dah naik bau.. tutup api.. tuang terus ke dalam periuk yang ada nasi tadi..
tuang dalam suku tin susu cair..(susu pekat pun boleh)..
letakkan garam secukup rasa dan kacau rata..
masukkan periuk nasi tu ke dalam tempat masak elektrik..
tekan butang masak.. tunggu sampai masak..ngeeee
bila nasi dah kering korang kacau dan titiskan sikit pewarna kuning telur bagi berseri2 sikit..

DONE!!

siap dihidangkan dengan ayam masak merah versi aku jugak..bahaha..
kalau rajin boleh buat acar timun..(aku tak buat sebab kurang dapat sambutan)

Selamat Mencuba!!
Read more →

Thursday, 11 July 2013

UV Naik Kerana Cheesekut??

,
As salam..

since bulan pose ni mungkin ramai kot yang mengoogle resepi untuk memasak..ek
tapi bila aku cek kat nuffnang tadi..
rupa2nya...

ni printscreent untuk minggu ni (sampai khamis) punya trafik

ramai yang googled resepi cheesekut ni ek..
tula betul2 fenomena lah..
hahaha..kelas betul sis Nadt sebab kongsi resepi ni dalam kalangan mommies gojes..
sampai aku cek pageviews untuk entry ni aje dah mencecah 300 pageviews..
alhamdulillah..berkongsi benda2 camnih pun inshaAllah dapat pahala..
korang mommies gojes dah try ke cheesekut nih??
aku inshaAllah nak repeat buat lagi untuk kali ke-3
tengokla kalau rajin buat minggu ni jugak..
tapi nak buat malam2 sikit..
kalau buat siang maunya terliur..
bahahaha..poyo ko ek!!

p/s : menu besok dah siap pikio nak masak apa ek..suri rumah or bekerjaya...itula namanya tanggungjawabkan??aku pun suka google resepi2 pencuci mulut..kalau rajin terus cari bahan dan buat terus..tak saba nak cuba nak tengok hasilnya jadi tak..paling best bila anak2 cakap 'sedapnya ummi!!"...hahahha


Read more →

Sunday, 7 July 2013

Cheesekut Dengan Topping Oreo..

,
As salam..
morning uols..
yeaahhhh
hari ni nak kongsi ngan korang fenomena baru dalam kalangan mommies gojes lately..
kehkeh..
CHEESEKUT nama diberi..

sebelum tu nak ucap thank u so much dan kredit kepada Nadt sebab sudi kongsikan resepi kat blog beliau..
tq sis!!



saje tepek gambar bebesar supaya korang terliur..bahaha..*janganmaraaaaaa*

Cheesekut telah selamat aku bawak last Friday sempena potluck Ramadhan..
dan alhamdulillah..ramai yang cakap sedap..*matakeatas* 
dan ramai yang nak resepi..
yang mana takdan aku nak bagi tu please copy paste ajok!!

ok..ok..udah2 ler terliur ek..
nak buat tak??
ambik kertas cepat!!
meh nak kongsi resepi..

firstly korang gi beli dulu bahan2 yang diperlukan bagi menjaya misi cheesekut ni..

 bahan2 utama yang WAJIB ada..

1) 1 paket biskut Original Mini Cracker (derhaka daripada resepi asal sebab takde jual)
2) 250 g cream cheese (jenama apa pun takpe)
3) 1/2 tin susu pekat (bergantung pada manis yang korang nak)
4) 3-4 sudu susu fresh milk 

Cara Membuatnya

1) Pukul 250 g cream cheese tersebut menggunakan mixer atau blender (aku guna blender sebab takde mixer...sobs..sobs)..aku terus blender sekali dengan 1/2 tin susu cair...(derhaka jek)

 tu aku masuk sekali cream cheese tu dengan susu pekat..

2) Blend sampai kembang dan tukar warna sikit.. dan aku campurkan susu fresh milk tu sampai jadi cair cam dalam gambar kat atas..

3) Lepas tu ambik biskut yang comel tu..celup sekejap je dalam susu fresh milk tadi dan susun kat dalam bekas yang korang suka..kalau suka nampak tinggi guna bekas yang sesuai dan tak besar sangat..jangan lupa 1st layer tu letak biskut dulu tau..



 4) barula korang lapiskan biskut tadi dengan cream cheese secara nipis2 jek..


5) ulang langkah 3 dan 4 sehingga habis cream cheese uols ek..

6) selepas tu, bolehla kisar biskut oreo dengan menggunakan blender kering tu dan taburkan atas cheesekut uols.. aku tabur selepas aku letak dalam 2 jam dalam freeze..boleh jugak letak terus.. dan boleh jugak gunakan kreativiti uols letak milo ke..buah-buahan ke..ikut suka ek..


ok..selesai sudah kongsi resepi best dengan uols..
tengok gambar ni rasa sekarang jugak nak gi beli cream cheese nak repeat lagi..
hahaha
selamat mencuba!!

nak tengok resepi asal tuan punya badan..boleh la klik link kat bawah ni ye

http://sayepunyebelog.blogspot.com/2013/06/cheesekut.html

p/s : nyesal tak beli bebanyak cream cheese tatura tu..sebab kat area umah aku payah nak dapat..haihh!!

Read more →

Thursday, 4 July 2013

Carbonara Pulak

,
As salam..
Hari tu tak larat..tak larat gigih buat spageti bolognese..(LINK)
Hari apa tah ni..
Buat plak carbonara..
Resepi sama je ngan bolognese..
Tukar kuah je..hehe..
Anak2 aku lebih suka bolognese..
Tapi aku suka dua2 giteww..

Dasar suka makan kan?


tengok gambar nampak tak semenggah..tapi rasa..SEDAP GILER!!tu anak aku yang cakap..hehe

Korang suka bolognese ke carbonara?

posted from Bloggeroid

Read more →

Wednesday, 26 June 2013

Resepi Spaghetti Bolognese

,
As salam..
dah lama dah aku masak spagetthi nih..
semuanya rekues dari anak2 la..
nak makan itu nak makan ini..
siap berzikir kat telinga aku ni..
hahaha..

aku masak ni masa aku demam malam tuh..
anak2 plak teringin nak makan spagetthi..
ala..bukan susah pun..
yang penting ada sos bolognese tu yang siap sedia..kan??
ada sikit daging..daging cincang lagi senang..
atau ada la bahan2 basah macam ayam ke sotong ke udang ke..
dah boleh masak spagetthi bolognese..


Bahan-bahan untuk memasak

* 1 paket spagetthi (jenama ikut suka)
* 1 tin sos bolognese tradisional (Preego / Leego)
* 1 paket daging/ayam cincang (Ramly)
* 4-5 batang sosej di potong ikut suka jugak (jenama ikut suka)
* 1 batang lobak merah di potong ikut suka
* 1 labu bawang india atau bawang biasa di potong dadu
* 2-3 ulas bawang putih di tumbuk halus (sekali dengan lada hitam)
* 1 sudu besar lada hitam (tumbuk sekali dengan bawang putih)
* sedikit sos cili 
* sedikit minyak untuk menumis (aku guna olive oil dak Aish)
* garam secukup rasa
* 2-3 cawan air ikut kepekatan yang kita nak

Cara-cara membuatnya

1) Rebus spagheti dengan air yang dididih yang dititikkan minyak supaya spagethi tak melekat dan rebus sampai lembut lebih kurang 6-7 minit
2) Dalam bekas yang lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih yang ditumbuk dengan lada hitam
3) Masukkan bawang india atau bawang besar dan tumis hingga kekuningan
4) Masukkan daging cincang dan biar bagi garing sedikit
5) Masukkan sos preego dan tuang air mengikut kepekatan yang kita nak.
6) Biarkan mendidih dan masukkan lobak merah atau apa2 sayur korang suka ek
7) Setelah mendidih masukkan pulak sosej (aku masuk lewat sebab sosej tak payah masak lama)
8) Masukkan sos cili dan garam secukupnya..
9) Tutup api dan sedia untuk dihidangkan dan dibedal..hik..hik..




SENANGKAN??

SELAMAT MENCUBA!!

Read more →

Wednesday, 29 May 2013

Kek Batik Biskut Bersusun Gojes

,
As salam..
Good morning uols!!

Fisrt of all.
Nak tima kasih banyak2 dekat Nad sebab sudi kongsi resepi ni kat blog beliau..

Dulu aku selalula buat kek batik ni..
Aku kalau buat patah2kan biskut tu..
Campur sekali dalam adunan yang telah di masak..
Tapi hasilnya tak berapa nak cantikla uols..
Tapi bila aku tengok kat blog Nad lawa plak hasilnya..

So gigihla buat Ahad lepas..
Tapi tak berkesempatan nak kongsi kat sini..


takdela lawa sangat..tapi aku suka tengok biskut dia tersusun elok je kan..kan?

Nak cuba bolehla tengok resepi kat blog Nad ye..

Link pun aku dah bagi..
Selamat Mencuba!!

posted from Bloggeroid

Read more →

Sunday, 14 April 2013

Resepi Daging Masak Ubi Kentang Ala Pakistan

,
As salam..

Isnin weyhh..
isnin jugak aku ada meeting ngn GB hari ni kul 12 sat gi..
Jangan Monday Blues udah ek..
mujur hari ni jadual xpenuh sangat..
yeahhh..alehh..pejam celik pejam celik sat je dah hbs seminggukan?

ok..hari nak share resepi kat korang..
resepi turun temurun..
mak aku ni anak orang pakistan..
so segala jnis masakan yg ala2 pakistan tu terrorla nk habaq mai..
aku penah googled resepi ni..
nan hadooo..makanya aku sms kakak ipar aku tnya dia camne nak buat...hikhik..
sebab aku takut tersalah buat..
penah buat dolu2..tp dah hilang ingatan kot..
dok beranak byk..urat putuih (alasan ko mmg byk)


inila rupa hasilnya..pttnya kuah tu jd pekat lg..tp saje buat ada kuah sikit baru sedap nk cicah roti..ngeee...

sebab aku type pakai hp..so takdela rajin sangat nk type bahan2 dia satu2 korang ek..

~ mula2 ko kisar cili kering ngan bawang besar dan bawang putih..(ikut banyak mana mulut nak makan k)
~ ubi kentang dalam 3 biji ikut suka nak potong pnjg atau petak
~ daging / ayam ikut banyak mulut jugak nak makan
~ tomato potong2 dalam 2-3 biji (mmg kena byk sbb mmg masam2 sikit)..kalau takde tomato..boleh pkai sos tamoto k..
~ pastu hiris kecil jgk bawang merah kecik utk menumis..

1) mula2 tumis hirisan bawang merah..
2) bila dah kekuningan..masukkan cili kering yang telah diblender dgn. bwg tadi..tumis sampai pecah minyak..bg lama sikit sampai hilang hamis cili k..
3) pastu masukkan daging / ayam dan masukkan air ikut byk mana kita nak masakan itu berkuah..tutup sehingga mendidih dalam 10mins
4) masukkan ubi kentang dan biarkan ia mendidih..daging empuk dan kuah menjadi pekat..
5) boh tomato
6) tutup api dan sedia dimakan..ngeee..


anak2 aku makan bertambah2 siap rekues buat lg..bukan susah pun kan?

cubala ek..makan ngan roti pun sedap...


satu periuk aku masak ni je yang tinggal..habuan bawak bekalan gi sekolah..boleh cicah2 rotikan..

SELAMAT MENCUBA!!

p/s : jangan tanya aku kenapa nama dia gitu..sebab biler tnya mak aku..dia yang cakap nama tu..hehe

posted from Bloggeroid

Read more →

Tuesday, 12 March 2013

Agar-agar Roti

,
As salam..

rabu sudah..alhamdulillah..

dah rabu ni tak lama lagi dah nak weekend kan??

marila sesama kita singsing tangan ke dapur mencuba resepi ni ek..

pernah kongsi dalam blog kat link SINI

 yang ni buat untuk kekawan di sekolah..

 apabila dipotong...hehehe..sedap sebab ada campuran roti..

yang ni buat saje2 nak jamu sedara..tapi comot sikit..hehehe

kalau nak resepi.. kat SINI ye
Read more →

Thursday, 20 December 2012

Spaghetti Carbonara Versi Campak2..

,

As salam..

last Tuesday kot..saya ngn Mr Hubby gi ke Carefour untuk shopping barang dapur..al maklumla dah gaji..

teringin plak nak makan spaghetti carbonara..cz all these while dok buat yg bolognese je..so ambkla brand prego carbonara tu yg perisa cendawan..ambk 2 tin terus..kang tak cukup kalau buat setin..then ambk spaghetti je senang..kalau beli yg lain..sure anak 'perak' sikit..

tapi yg tak beshnya..jenuh saya cari daging cincang brand ramly tu takde weyhh..carefour sebesar alam tu buleh takde..huhu..frust jgkla..

esok tu saya buatla tanpa daging cincang..kira xcukup bahan la kalau xda daging tu..sebab lagi sedap kot kalau ada daging..so ganti dengan isi ayam dipotong dadu..

saya tambah dengan sosej sebab yang nak makan ni budak2 kat umah ni..so takde paedah pun kalau boh cendawan bagai..hehe..

tumbuk lada hitam ngn bawang putih sikit..tumis guna marjerin atau minyak sapi..kalau nak hebak sikit boleh guna olive oil ye..saya tak penah beli giteww...hehe

dah garing kekuningan boh bawang india tu yg telah dipotong..garing sikit bolehla masuk isi ayam atau daging cincang..masak bagi garing sikit dan boh suku cawan air..

dlm seminit boleh tuang sos carbonara tu sebanyak mulut yang nak makan..masak sehingga gelegak dan pekat...masukkan hirisan sosej dan 2 sudu besar susu pekat..nak guna susu segar pun boleh..no hal..hehe..

dah pekat lagi..tutup api dan sedia dihidangkan..opss..spagetti tu harus di rebus dengan air yang dititik minyak sikit supaya spaghetti tu tak melekat k..semua tahukan?..haha..

ok..ready to ngappp!!

p/s : ini just simple recepi..kalau lagi banyak bahan dan ada cheese ke bulehla tambah ye..jgn segan2..hehe..

Read more →