Thursday, 4 July 2013

Carbonara Pulak

,
As salam..
Hari tu tak larat..tak larat gigih buat spageti bolognese..(LINK)
Hari apa tah ni..
Buat plak carbonara..
Resepi sama je ngan bolognese..
Tukar kuah je..hehe..
Anak2 aku lebih suka bolognese..
Tapi aku suka dua2 giteww..

Dasar suka makan kan?


tengok gambar nampak tak semenggah..tapi rasa..SEDAP GILER!!tu anak aku yang cakap..hehe

Korang suka bolognese ke carbonara?

posted from Bloggeroid

Read more →

Salah Info | Jadual Berbuka Puasa 2013

,
As salam..
aku dah deleted entry sebelum ni..
pasal bonus raya tuh..
minta maaf ye yang mengharap bonus raya tahun ni..
kita tunggu jela berita baik dari PM nanti..
berita tu aku dah selidik lagi sekali..
memang berita yang tahun 2012..
maaf di atas segala kesulitan ok..
*peace*


*************************************
**********

ni aku kongsi jadual berbuka puasa 2013..
yang ni yang betul punya ek..
bahahaha..
sesama la kita melakukan ibadat puasa dengan jayanya ye..
jom download simpan ek..


sumber : 

Selamat Menyambut Ramadhan 
Read more →

Perkembangan Aish Iskandar

,
As salam..
Ok..lama dah tak citer pasal ank bujang aku sorang ni..
Tak lama lagi dah nak masuk 9 bulan..
Sekejap je kan anak2 kita dah besar..
Tak lama lagi tup2 dah setahun..wuwu..


kalau posing pun dah pandai control macho ye ko dik


Sejak 8 bulan ni perangai dah banyak la lain..
Tak dok diam..
Kurang tidur..
Habis satu rumah ni dia tawaf..hahaha
Pendek citer..suka sangat main..
Tidur kadang2 10 minit je..haru haih!!
Pantang nampak kak cik bawak keluar pencil ke pen..ada kertas..
Sure dia nak kacau..
Selagi tak dapatla..hehe..


panggil dia suruh pandang kamera mesti sengih..


Dak Aish dah tumbuh gigi bawah..
Baru sangat keluarnya..
Belum nampak sangat..
Cuma boleh rasa..
Nanti kalau dah keluar banyak n dah nampak..
Aku tunjuk gambar kat sini ek..
Aku selalu jugak nak tengok gigi dia.
Memang payah..kalau rasa memang dah ada la..
Nak tengok tu dia tak bagi kita bukak mulut dia..cerdik!




Yang kat atas ni gambar dia tak dok diam sekarang ni dalam car seat..
Sibuk nak datang kat aku la..
Nak pegang situ sini..
Nak pegang barang2 yang dah lama dia usha nak pegang tak dapatkan..
Aku lock dia..pandai plak marah..
Kalau dia ngantuk dia buat2 bunyi sampai dia tidur..*kesian tengok*
Kot tengah driving camne nak angkat..
Keringkan hati je la kalau dia melalak..huhu




Alhamdulillah..dulu cukup susah nak makan..
Buat bubur macam2 pesen dah..
Still reject..
Masa tu 6-7bulan..
Sekarang syukur sangat.
Dia dah suka bubur yang ummi dia buat..
Nanti aku up entry pasal solid food dak Aish ek..
Memang tragis jugak nak bagi dak Aish ni makan..huhu

Dak Aish dah mula angkat2 punggung nak merangkak..
Tapi ikut sejarah kakak2 dia..
Semua tak merangkak pun..
Semua terus melata..
Sekarang ni aku pun dia cuba nak panjat..
Kot tak berani lagi nak guna perabut yang ada kat rumah ni..hahaha..*penakut*
Kalau pakai ummi dia..
Ummi boleh tolong ye dik?
*cerdik*


jarang tangkap gambar berdua ngn dak Aish camni..ni gambar lama jugak ni..masa balik penang hari tu..nak gi kenduri kawen

Rasanya tu je kot progress terkini dak Aish..
Tak sabar nk tunggu dia 9 bulan..hikss!!
Ok...bai

posted from Bloggeroid
Read more →

Tuesday, 2 July 2013

Al-Fatihah

,
As salam..
Malam semalam aku dikejutkan dengan berita kematian seorang jiran depan rumah aku..
Dia dok sorang2 sementara anak dia keluar bekerja..
Anak perempuan yang balik kerja baru perasan yang mak dia rebah..

Aku lepas balik sekolah petang semalam..
Ralik tengok teduhan kasih episod akhir..
Lepas setel mandi ngan solat magrib..
Baru start nak masak untuk dinner..
Jiran sebelah aku datang bgthu yang kak ani jiran depan jatuh dan meninggal..
Terkejut menggigil aku..
Arwah dilaporkan telah meninggal dah 5 jam..
Maknanya lbh kurang kul 1.30 camtu..

Sebab kami agak rapat jugak..
Memang selalu sembang..
Sembang pasal anak dia..
Sembang pasal hubs dia yang gantung dia tak bertali..

Pity arwah..

Kak ani ni peramah sangat..
Tiap2 hari turun bawah bagi makan kucing2 terbiar kat kawasan rumah aku ni..
Suka sangat kucing..
Kucing pun dah kenal dia sbb selalu sangat bagi makan..
Memang ko boleh dengar suara dia panggil kucing makan..
Suara dia pulak kuat..
Rajin jugak nyembang ngan abah aku masa abah aku datang nk ambik kak cik g sekolah

Ajal maut ketentuanNya..
Tidak lewat walau sesaat pun
Semoga Allah meletakkan arwah dalam.kalangan para solehah

Semalam apa yang aku dengar..
Selepas polis datang..
Mungkin jugak polis syak ada orang pecah masuk..
Berdasarkan keadaan arwah yang terlentang..
Dan ada kesan lebam kat dahi dan sedikit darah..
Tapi jiran2 dok cakap sebelah arwah ada kerusi roda..
Mungkin jugak dia panjat kerusi tu untuk ambik frame simpan..
Sebab kebetulan arwah tengah berkemas untuk pindah ke gombak..
Hanya Allah Maha Mengetahui..

Marila sesama kita sedekahkan Al fatihah untuk arwah..

posted from Bloggeroid

Read more →

Farid Kamil dan Diana Danieal Dapat Anak Lelaki

,

Alhamdulillah dan tahniah kepada mereka berdua..

Diana Danieal selamat melahirkan anak lelaki di sebuah hospital di Australia pada pukul 5 petang semalam..

Aku terbaca berat anak Diana ialah 4.39 kg kot..dan Diana melahirkan secara normal..

TAHNIAH!!

Read more →

Semoga Dipermudahkan dan Murah Rezeki Aish

,
As salam..
Mood risau sebenarnya nih..
Tak sabar sebenarnya nak tunggu Ramadhan menjelang tiba (ayat novel giteww)..
Tapi yang risau sebab takut sangat susu badan merundum..(berdoa bebanyak)

Baru pestime kot nak menghadapi bulan ramadhan sambil menyusu anak..
Stok adala buat sikit2..
Tapi rasanya macam tak banyak pun..
Sebab dak Aish minum susu yang pam hari ni untuk esok..
Konon bersemangat nak buat stok untuk bulan pose...
Tapi kadang2 ambik jgk stok untuk top up bagi kat pengasuh..hmm

Dok tanam dalam kepala hotak ni..
Yang aku kena banyak minum air masa sahur..
Makan kurma masa sahur..
Sekarang aku minum minuman herbalife nutrisi+susu soya untuk bg nutrisi kat dak Aish..
Mahal jugak tapi hubs sponsor demi dak Aish
So far aku dah minum 2 minggu..
Okla..susu pun bila pam takdela sikit..
Or takdela meriah sangat.
Just nice for dak Aish..
Syukur sebab Allah masih izinkan aku menyusu dak Aish secara fully bf..


Korang2 yang biasa nyusu anak masa pose..
Any tips utk dikongsi?
Kot aku tak penah tahu or tak penah baca..
Bagi jela tips banyakkan susu ke
Tips supaya ibu yang nyusu ni tak letih masa bulan puasa..
Btw..aku minum jugak ESP..
Tapi since aku tengah amik herbalife..
Aku stop dulu minum ESP..
Help me!!

posted from Bloggeroid

Read more →

Monday, 1 July 2013

Cubaan Untuk Merampas

,

As salam..
Tajuk macam drama..bahaha..
Tarikh : 1 Julai 2013
Tempat : Restoran Taqwa, Sri Gombak

Read more →