Sunday, 30 September 2012
BE Baru Lagi | Tq Nuffnang!!
Dah masuk 37 weeks!!
As salam..
macam mana weekend uols?
alhmadulillah..2-3 hari ni ramai kekawan yg selamat melahirkan baby memasing..tahniah!
saya pulak berdebar2..huhu..esok ada check up di Pusrawi..harap kedudukan baby semua ok..sebab lately perut selalu mengeras..dan selalu rasa mild contraction..
kadang2 terfikir dah nak bersalin ke?cuak jgk!!haha..
lagi dekat ngn due lagi tak senang duduk..tangan ngn badan bergerak je siang malam..apa yang rasa tak blh ditangguh..terus buat..kain baju wajib basuh walaupun tak cukup 1 trip..basuh jgk sampai hbs dan trus jemur even malam pun..takut terberanak malam tu jugak!!huhu..
dh "full term" orang cakap..so haruslah sentiasa well prepared..beg hospital pun baru je disediakan..dah kena smpn dlm kereta sbg persediaan..emergency atau apa2 mudah..huhu
semoga Allah permudahkan perjalanan saya di labour room nanti..amin..:-)
Friday, 28 September 2012
Bajet 2013 | Bonus 1 bulan setengah untuk kakitangan awam
KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada setengah bulan gaji yang telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lepas, Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.
"Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji.
Dari jumlah tersebut, setengah bulan telahpun diberikan menjelang Aidilfitri yang lepas," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.
Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri.
Najib berkata pemberian bonus tersebut diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga, bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula Januari depan. -
BERNAMA
Budget 2013 | 6 Senarai Tuntutan CUEPACS bagi 1.4 Juta Kakitangan Awam
- Diharapkan kerajaan dapat menyediakan lebih banyak lagi (35%) perumahan mampu milik di kawasan bandar dengan membina rumah sekitar harga RM60,000 dan RM150,000. Sangat bersetuju. Apartment biasa pun kebanyakannya dah melonjak ke RM180,000 sekarang
- Meningkatkan elaun perumahan sewa bulanan daripada RM180 yang ditawarkan ketika ini
- Menawarkan bonus 2 bulan gaji kepada kalangan penjawat awam
- Membela nasib 45,000 pekerja kontrak yang berakhir pada 31 Disember 2012 ini yang kebanyakannya masih berusia antara 40 sehingga 50 tahun dan mempunyai tanggungan dengan pinjaman perumahan yang perlu dibayar. Penyelesaian yang difikirkan sesuai samada melanjutkan kontrak ataupun meletakkan mereka pada skim pencen dan skim kumpulan wang simpanan
- Mengkaji semula pemansuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat pusat
- Penyelesaian isu tangga gaji maksimum yang tidak selaras dengan kenaikan gaji tahunan.
- Cuepacs akan pastikan akan melakukan satu perubahan drastik dari segi budaya bekerja supaya kakitangan kerajaan datang kerja 15 minit lebih awal dan balik lewat 15 minit lebih lewat
- Bermakna selepas ini kakitangan kerajaan akan ditambah 30 minit masa bekerja setiap hari tanpa ganjaran
Thursday, 27 September 2012
Bila Dah Mengidam...
Wednesday, 26 September 2012
Umur 4 Tahun Dah Stay Up For SPM??!!
Kisah Benar | Wajib Baca!!
petang td, slps blik dr klinik cinta sayang, taman sejati, sungai petani, kedah..
hatiku hancur luluh.. kecewa, sedih.. doc sahkan kandungan aku x sihat.. katanya kepala n badan kandungan aku x cantum.. means kene gugurkan..
bayangkan ape perasaan aku masa tu, so doc suggestkan aku gugurkan.. dia siap amik no tel aku, bg no tel dia.. sbb nk bg tau harga kalo gugurkan..
apabila pembantu kliniknye, wanita melayu pn mengatakan benda yg sama, ktanye kandungan x sihat.. lg la bt aku kecewa yg amat sgt.. bila aku tnye, leh x sy gugurkan kandungan kt spital gomen, dia ckp kalo bt kt gomen lambat, byk keje nk bt, kene tulis surat.. aku ckp, biar aku bincang ngan suami dlu..
blik umah, aku menangis sepuas2nya.. kwn2 pujuk pn, aku x tau nk ckp ape.. kecewa yg teramat sgt... lps maghrib aku ke klinik kerajaan.. aku lakukan pemeriksaan, scan skali lg.. kali ni doc sndr pn pelik.. ktanye kandungan yg hanya saiz 2.5cm cne dia leh nmpk kedaan kandungan tu,.. doc tunjuk dpn aku & suami.. kandungan aku masih ada denyutan.. cm dia ckp, kandungan aku ni twin.. tp 1 menjadi 1 x menjadi..
bila aku dgr doc ckp camtu, aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi... alhamdulillah.. kandunganku masih selamat...
tp sblm aku jumpa doc gomen, doc india dr klinik tu ada tepon nk dptkan jawapanku, jd ke x gugurkan kandungan dgn mereka.. msa tu suamiku yg pick up call.. suamiku ckp aku ada dlm bilik rawatan spital gomen sbb doc suh p gomen kn.. dia siap ckp, sy x suruh pn dia g gomen..
selesai amik ubat, kami pn bransur pulang.. tetiba aku dpt call dr doc india tu lg.. dia tnye cne keputusan jumpe doc gomen.. aku ckp.. doc ckp kandungan sy ok,xde mslh.. mgkn dia tkut kot.. dia kta, wlaupn doc ckp kandungan ok, tp awak kene scan gk lg sbln lbh.. pastu aku ltk tpn.. aku dgr pn lyn je la ckp doc tu.. yg pntg aku akan ikut nasihat doc gomen tu.. suh aku bt buku merah..
Ya Allah, terima kasih YA ALLLAh.. aku bersyukur sgt2...
Tuesday, 25 September 2012
Akhirnya..
As salam..
akhirnya saya mengambil cuti rehat khas (CRK).. kt Guru Besar sebab rasa memang tak larat je rasa..huhu
saya ni agak berkira2 nk cuti sebab terfikir jadual hari Rabu memang full..ada setengah jam je break..yg lain dr kul 1 tu sampai 6.30 class..
kesian kat kawan2 saya terpaksa merelief mak buyung ni sorang..
ni kat rumah terpikir2 nk tukar posisi perabut rumah bagi luas sikit bahagian depan..cz terpikir nanti dah bersalin..mudah saya nak lepak kat depan je ngn tilam.. tetamu yg melawat pun mudah nk tengok baby..
tengah dok ambk feel ni..takkan nak dok saje je dah dapat cuti nih..huhu..
lg byk bergerak lagi mudahkan nti nak deliver??
Dah macam penguin
As salam..
hari ni dah genap 36 minggu 3 hari..bila malam tiba..sungguh payah nak tido..tak hingat plak my previous pregnancy gini jugak ke?huhu
tido malam pun dah tak lena..bangun pun sakit2 kt bahagian bawah ari2..berat dah rasa..tp baru je 36 minggu..kalau ikut ada lg 4minggu lagi untuk baby keluar..dan tak dinafikan ada jugak yang bersalin awal 2 minggu dari edd..
sangat risau sebab banyak lagi keperluan belum setel..tilam baby yang saya tempah isnin depan baru siap..harap sempatla..huhu..
ubat2 saya ambik dari kawan saya je..dia mmg menjual brg2 keperluan ibu selepas bersalin..siap order sabun susu..sabun rempah..hehe..nak buang daki punya pasal..haha..*sapa takmo cantik??
saya amat harap perjalanan di labour room nanti mudah untuk saya..dan hope tiada lagi peristiwa duduk di labpur room sehari semalam seperti 4 tahun lepas sampai lps je bersalin..temp terus naik 39°c..huhu..
semoga dipermudahkan..
Apa Kata Anda??
Monday, 24 September 2012
She's My Angle!!
Eh..baru saya PERASAN!!
masa ni tengah pregnantkan no.3.. tak silap 7 bulan jugak..sebab convo bulan 3 camtuh..saya selamat bersalin bulan 6.. satu convo satu anak...boley??
Sunday, 23 September 2012
36 Weeks | Genap 9 Bulan
Thursday, 20 September 2012
FotogedikS Raya Kami 2012
Beli Tudung Fareeda Secara Online di FB Fareeda
Ruang Dosa di Facebook
"Seronoknya keluar ngan **** semalam kat mall, thanx!!!"
"Awak ni gatal la sayang ;-)"
"baby, bila lagi nak 'study' sama-sama?"
"awak cantik pakai baju itu, cun"
(riwayat Al-Bukhari(6069) dan Muslim(6990))
(Surah al-Jatsiyah ayat 23)
Women out there...Be Careful!! | Wanita dirogol ketika temuduga
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai perogol bersiri kini diburu polis selepas dua wanita membuat laporan mendakwa mereka dirogol dan disamun penjenayah terbabit yang menggunakan taktik menawar pekerjaan dengan gaji lumayan sehingga RM400 sehari sebelum merogol mangsa.
Lelaki terbabit dipercayai menggunakan modus operandi mengiklankan tawaran pekerjaan sebagai jurujual melalui beberapa laman web di Internet sebelum memujuk dan memperdaya mangsanya supaya hadir menjalani ‘temu duga’ di bilik hotel bajet di ibu negara.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, teruja dengan tawaran gaji lumayan, mangsa yang berhubung melalui e-mel dengan suspek hadir di sesi temu duga sebelum diperkosa dan barang berharga disamun.
Menurutnya, pihaknya menerima dua laporan setakat ini dan percaya kedua-dua kejadian jenayah itu dilakukan suspek sama kerana taktik digunakan sama.
“Kes pertama dilaporkan pada awal Ramadan lalu, dengan seorang wanita berusia awal 20-an mendakwa dirogol dan disamun seorang lelaki ketika menghadiri temu duga kerja di sebuah hotel bajet di ibu negara.
“Mangsa berusia 22 tahun itu mengetahui tawaran kerja berkenaan di laman web sebelum menghadiri temuduga pada jam 7 malam di sebuah bilik hotel di Taman Segar, Cheras, Sabtu lalu,” katanya.
Menurutnya, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kaunter pendaftaran hotel berkenaan bagi mengenal pasti suspek.
“Ini kes kedua dilaporkan berdasarkan modus operandi sama. Kes pertama berlaku akhir Julai lalu melibatkan mangsa berusia 23 tahun,” katanya.
Khairi berkata, polis sedang mengesan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an bagi membantu siasatan dalam kes berkenaan.
Orang ramai yang ada maklumat berkaitan diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Inspektor Izhamaz Niza Abdul Hamid di talian 03-21460522 sambungan 167.
p/s : those yang nak pergi temuduga atau sedang searching for a job... be extra careful..
Hitam Itu Menawan!!
Wednesday, 19 September 2012
Anda Punya Nombor Berapa??
Mild Contraction at 35 weeks
As salam..
tak berapa sihat nak update through lappy..
since semalam nak solat zohor saya dah start rasa contraction..sakit sangat..bila duduk rasa kurang..cuma masa berdiri sakit kat pinggang and ari2 menyengat2 je rasa..huhu
tapi on n off..
saya agak mungkin braxton hicks..so saya abaikan aje..balik semalam...dlm kul 9pm makin sakit dan terus baring dan tido..rehatkan diri..baby aktif je menendang..and perut still tinggi..
dalam hati kuat mengatakan belum masanya sebab saya belum genap 9bulan..
saya hanya mampu berdoa biarlah baby keluar cukup bulannya..rasa banyak lagi benda tak setel nih..ada beberapa lagi barang keperluan baby yg masih belum setel..yg basic2 semua dah lengkap..alhmdulillah..
sekarang ni masih lagi rasa sakit kt ari2..baby pun aktif lagi..mungkin jugak baby berpusing2 kot erk?
doakan utk saya ye..
Tuesday, 18 September 2012
Drama Siri Baru 'Runtun Qalbu' di Slot Zehra TV3
Khas Untuk Bloggers | Tiket Percuma Ke Legoland
BE baru lagi | Cash Out
Cerita Check Up 34 Weeks
Monday, 17 September 2012
Tuesday Blues??!!
As salam..
ada satu penyakit menyinggah since dah sarat ni..penyakit malas nak bukak lappy..so blog pun xterupdate..
ni update guna my lovely samsung..huhu..mujur teknologi sekarang hanya di hujung jarikan?
minggu ni dah genap 35weeks..yeayy to me!!
tak cuak ke?
huhu..maunya tak cuak..almost every nite tido ngn mimpi2 saat2 melahirkan..nampak obvious sangat saya cuakkan?
ohh..today dah tuesday..tak sabar nak tunggu another weekend to be appeared..haha..
projek mengemas rumah baru sudah setel utk bilik ank2 je..blm lagi untuk bilik sendiri..buat yg termampu dulu..huhu..kalau tak preggy mau 3hari cuti ni dah setel..haha..
untuk those yg bekerja hari ni..selamat bekerja..and those suri rumah and yg masih bercuti..selamat beristirehat ye..!!
Sunday, 16 September 2012
Behave...
As salam..panjang cutikan?maka banyakla jemputan rumah terbuka..ye dop?
hari saya dapat satu jemputan di sg besi..aduss..macam susah je nak gi..ngn keadaan saya pulak..Mr Hubby plak kerja..huhu
eh..dah lari tajuk..
nak citer pasal minah Yaya..kalau takde abhnya behave je..takde nangis2..takde cranky2...baik je..hehe..ngan ummi pun tido peluk2 lagi..
jangan ada abhnya..ada je macam2 hal yang dia create..siap pesan kat abhnya "jangan kawan dgn ummi"..hehe..tetiba umminya dah jd musuh plak..haha..
org2 tua cakap..mgkn pasal dia bakal dapat adik erk?cuma perangainya ketara bila abhnya ada..huhu..
semoga bila dah ada adik nanti..Yaya akan jadi behave balik..insyaAllah..
Friday, 14 September 2012
Aktress Kareena Kapoor Enggan Peluk Islam!!??
"Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (mempersekutukan Allah dengan ciptaan-Nya), dan Dia mengampuni dosa selain itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa memperesekutukan ciptaan dengan Allah, maka sungguh ia telah tersesat jauh. (An-Nisa 4;116)
Thursday, 13 September 2012
Jumaat!!
Bahagia ke Kahwin Atas Pilihan Ibu Bapa??
ini ada beberapa keratan gambar yang saya snap dari majalah mingguan wanita..
so lovely of them.. sweet sangat dan jeles okeh!!
sapa kata tak bahagia kalau kahwin atas pilihan parents..??pendapat korang??
bagai pinang dibelah duakan??
Wednesday, 12 September 2012
Khamis yang Ceria | 34 weeks check up..
12 September 2012 | Genap 3 Tahun Pemergianmu Kak Min
Tuesday, 11 September 2012
Mereka Giler BerFareeda...
saya ada la merembat 2 pasang je.. konon2 nak gi ke Butik Fareeda sendiri bagi memilih sendiri warna kegemaran.. tetapi tak berkesempatan sebab pergi ke The Mall.. sentiasala tutup.. nak ke Bangi jauh plak.. huhu
semalam ada post gambar posing candid raya kami
ramai yang tegur cikgi2 skang dah pandai berfareeda.. ahakkkss!!
memang kekawan saya ni semuanya giler berfareeda.. skang tiap2 hari pun derang pakai fareeda.. dasat!!
walaupun mahal.. sanggup berhabis kerana keselesaankan??
ni kawan saya wearing Fareeda Paddlepop.. lawakan??
saya ada 2 je setakat nih.. nanti nak tambah collection sikit2.. tak mampu saya nak beli sekali banyak.. sayang duit wooo..hahahha
korang2...sapa yang suka Fareeda??
Monday, 10 September 2012
Candid Hari Raya | 34 Weeks!!
Panas | Isu Guru Jugak Lagi!!
Saturday, 8 September 2012
Ahad dah!!
As salam..ahad dah kan?
semalam schedule penuh..sek pulak petangnya..huhu
then hari ni byk pulak house chores yg WAJIB nk kena buat..sapu n mop rumah tu sdh pasti!!
jadi tak menang tangan saya hari ni..tangan ada 2 jek..tak cukup nak gapai semua..saya terpikir camnela berpantang sendiri nanti..mampukah saya??
uols banyak ke openg haus hari ni?saya adala satu..tp tak tahula sempat tak nak ke sg buloh tu?tgok schedule Mr Hubby dulu camne..
salam ahad semua!!