Wednesday 31 October 2012

Kakak Kecik aka Kak Cik

,

saya dah jadi Kak Cik sekarang ni.. saya seronok dapat adik walaupun kekadang saya marah bila abah saya panggil adik Aish.."anak abah!!".. hehehe..


saya tak pandai nak sorok perasaan jeles saya..sebab dalam rumah ni saya seorang je anak abah.. walaupun saya sayang kat adik Aish tapi saya masih rasa jeles...


semoga saya menjadi kak cik yang baik untuk adik Aish kesayangan saya nih.. amin..

p/s : riuh kat rumah ni sebab kakak3 dia semua ada..huhu..hari ni dorang direhatkan sebab kat sekolah ada hari anugerah cemerlang.. murid2 yang tidak terlibat direhatkan... 

p/s : baby Aish dah tanggal pusat pada hari ke-10..alhamdulillah
Read more →

Wordless Wednesday # 38 ~ Aish Iskandar!!

,

p/s : Baby Aish dan 10 hari..:-)
Read more →

Monday 29 October 2012

Sudah 8 hari..

,

AS SALAM..

wah..busy je kehidupan selepas pantang ni ye?tak nyempat nak beronline bagai..

Mujur ada jugak hp boleh nengok2 perkembangan kekawan di fb ngn blog2..

Nak berlappy bagai masih belum berkesempatan lagi..rutin harian padat..berpantang dengan husband yang sangat cerewet bab2 berpantang ni..kalah berpantang dengan emak saya!!hahaha..

Bertungku je sehari 3x uols..penat iols angkat batu tu..uhuk..tapi takpela demi badan terchentakan??hehe

Hari ni genap 8 hari dah saya menjadi ibu kepada 4 cahaya mata..macam tak percaya pun ada..hehe..kadang2 terpikir boleh ke manage umhtangga dengan 4 orang anak..mampukah saya?

Semoga Allah permudahkan urusan saya dan mr hubby..amin

Oh..our latest edition ni namanya AISH ISKANDAR..ada yang kata cam nama hindustan..actually AISH tu memang diambil berpandukan nama2 Islam..

AISH ~ MEWAH, KAYA RAYA

ISKANDAR ~ NAMA SEORANG RAJA

Tak bermakna mewah dan kaya raya harta benda..tetapi mewah dan kaya dengan akhlak yg mulia..insyaAllah..amin..

ISKANDAR tu memang dari baby dalam perut lg Mr Hubby aimed nama tu..1st ank lelaki in our family..Mr Hubby agak excited nak nama tu kot..maka setujula kami dengan nama AISH ISKANDAR

Semoga menjadi anak yang soleh dan berakhlak mulia..amin..

Published with Blogger-droid v2.0.8
Read more →

Tuesday 23 October 2012

Berpantang..

,

AS SALAM..

alhamdulillah..dah selamat discaj semalam dari Pusrawi..ummi dan baby A sihat..syukur

Hari ni mulala sesi berpantang sendiri di rumah..

Agak kelam kabut sikit sebab baby A asyik nak mengempeng je..pengalaman pertama dengan boy..mmg tak tido malam dibuatnya..sekejap2 baby A bangun nak susu..tapi baby A tak meragam..kuat betul menghisapnya..hehe..

Hope cukup la susu badan saya untuk baby A..amin

Genap 4 hari today..another 40days to go..semoga dipermudahkan sebab berpantang sendiri ni cabarannya lain sikit..

Really appreciated apa yg Mr Hubby buat utk saya..urus ank2 pun dah pndai..susu yaya pun dh terror buat..hehe..mmg terkejut la tgok Mr Hubby pandai mengurus semuanya tanpa saya..kain baju pun siap basuh..dapur pun bersih..wow sesangat!!

Entry ni masa type pun byk kali simpan dalam draf..pkai hp je..curi2 menaip sementara baby A lena tak minta nenen..huhu

Mata dah tingtong mengantuks sangat nih...semalam tido tak berapa lena sebab baby A byk kali bangun menyusu..1st time ada pengalaman awal2 pantang baby asik nak ngempeng je..sebab boy kot erk?

Apa2pun sangat berharap dapat susukan baby A dengan susu badan hingga baby A 2tahun..insyaAllah..

*cukup hari ke7 saya publish nama baby A ye*


Read more →

Sunday 21 October 2012

Our Latest Edition..:-)

,

AS SALAM

DOB ~ 21 Oktober 2012
POB ~ Pusrawi, KL
Sex ~   Boy
Weight ~ 3.22kg
Time ~ 9.57 p.m.

Syukur alhamdulillah...tq for all the doa..

Published with Blogger-droid v2.0.8
Read more →

Thursday 18 October 2012

False Labour?

,

AS SALAM..pagi uols?sihat ke semua..

Already Friday!!hampir weekend dah!!

Alhamdulillah..saya masih sihat dan masih menunggu baby to be delivered..

Nak citer pasal "False Labour".. yang boleh dikatakan almost every nite i've been through..and really made me uncomfortable and cranky..huhu..sebab ianya buat saya kompius..haha

Through my reading..actually "False Labour" ni kiranya contractions tipu2 yang memberi kita signal bahawa kita akan menghadapi true labour dalam masa terdekat dan selalunya berlaku semasa trimester akhir..

Tidak ramai yang mengalaminya..like me..saya hanya mengalaminya semasa pregnancy yg ke-4 ni je..tak pernah lagi rasa false labour ni since 33weeks yg lepas..huhu..

Memula memang rasa cuak sebab mesti ingat "eh..baby dah nak keluar dah ke?"..hehe..tapi bila dah selalu berlaku kat saya until my pregnancy approached 39 weeks...so dah jadi macam rilex je..

Fyi..False Labour ni agak sakit jugak..tu yang saya alami ye..sakit dia kadang2 sangat tak tertahan..rasa macam menstrual cramping..senggugut tuh..tp sakit lagi..huhu..tu yg sometimes cuak!huhu

Anda pernah alami?

Ada cara nak releasekan "False Labour" ni..antaranya ialah..

1) Take a walk.
2) False labor contractions often stop when you change position or get up and walk.
3) Get some sleep or rest.
4) Drink water.
5) Eat a snack or small meal.
6) Get a massage.

~sharing is caring~

Published with Blogger-droid v2.0.8
Read more →

Macam-macam pengalaman

,

AS SALAM.

uols sihat..i olss masih sihat walafiat dan masih menghitung hari menunggu bilala my dear baby nk keluar?hehe..

Ohh..dah 4hari cuti awal dari mengajar..dok rumah selain dari buat kerja2 rumah...rutin hanta ambik ank gi sekolah (kalau hubby kerja) masih berjalan as usual..alhamdulillah Allah masih bagi kekuatan dan kelaratan kepada saya untuk melaksanakannya..syukur!

Kalau boring2..saya googled baca pengalaman2 bersalin bloggers..bukan takde kerja lain..tp sengaja mencari aura dan semangat untuk menghadapi bahagian saya pulak soon..huhu

Ank no 4 pun takut ke?

Sudah tentu!!sebabnya saya sudah melahirkan 3 cahaya mata chomel dan sempurna sifatnya dengan SANGAT berlainan pengalamannya..sudah pasti untuk.baby yg ke-4 ni pengalamannya juga berlainan..

Dan saya berharap saya bakal menempuh pengalaman yang memudahkan...menyenangkan..dan diredhai Allah..dan juga berharap saya tak overdue..hehe

Ya Allah, Peliharalah anakku selama dia berada dalam kandunganku,

Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit,

Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat,

Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh.

Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan al- Hadith Rasulullah S.A.W

Doakan saya..

Published with Blogger-droid v2.0.8
Read more →

Wednesday 17 October 2012

Himpunan Doa dan Zikir Bagi Mempercepatkan Proses Bersalin

,
As salam..

kita hanya berusaha.. selebihnya berserah kepada Allah..

Di antara doa dan zikir yang boleh kita amalkan ialah ;

1. Al-Fatihah (7 kali)


2. Ya Khafid (1000 kali)



3. Al-Abasa : 20


"Kemudian jalannya dimudahkan"


4. Al-Anbia' : 87-89

 "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"


Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami)
 
 Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"



5. Allahumma bihaqqi maryam, wa bihaqqi man unzilat 'alaihi suuratu maryam, khaffif 'anni aalaamil makhaadth, birahmatika ya arhamarraahimiin.

Maksudnya: "Ya Allah, dengan berkat Siti Maryam, dan dengan berkat Nabi Muhammad yang diturunkan Surah Maryam kepadanya, ringankanlah kesakitanku dengan rahmatMu Ya Allah Yang Maha Penyayang"


6. Rabbi yassir, wala tu assir, ya kariim, wa atmim bil khair.

Maksudnya: "Ya Allah, berilah segala kemudahan kepadaku, janganlah Engkau beri kesusahan, wahai Allah Yang Maha Pemurah, dan sempurnakanlah semua hajatku dengan sebaik-baiknya"

sumber : Farahamzah 

SELAMAT BERAMAL!! 
Read more →

Tuesday 16 October 2012

Berdebar...

,

AS SALAM...

sedap betul baby duduk dalam perut ummi dia..hehe..

Sekarang siang baby kurang aktif berbanding malam...kalau malam macam bersilat2 kat dalam perut..bergelombang..huhu..dah praktis nk berjaga malam kot...opss!!

Berdebar setiap hari menunggu kelahiranmu baby..dari minggu lepas dah bagi ummi suspen..thought baby dah nak keluar dah..hehe..sebab pregnancy dulu takde plak dapat false alarm ke apa..kali ni memang menDEBARKAN!!

Tak pe la baby..masih ada 6 hari lagi baby genap 40 minggu..tak sabar ummi nak jumpa kamu baby!!

Semoga dipermudahkan..amin

Published with Blogger-droid v2.0.8
Read more →

Al-Fatihah untuk Arwah Suami Blogger "Teratak Hami"

,
al-fatihah diucapkan kepada Kak Hami sekeluarga di atas kepulangan suami tercinta ke rahmatullah pada 14 Oktober lalu..pada usia 40 tahun..

saya sungguh terkejut dengan perkabaran yang baru saya ketahui sebentar tadi melalui blog beliau TERATAK HAMI

semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan di tempatkan dalam kalangan para soleh...amin

Sesungguhnya, kehidupan di dunia ini pinjaman semata-mata.
Read more →

Promosi..Promosi!!

,
selamat beramal!!
Read more →

Monday 15 October 2012

Yaya...Si Jantung Hati!!

,
As salam..

dah lama tak cerita pasal Yaya kan??

sekarang tak payah citer pasal peel.. memang betul2 buat mak pak dia tension..hahaha.. kadang2 kami buat2 tak tahu je ngan macam2 peel huduh dia..

lagi nak dekat dapat adik lagi mengada2.. huhu.. 

ada peel baru suka menjerit2 tak tentu pasal..memang bingit telinga mak yong.. tapi layankan aje.. buat2 tak tahu je adalah cara terbaik.. kalau melayan lagi menjadi2 dia punya nangis and mengamuk tuh.. abahnya selalu jadi mangsa.. sebab bila abah dia ada.. dia banyak nak bermanja dengan abahnya aje.

cam baru ni dapat baby cot dari my bro.. tapi tak pasang lagi baby cot tu.. she thought baby cot tu tempat mandi baby.. asik dok mintak nak pakai.. nak mandi dalam tu.. dah banyak kali explain pun tak faham2.. dah bagitahu tu tempat tido baby.. dia still tak percaya..huhu..

bukan tak mo pasang baby cot tu..silap2 hb dia yang terjun tak habis2 dalam tuh.. 

mostly benda2 yang beli untuk baby macam rockers, kelambu baby semua masih simpan di bonet kereta.. sebab kalau bawak keluar.. memang sure ada yang ranap.. hahaha..tu pun bedak baby dah siap2 bukak pakai dah pun.. hehehe.. semua benda baby dia nak kongsi..camno??

gambar yang diambil semalam semasa nak pergi bayar yuran di UKM yang sempat saya snap secara candid.. suka berangan2 menyanyi tak tentu pasal.. hahaha..

tak tahula camne peel Yaya nanti dah dapat adik.. hope dia berubah.. nak kata dia cemburu kat baby dalam perut.. macam tak plak.. sbb selalu datang cium perut saya..siap cakap.."sayang baby".. sweet jek..

semoga menjadi kakak yang baik ye Yaya..  Ummi ngan Abah ngan Kakak2 sayang Yaya!!

p/s : 39 weeks 1 day
Read more →

Sunday 14 October 2012

Apabila Weekend Duduk Rumah Aje..

,
As salam..

masih sihat walafiat.. alhamdulillah.. genap 39 minggu hari ni.. semoga Allah memberi kesihatan yang baik untuk saya dan baby yang dikandung..

bila dah sarat2 camni..weekend pun tak kemana.. Mr Hubby pun kebetulan kerja on weekend.. dan saya lebih syiok duduk rumah rehat2.. dan bersih2kan rumah apa yang patutla sebelum deliver..huhu

kain baju especially kena sentiasa update.. hehehe.. nanti once dah deliver.. kena dok hospital 3 hari.. sistem warded Pusrawi cenggitukan.. so takde la tertangguh apa2 nanti bila saya balik untuk berpantang.. nak harap anak dara sorang dalam rumah ini..tak boleh nak harap sangat..banyak lagi yang perlu dia belajar.. hope saya dalam pantang ni bolehla tolong2 mana yang patut..

aktiviti masak2 masih ON walaupun dah sarat.. entahla.. mulut ni rasa nak makan macam2.. tapi bila makan je.. dah kenyang..cukup 1 pinggan.. takde tambah2 dah.. perut dah tak muat nak masuk lagi.. Mr Hubby selalu jeling2 ingat saya nak diet..huhu.. tapi nak buat camne..selera saya setakat itu jek.. APTB!!

since saya mula preggy.. berat saya cuma naik 8kg je.sehingga 38 minggu cek up last week.. tu pun turun 1-2 gram..hahaha... tak penah2 lagi berlaku dalam pregnancy saya yang lain.. mungkin faktor penat sama.. seharian bekerja.. balik rumah setel kain baju..sapu2 rumah.. weekend heavy duty sikit kerjanya.. tapi saya tak angkat benda2 yang berat.. buat yang ringan2 jek.. mop2 rumah tu mintak tolong anak dara..huhu..

oh.. baru2 ni benda yang selalu saya masak dan lalu saya makanla..

 kalau masak asam pedas.. laju je saya makan nasi.. hehe.. yang sebelah kanan tu sambal tumis udang je..simple2 jek..fav anak2 saya.. kalau masak 2 benda ni memang laku je la.. hahaha

oppss.. nak siapkan 1 entry ni pun dah makan masa berjam.. nak kena pen off.. saya nak ke UKM nak setelkan yuran pengajian sem 2 saya.. dah agak lambat dari tarikh sepatutnya mendaftar..huhu.. nasib dah called tanya for further details.. and they asked me to settle it at PPS, UKM.. better!!

p/s : hari ni dah mula bercuti menunggu bersalin.. so dapatla rehat2 sebelum deliver..doakan saya ye..


Read more →

Friday 12 October 2012

Oh..Weekend!!

,

AS SALAM...salam Sabtu yg berbahagia semua..

Hari ni sepatutnya ada di sekolah..tapi atas faktor ketidaklaratan..saya tak hadir LADAP untuk hari nie..huhu

Apa celiter weekend uols?

Saya gini ler..menunggu je bila nak admitted..haha..hover excited chekgu sorang nih!

Kalau tak minggu ni...minggu depan la erk?mudah2an x hover due..cz tak penah lagi ada pengalaman lambat dari edd..*22hb okt*

Sure korang semua tgh berjimba2 dengan family tersayang..bestnya!!

Semoga Allah memberkati weekend uols semua..

Happy Weekend!

Published with Blogger-droid v2.0.8
Read more →

Thursday 11 October 2012

38 Weeks and 5 Days of ME!!

,
hanya kenangan untuk simpan dalam blog..lepas2 ni takde dah kot.. sebab lepas ni nak stop dah dari pregnant.. jika diizin Allah..

cukupla kot beranak empat.. lepas ni bagi chance saya pencen awal la erk...

kalau tengok perut tu macam dah bawah.. tapi ada kekawan cakap tinggi lagi.. ada yang cakap dah bawah.. yang syoknya Penyelia Petang kat sekolah cakap saya will deliver this coming weekend.. hehehe..kompiden jek!!

apa pun semoga perjalanan saya menempuh kelahiran ke-4 ni dipermudahkan..amin..

p/s : happy weekend.. ada planning ke nak kemana2..saya ada LADAP kat sekolah esok..uhuk..
Read more →

12/10/12 ~ The baby is still refuse to out..

,

As salam..

Kalai dulu dok giler tarikh 10/10..tapi dah terlepas..tak de rezeki..kali ni dok aimed tarikh hari ni..tapu tak tahulakan kalau2 ada rezeki saya baby nk keluar tarikh ni jugak

*still got 13hours to go*hehe

Alhamdulillah..kesihatan bertambah baik..cek up last tuesday semuanya ok..but my weight ada turun cikit...huhu..tak tahu kenapa..

Today genap baby 38 minggu 5 hari..alhamdulillah..

Setiap malam since weekend lepas memang BH's contraction still rasa..cuma now dh rasa alah bisa tegal biasa sebab dh tahu tu bukan actual contraction...takut kompius je nanti dengan yang betul..huhu..

Tapi kalau kerap tu memang dah iyela kan?sebab dh 3 pregnancy...1 je saya turun tanda..air ketubab pecah..yang lain just felt the contraction then went to hosp to.undergo the delivery..

Hope kali ni Allah bagi saya petanda yang mudah saya cam..amin..

Published with Blogger-droid v2.0.8
Read more →

Raja Ema Sekarang | Lawa Weyhh!!

,
fuyooo... muda remaja gitu.. dan paling penting badan dia kelihatan slim je kan??

CANTIK!!
Read more →

Wednesday 10 October 2012

Finally...

,
As salam..

all this while terasa macam kuat sangat mengalahkan superwoman.. huhu.. tu yang BERLAGAK tak mo apply cuti..



actually berat nak apply cuti awal sebab dah akhir tahun.. murid nak exam.. silibus nak cover bagi habis.. so rasa tanggungjawab tu macam berat daripada nak bersenang lenang kat rumah.. tapi memikirkan tahap kesihatan saya yang tak berapa nak baik lately.. FINALLY.. i have to take this decision for my own sake.. sebab yang menanggung sakitnya saya..huhu..

baru apply... hopefully lulusla.. even terlewat.. but BETTER LATE than NEVER kan??

sesungguhnya saya memang memerlukan rehat sekarang ni..takperla..kalau ada kerja2 yang menyusul nanti..saya akan habiskan di rumah je la..itu pun kalau2 tak bersalin this week..

doakan saya ye semua..

p/s : masih terasa sakit di bawah ari2.. on n off.. huhu.. orang kata BH's contraction..
Read more →

Persediaan Berpantang - Ubat Ibu Berpantang

,
As salam..

nak kongsi set selepas bersalin yang sudah saya beli.. 

setiap kali bersalin pun saya memang suka guna mustika ratu.. so kali ni senang je.. order ngan kawan sekolah...dia memang tokey.. so order je ubat apa yang kami nak..hahaha..

tapi kali ni set bersalin mustika ratu dah lain sebab dah semakin banyak isinya.. dan of coursela mahal sikit dari harga yang dulu.. dan sekarang dah siap ada bengkung.. dah terlebih pulak bengkung kat rumah saya.. hehehe.. 

nila set nya.. sumber : en.google

memang suka sangat dengan bau-bauannya.. dan paling suka dengan minyak telon..boleh sapu dekat peyut baby nanti..

set bersalin kedua ialah set shaklee.. ini lebih kepada milk booster.. untuk menambahkan susu ibu.. dan memudahkan ibu berpantang yang menghadapi sembelit ketika dalam pantang..

sumber : en.google

kena rajin2la saya dalam pantang nanti erk.. hope jangan hangat2 tahi ayam jek.. hahaha..

p/s : baby belum keluar...ada lagi lebih kurang seminggu lebih je nak due date...semoga dipermudahkan untuk saya..amin.. 
Read more →

Takwim Persekolahan 2013

,
sumber : Facebook KPM

dan KPM juga telah mengeluarkan perincian penggal persekolahan bagi tahun 2013 di official web site KPM

klik Takwim Persekolahan 2013 untuk melihat dengan lebih lanjut..

Selamat Merancang Percutian Anda!!
Read more →

Tuesday 9 October 2012

Around The Corner

,

As salam..

Akibat sakit2 dari malam tadi..memang xmenyempat nk update blog..banyak benda nk citer pun xsempat nk berlappy..huhu

*update guna hp je*

Smlm kat sek since pukul 12 dag rasa xsedap perut ngn pinggang..maklumla dah 38 minggu..so mmg ada kecuakkan di situ

Malam tadi mmg xboleh tido..Allah shj yg tahu susah hatinya saya sebab memang dah rasa sakit contraction..tp masalahnya tak kerap dan makin kuat sakitnya..so saya hold tunggu sampai pagi..

Pagi sempat membasuh kain cam biasa..kemas apa2 yg patut..dan tunggu jugak sakit jadi makin kerap..lastly lps zohor baru gerak gi pusrawi..sbb ada appointment check up hari ni..

Dr cakap baby mmg dh turun..tapi blm masuk lorong..but tgok my condition just around the corner and might deliver this week..insyaAllah..and DR cakap ni signal kck2 and baby main2..huhu

Tapi sampai sekarang masih lagi sakit2 on n off..

Kawan2 ckp klu baby lahir 10/10/12..kan best!!

Sempat lagi tuh...haha

Published with Blogger-droid v2.0.8
Read more →

Sunday 7 October 2012

38 Weeks | Excited!!

,
As salam...

genap hari ni masuk 38 weeks.. nervous.. cuak.. takut dan tak sabar semuanya bercampur baur..

sekarang dah rasa semakin tak larat berjalan.. tapi buat2 larat jugak..kalau tak nanti Mr Hubby suruh dok dendiam je.. tak bagi buat keje sangat.. 

mana boleh dok rerileks weyhh.. banyak lagi keje yang belum disetelkan.. uhuk.. maklumla..bila dah jadi emak anak 3.. memang kerja tak pernah habis.. kalau dok rerilek.. sure tak makanla anak2 saya.. hehehe..

sekarang betis kiri kanan semakin sakit bila berjalan.. akibat terlalu banyak cramp kot memalam.. kadang2 bila dah tidur..lupa nak tinggikan kaki..huhu 

so selagi kudrat diizinkan Allah..selagi tu la kena berjuang sehingga ke labour room..eh..tetiba!!hahaha

doakan untuk saya dipermudahkan sehingga ke saat selamat melahirkan..

********

baru teringat nak basuh baju baby pagi tadi.. saya tak beli banyak sangat sebab nanti dia membesar dengan cepatkan??so beli la beberapa pasang untuk pakai tukar2.. nanti dalam pantang beli je lagi kat online.. hahaha.. senang je hidupkan??

p/s : excited nak tengok baby!!
Read more →

Friday 5 October 2012

Alhamdulillah | Melissa Saila Pun Dah Bertudung

,

Kosmo!: Sejak bila Melissa mengenakan hijab?

MELISSA: Saya pakai tudung sejak bulan enam yang lalu. Sebenarnya saya ingat mahu mula pakai tudung pada bulan Ramadan lepas, tetapi tiba-tiba Allah buka pintu hati terlebih awal.

ALHAMDULILLAH!!

sumber : Kosmo Online
Read more →

Terima Kasih Daun Keladi.. Ada Rezeki Buat Lagi

,
As salam..

semalam birthday Mr Hubby dapat makan beef steak sedap kat Fiske Steakhouse..

tertunai apa yang diidamkan.. hehehe

************

hari ni alhamdulillah.. teringin giler nak makan Laksa Johor..dapat jugak makan setelah berjaya ditunaikan oleh colleague saya.. memang sedap giler.. alhamdulillah.. dah takde rasa mengidam apa2 dah lepas ni..

so kalau2 bersalin pun weekend ni or minggu depan.. LEGA dah!!

hahaha

alhamdulillah.. selamat masuk perut!!
Read more →

Thursday 4 October 2012

Selamat Cash Out | Tq Nuffnang!!

,
dah selamat cash out on last Tuesday..

marila sesama kita mengumpul balik tabung di blog entah apa2 nih..tinggal 2 BE je joget2 dangdut kat dalam ni..

semoga saya rajin je update everyday.. dan semoga semangat berblogging tak merundum.. hehehe

and terima kasih jugak to those yang sudi singgah dan baca2.. 

last but not least.. tq Nuffnang
Read more →

5 Oktober 2012 ~ Semoga Panjang Umur dan Murah Rezeki Abang!!

,
As salam..

5 Oktober 2012.. ialah birthday Mr Hubby yang ke- ...ehem..ehem..

saya doakan semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki..

dah hampir 14 tahun abang kita kahwin..segala susah senang telah kita kecapi bersama.. 

gaduh2 manja tu perkara biasa..hehehe..

sejujurnya kasih sayang azrine terhadap abang makin bercambah dari hari ke hari.. walaupun abang selalu cakap.. abang dah tua..hehehe.. takpe..tua2 pun azrine sayang.. *jangan muntah..susah nak luahkan perasaan gini2 tawww*.. hahaha

"Because you are a good man, a good husband and a good ABAH. I hope with all my heart you have a good day."

 Happy birthday my dear husband!!

specially from me and your daughters.. alya..atirah & amirah..
Read more →

Wahai Wanita Yang Bergelar Isteri!!

,


semoga kita semua menjadi isteri yang solehah.. amin..
Read more →

Wednesday 3 October 2012

Persediaan untuk Baby ~ Set Tilam Kekabu

,
As salam..

sudah semestinya kita sentiasa nak yang terbaik untuk bayi kita kan??

actually dah lama saya riki2 nak beli tilam baby yang baru.. sebab dah 4 tahun saya melahirkan kakaknya.. dah teruk sangat rupa tilam lama tuh..

jadi aktiviti meriki2 tilam baby yang kualiti pun berjalan berminggu2.. sebab saya malas nak keluar mencari atau menempah kat luar.. better beli yang dah ready stock.. coz saya takde la cerewet sangat dengan designnya..yang penting kain cotton yang sejuk dah ok..dan yang penting harga berpatutan.. sebab saya ada budget untuk barang2 baby nih.. tak bolehla semuanya nak main beli je kan??

then.. riki2 dan googled...saya found out most of the tilam kekabu ni memang mahalla.. mostly 100++ ke atas.. ada yang cecah RM250.. tu paling mahal kot yang saya terjumpa.. huhu..*rasa macam membazir plak*

bukan kedekut..again.. saya ada budget.. dan budget saya bawah rm200 just untuk tilam baby.. tu pun Mr Hubby terkejut sebab dia kata mahalnya.. mungkin sebab dia tak aware dengan benda2 ni before.. 

tried kat blogshop semuanya mahal.. and ada yang bawah rm200 tapi kena pre-order.. kena tempahla.. out of stock la.. leceh..

then tried kat FB je.. jumpa sorang budak perempuan chomel anak dua ni.. FB dia Set Tilam Baby Marissa.. actually dia takdela banyak sangat design... tapi saya agak berkenan dengan harganya yang berpatutan dan jahitannya sangat kemas.. dan still boleh tempah kalau anda2 yang berminat mahukan design yang lain..tapi saya just order yang memang dah ready stock.. sebab dah terlambat nak tunggu yang order2 bagai.. kat sini saya belajar untuk jadi tidak terlalu cerewet.. hahaha

yang penting set tilam tersebut lengkap dengan tilam, 2 bantal kepala dan 2 bantal peluk.. enough for me.. sebab nak tambah comforter2 bagai... rumah saya takde ekon.. hehehe.. so tak perlula..selimut biasa pun ada..

nak tengok camne rupanya??
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
TADAAA!!!


malam Selasa saya pergi collect selepas seminggu berjanji atas sebab owner ni takde around Batu Caves.. and ohh ye..saya collect sendiri kat Giant Batu Caves sebab dia dok kat situ2 je.. kalau sesapa yang jauh..still boleh mintak pos.. takde masalah..

dan yang paling BESHH.. saya dapat rm100 je untuk satu set tilam di atas...

berbaloikan??

berminat?? sila ke FB Set Tilam Baby Marissa dan pilihla yang mana anda suka.. hehehe

nak telefon the owner directly pun boleh.. 012-2354143 - Mariam


Read more →

37 Weeks and 4 Days | Take a Belly Photo

,
As salam..

dah genap 37 minggu 4 hari dah hari ni..


tido pun dah tak berapa lena.. kerana asik termimpi2.. hari di labour room nanti camne..

tak tahula kenapa pregnancy kali ni saya sangat concerned about this and that.. sibuk berfikir camne nak berpantang sendiri.. boleh ke jaga baby.. boleh ke masak sendiri dalam pantang..bertungku semua tu...even Mr Hubby will be around but still risau.. uhuk..

semoga dipermudahkan..

and the most important things that.. i will be the mother of 4 children.. cubit2 diri sendiri.. macam tak percaya jek..

dan saya juga berharap baby tomei..tomei dalam perut Ummi ni keluar dalam keadaan sihat sempurna.. dan keluarla dalam minggu depan ke erk.. hahaha.. saya tak mo tunggu lelama dah.. tak sabar nak menatap kamu sayang!!..insyaAllah..

at 37 weeks!!

besar bagai johan.. dah tak boleh nak sekat dah tahap kebesarannya.. hahaha...
Read more →

Tuesday 2 October 2012

Persediaan Berpantang ~ Unnimom MEZZO Manual Breastpump

,
As salam..

sebagai persediaan berpantang ni..saya dah beli Unnimom Mezzo Manual Breastpump.. sebab banyak baca review2 bloggers dan secara google..feedback semuanya positif..maka dah dapat la semalam breastpumpnya..

saya beli online kat page kawan saya.. harga RM118.. actually boleh dapat lagi murah.. tapi kena pandai dan rajin riki2 la erk..saya malas..so saya nampak terus order kat dia jek..senang!!

akibat bersemangat sangat nak fully BF kali ni..sanggup la membelinya..dulu beli jugak..tapi yang pureen jek..tak besh la yang tu.. sebab bila baca reviews..Unnimom Mezzo Manual Breastpump ni lebih lembut dan lebih kurang sama bestnya dengan jenama Avent.. tapi Avent little bit expensive than this.. makanya belila jenama Unnimom Mezzo Manual Breastpump.. 

doakan saya berjaya fully BF baby saya until 6 months.. if possible..insyaAllah..
Read more →

Wordless Wednesday #37 ~ Failed!!

,
Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya (kasih sayang kepada orang lain)." (Riwayat At Tabrani)
Read more →

Saat-saat Akhir Kehamilan

,
Di saat saat akhir kehamilan, anda mungkin mengalami kontraksi Braxton Hicks yang kerap yang boleh menyebabkan anda percaya bahawa anda mungkin akan bersalin. Kontraksi Braxton Hicks tidak kuat, tidak menyakitkan dan selalunya berakhir selepas 20-30 min. Walaubagaimanpun sekiranya kontraksi Braxton Hicks anda berserta dengan tanda tanda berikut, anda mungkin bakal bersalin dalam masa terdekat atau beberapa hari lagi:
  • Rasa bertenaga dengan tiba tiba dan nak berkemas atau ‘Nesting Instinct’
  • Rasa lega pada bahagian atas perut dan kurang sukar bernafas- Ini disebabkan bayi yang sudah turun atau kepala sudah engage.
  • Kerap kencing- disebabkan tekanan kepala pada pundi kencing
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Keluar lendir tercalit darah dari faraj – menunjukkan serviks sudah terbuka akibat tekanan dari kepala bayi
  • Berat badan menurun
  • Sedikit peningkatan dalam tekanan darah
Walaubagaimanapun cuma sesetengah wanita sahaja yang mungkin mengalami tanda tanda tersebut. Sekiranya anda tidak mengalaminya, jangan risau. Badan setiap wanita adalah berbeza dan berubah dari kehamilan pertama dan seterusnya. Jadi apa yang anda mengalami kali pertama mungkin tidak berlaku kali kedua.
Tanda-tanda dibawah menunjukkan anda akan bersalin bila bila masa
  • Lendir faraj bercampur darah yang lebih pekat
  • Sakit perut setiap 5 minit tidak berhenti lebih dari 2 jam
  • Keluar air ketuban- berlaku cuma 15% wanita sahaja
Sekiranya sakit sudah ketara dan anda tidak lagi dapat berdiri sehingga terpaksa berbaring atau duduk untuk menahan sakit, eloklah ke hospital dengan segera. Pada masa ini serviks anda mungkin sudah terbuka melebihi 3 cm.

sumber : alamhamil.com 
Read more →

Monday 1 October 2012

16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir

,

  • Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan
  • Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. 
  • Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar
  • Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
  • Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
  • Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
  • Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
  • Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
  • Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
  • Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
  • Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
  • Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
  • Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
  • Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
  • Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
  • Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

  • sumber : SINI 
    Read more →

    Setelkan Kerja Sebelum Cuti Bersalin

    ,
    As salam

    kerja2 yang masih tengah disetelkan..huhu

    menanda buku murid2 kesayangan.. sebab tak tahu bila mula cuti.. 

    kalau bertangguh nanti payah.. sapa nak jawab??uhuk!!

    p/s : ginila rupa kalau bakal bercuti dah dekat nak akhir tahun.. budak2 nak exam.. nak tanda kertas lagi..tak tahula sempat ke tak??

    Read more →

    ...Ok Ke Tungku Moden Nih?? | Anyone Please Share Ye..

    ,
    As salam..

    sebelum ni tak pernah dengar and tak pernah pakai pun tungku jenis moden nih..

    as memang guna batu yang dipanaskan atas api..

    memandang kali ni nak berpantang sendiri.. tu yang nak tanya pendapat kekawan.. or bloggers yang penah pakai ni.. 

    boleh tak bagi pendapat.. share kat ruangan komen ye.. 

    tersangat INGIN TAHU!!


    contoh2 Tungku Moden yang sempat digoogle.. 

    HELP ME!!
    Read more →