Sunday 30 September 2012

BE Baru Lagi | Tq Nuffnang!!

,

As salam..
alhamdulillah.. dapat lagi BE baru.. since 25 Sept hari tu.. saya pun dah lama tak mengecek..hehehe

1 BE dah jadi ME..tapi dapat 1 BE baru..yeayy!!
sekarang tinggal 2 je BE joget2..hopefully berjoget sakan ye..tq nuffnang
tq jugak kepada bloggers yang rajin singgah kat blog entah apa2 nih..
BE ke-15 untuk tahun 2012
ALHAMDULILLAH!!
Read more →

Dah masuk 37 weeks!!

,

As salam..

macam mana weekend uols?

alhmadulillah..2-3 hari ni ramai kekawan yg selamat melahirkan baby memasing..tahniah!

saya pulak berdebar2..huhu..esok ada check up di Pusrawi..harap kedudukan baby semua ok..sebab lately perut selalu mengeras..dan selalu rasa mild contraction..

kadang2 terfikir dah nak bersalin ke?cuak jgk!!haha..

lagi dekat ngn due lagi tak senang duduk..tangan ngn badan bergerak je siang malam..apa yang rasa tak blh ditangguh..terus buat..kain baju wajib basuh walaupun tak cukup 1 trip..basuh jgk sampai hbs dan trus jemur even malam pun..takut terberanak malam tu jugak!!huhu..

dh "full term" orang cakap..so haruslah sentiasa well prepared..beg hospital pun baru je disediakan..dah kena smpn dlm kereta sbg persediaan..emergency atau apa2 mudah..huhu

semoga Allah permudahkan perjalanan saya di labour room nanti..amin..:-)

Published with Blogger-droid v2.0.8
Read more →

Friday 28 September 2012

Bajet 2013 | Bonus 1 bulan setengah untuk kakitangan awam

,

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada setengah bulan gaji yang telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lepas, Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

"Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji.
Dari jumlah tersebut, setengah bulan telahpun diberikan menjelang Aidilfitri yang lepas," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri.

Najib berkata pemberian bonus tersebut diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga, bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula Januari depan. -

BERNAMA

Published with Blogger-droid v2.0.8
Read more →

Budget 2013 | 6 Senarai Tuntutan CUEPACS bagi 1.4 Juta Kakitangan Awam

,
  1. Diharapkan kerajaan dapat menyediakan lebih banyak lagi (35%) perumahan mampu milik di kawasan bandar dengan membina rumah sekitar  harga RM60,000 dan RM150,000. Sangat bersetuju. Apartment biasa pun kebanyakannya dah melonjak ke RM180,000 sekarang
  2. Meningkatkan elaun perumahan sewa bulanan daripada RM180 yang ditawarkan ketika ini
  3. Menawarkan bonus 2 bulan gaji kepada kalangan penjawat awam
  4. Membela nasib 45,000 pekerja kontrak yang berakhir pada 31 Disember 2012 ini yang kebanyakannya masih berusia antara 40 sehingga 50 tahun dan mempunyai tanggungan dengan pinjaman perumahan yang perlu dibayar. Penyelesaian yang difikirkan sesuai samada melanjutkan kontrak ataupun meletakkan mereka pada skim pencen dan skim kumpulan wang simpanan
  5. Mengkaji semula pemansuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat pusat
  6. Penyelesaian isu tangga gaji maksimum yang tidak selaras dengan kenaikan gaji tahunan.

Andaikata daripada 6 tuntutan Cuepacs di atas, 70 peratus diluluskan oleh pihak kerajaan dalam Bajet 2013, Cuepacs yang mewakili 1.4 juta kakitangan awam dikatakan telah berjanji kepada kerajaan supaya anda, anda semua yang merupakan penjawat awam mesti bekerja lebih masa sebagai balasan di atas tuntutan yang dipenuhi dalam Bajet 2013 ini nanti tanpa sebarang ganjaran…

Butirannya ialah :
  • Cuepacs akan pastikan akan melakukan satu perubahan drastik dari segi budaya bekerja supaya kakitangan kerajaan datang kerja 15 minit lebih awal dan balik lewat 15 minit lebih lewat
  • Bermakna selepas ini kakitangan kerajaan akan ditambah 30 minit masa bekerja setiap hari tanpa ganjaran

sumber : Berita Semasa
Read more →

Thursday 27 September 2012

Bila Dah Mengidam...

,
As salam..

hari ni tak berapa nak cergas nak update bebanyak..

badan rasa lemau je..bangun pagi2.. hantar anak2 ke sekolah.. then pergi sarapan dengan Mr Hubby dan Yaya.. balik2..terus lena balik..sekarang ni rutin harian dah cenggitu.. must have a nap for 1 hour.. then everything will going just fine.. hahaha

badan dah start nak kena rest kot erk??

hati ada gembira sikit sebab esok dah mula weekend.. tu sebab suka sangat hari Jumaat.. hehehe.. tak suka bila Sabtu kena mai sekolah.. hehehe..

semalam balik sekolah teringin bebenor tekak  nak makan sambal tumis petai.. tapi tak mo kalah.. tak mo dengan ikan bilis.. nak dengan udang beso gitu.. hehehe.. walaupun tekak tak berapa nak sedap makan pedas2.. tapi demi nak makan petai punya pasal..sanggup!!hahaha

licin terus.. anak2 dan Mr Hubby  pun naik sama melayan!!

p/s : esok nak ke Nilai 3.. nak usha2 barang sikit..sapa nak join!!??


Read more →

Bukan Senang Nak Puaskan Hati Semua Orang..kan??

,


Salam Jumaat Semua!!
Read more →

Wednesday 26 September 2012

Umur 4 Tahun Dah Stay Up For SPM??!!

,
gambar malam tadi dalam pukul 12++pm.. dok busy lagi membelek buku.. hehhee..

gambar instagram nih... suka sangat dengan effect dia..macam zaman dahulu kala kan??

kalaula dah umur 17 tahun nanti nak ambik SPM.. ginila rupanya Yaya belajar.. sejuk perut ibu mengandung..semoga menjadi anak yang rajib belajar ye Yaya??

kakak2nya dah lama sampai ke puncak gunung dah..dia masih lagi dok stay up..huhu
Read more →

Kisah Benar | Wajib Baca!!

,
As salam...
perkongsiaan daripada seorang kawan di FB.. share kat sini untuk pengajaran bersama...

"cite ni mmg kene dgn hidup aku arini.. just nk cite sbg pengajaran utk kwn2..
atas nasihat kwn, spy xde yg terkene mcm aku..

petang td, slps blik dr klinik cinta sayang, taman sejati, sungai petani, kedah..

hatiku hancur luluh.. kecewa, sedih.. doc sahkan kandungan aku x sihat.. katanya kepala n badan kandungan aku x cantum.. means kene gugurkan..

bayangkan ape perasaan aku masa tu, so doc suggestkan aku gugurkan.. dia siap amik no tel aku, bg no tel dia.. sbb nk bg tau harga kalo gugurkan..

apabila pembantu kliniknye, wanita melayu pn mengatakan benda yg sama, ktanye kandungan x sihat.. lg la bt aku kecewa yg amat sgt.. bila aku tnye, leh x sy gugurkan kandungan kt spital gomen, dia ckp kalo bt kt gomen lambat, byk keje nk bt, kene tulis surat.. aku ckp, biar aku bincang ngan suami dlu..

blik umah, aku menangis sepuas2nya.. kwn2 pujuk pn, aku x tau nk ckp ape.. kecewa yg teramat sgt... lps maghrib aku ke klinik kerajaan.. aku lakukan pemeriksaan, scan skali lg.. kali ni doc sndr pn pelik.. ktanye kandungan yg hanya saiz 2.5cm cne dia leh nmpk kedaan kandungan tu,.. doc tunjuk dpn aku & suami.. kandungan aku masih ada denyutan.. cm dia ckp, kandungan aku ni twin.. tp 1 menjadi 1 x menjadi..

bila aku dgr doc ckp camtu, aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi... alhamdulillah.. kandunganku masih selamat...

tp sblm aku jumpa doc gomen, doc india dr klinik tu ada tepon nk dptkan jawapanku, jd ke x gugurkan kandungan dgn mereka.. msa tu suamiku yg pick up call.. suamiku ckp aku ada dlm bilik rawatan spital gomen sbb doc suh p gomen kn.. dia siap ckp, sy x suruh pn dia g gomen..


selesai amik ubat, kami pn bransur pulang.. tetiba aku dpt call dr doc india tu lg.. dia tnye cne keputusan jumpe doc gomen.. aku ckp.. doc ckp kandungan sy ok,xde mslh.. mgkn dia tkut kot.. dia kta, wlaupn doc ckp kandungan ok, tp awak kene scan gk lg sbln lbh.. pastu aku ltk tpn.. aku dgr pn lyn je la ckp doc tu.. yg pntg aku akan ikut nasihat doc gomen tu.. suh aku bt buku merah..


Ya Allah, terima kasih YA ALLLAh.. aku bersyukur sgt2...

Read more →

Tuesday 25 September 2012

Akhirnya..

,

As salam..

akhirnya saya mengambil cuti rehat khas (CRK).. kt Guru Besar sebab rasa memang tak larat je rasa..huhu

saya ni agak berkira2 nk cuti sebab terfikir jadual hari Rabu memang full..ada setengah jam je break..yg lain dr kul 1 tu sampai 6.30 class..

kesian kat kawan2 saya terpaksa merelief mak buyung ni sorang..

ni kat rumah terpikir2 nk tukar posisi perabut rumah bagi luas sikit bahagian depan..cz terpikir nanti dah bersalin..mudah saya nak lepak kat depan je ngn tilam.. tetamu yg melawat pun mudah nk tengok baby..

tengah dok ambk feel ni..takkan nak dok saje je dah dapat cuti nih..huhu..

lg byk bergerak lagi mudahkan nti nak deliver??

Published with Blogger-droid v2.0.8
Read more →

Dah macam penguin

,

As salam..

hari ni dah genap 36 minggu 3 hari..bila malam tiba..sungguh payah nak tido..tak hingat plak my previous pregnancy gini jugak ke?huhu

tido malam pun dah tak lena..bangun pun sakit2 kt bahagian bawah ari2..berat dah rasa..tp baru je 36 minggu..kalau ikut ada lg 4minggu lagi untuk baby keluar..dan tak dinafikan ada jugak yang bersalin awal 2 minggu dari edd..

sangat risau sebab banyak lagi keperluan belum setel..tilam baby yang saya tempah isnin depan baru siap..harap sempatla..huhu..

ubat2 saya ambik dari kawan saya je..dia mmg menjual brg2 keperluan ibu selepas bersalin..siap order sabun susu..sabun rempah..hehe..nak buang daki punya pasal..haha..*sapa takmo cantik??

saya amat harap perjalanan di labour room nanti mudah untuk saya..dan hope tiada lagi peristiwa duduk di labpur room sehari semalam seperti 4 tahun lepas sampai lps je bersalin..temp terus naik 39°c..huhu..

semoga dipermudahkan..

Published with Blogger-droid v2.0.8
Read more →

Apa Kata Anda??

,
aloh...masa time saya kahwin..saya masih di tahun pertama diploma..

boleh claim tak kat Mr Hubby??hahaha
Read more →

Monday 24 September 2012

She's My Angle!!

,
As salam...

wah..wah..hari ni ramai yang tersenyum kelebaran sebab hari ni hari gajikan??hahaha..

selamat membayar segala2 bil.. hutang piutang raya ke..tak lupa jangan lupa saving k..

saya macam biasa..simpan utk nak beranak je la..alhamdulillah..kebetulan rezeki bulan ni lebih sikit..sebab dah dapat gaji baru campur dengan tunggakan..syukur sangat..

***

cerita pasal my little angle ni..Yaya..

sekarang masih ada lagi sikit2 crankynya bila abah dia is around..what to do..layankan ajelakan??sekarang ni what i've notived that.. dia dah suka sangat pegang buku and ngaji.. ngaji ikut dia fahamlakan..mendayu2 je dia ngaji..hahaha..sweet jek..bila saya tanya.. dia cakap.."mak nah kat rumah yang baca camni"..mak nah tu pengasuh dia ler... alhamdulillah.. 

sekarang pun dah suka turut saya dan abah dia solat.. siap gi cari kain semayang nak solat jugak..kalut.. nasib masih simpan lagi kain semayang kakak2 dia masa kecik.. so memang suka sangatla dia bila dapat pakaikan..hehehe..



sementara belum beradik nih layan kan aje telatah dia.. kadang2 mmg saya dan Mr Hubby tension jugak...bila masa dia menangis tak pasal2.. nangis manjang dalam sehari tu kadang2.. kadang2 menangis bila tengah2 maghrib..cukup saya pantang!!sekarang selalu tido lambat...dok mecolour je kejenya.. jenuh ajak tido..mungkin puas sangat tido tengah hari rumah pengasuh..

apa2 pun ummi and abah ngan kakak2 sayang sangat kat Yaya.. semoga menjadi anak yang solehah..belajar rajin2 sampai ke menara gading.. banggakan ummi n abah dengan kejayaan mu ye Yaya.. insyaAllah..

tak lama lagi nak dapat adik.. dah kena tukar tittle jadi "kak cik" plak lepas nih..hehehhe
Read more →

Eh..baru saya PERASAN!!

,
As salam..

tadi waktu free saya..saje2 belek2 album lama dalam facebook..

perasan gambar2 convo saya since diploma sampai masters.. saya berjaya mendapatkan menambah seorang anak bagi setiap convo..hahaha.. lawaks jugak bila tengok2..

saje nak kongsi kat blog personal saya nih..sebagai kenangan untuk tatapan anak2 saya

 ni masa convo diploma di UiTM.. tahun 2002.. saya mengambil kursus Diploma In Building.. masa ni dah ada kakak Nur 'Alyaa.. sekarang dah 11 tahun umur dia.. dalam perut tu saya pregnant anak no. 2.. 7 bulan kalau tak silap..

 tahun 2008 - convo di Universiti Pendidikan Sultan Idris.. cita2 menjadi guru akhirnya terlaksana even pada mulanya langsung tak berminat nak jadi cikgu.. akhirnya inila punca rezeki saya sekarang..dan alhamdulillah.. langsung tak menyesal memilih kerjaya ini.. walaupun belajar di sini 4 tahun lamanya.. oh..tuanya saya!!

masa ni tengah pregnantkan no.3.. tak silap 7 bulan jugak..sebab convo bulan 3 camtuh..saya selamat bersalin bulan 6.. satu convo satu anak...boley??

2011 - convo masters di UKM.. dah ada 3 anak.. dan inilah pertama kali convo perut saya kosong..hahaha.. masa ni dapatla melaram dengan baju kurung moden.. sebab tak preggykan??dalam banyak2 convo..saya rasa inila paling sadis sekali sebab banyak sangat kenangan pahit dan manis yang saya rasa saya perlu simpan je..tak perlu nak cerita yang pahit2kan... dengan susah payah.. dan pengorbanan anak2 saya yang terpaksa ditinggalkan.. begitu juga Mr Hubby yang sentiasa bila free menemani saya sehingga saya habis kelas di UKM sebab takut saya drive dalam keadaan mengantuk.. terima kasih sangat tak terhingga..:(

saya ingat lagi..saya berpantang si kecik Yaya 20 hari semasa mendaftar untuk meneruskan pengajian dalam bidang pendidikan ini..

dan insyaAllah.. lagi 3 tahun setengah ni..jika diizinkan Allah.. saya akan sekali lagi berconvo di UKM.. dan kali ini..dengan 4 orang anak2 pulak.. insyaAllah..doakan saya ye.. sekarang dah berada di semester ke-2..dan akan mula menulis proposal dan selepas tu proceed dengan tesis...selepas habis pantang nanti.. 

kawan2 semua..tolong doakan saya kuat semangat untuk meneruskan pengajian saya ini..
Read more →

Sunday 23 September 2012

36 Weeks | Genap 9 Bulan

,
As salam..

perut dah membesar bagai johan...hehehe..

dah genap 9 bulan carrying my baby.. hope everything going just fine.. and really hope the baby will not going to out this week.. there is so many things need to be done..

next check up will be on 2 Okt..pray for the best for me and my baby.. insyaAllah..
Read more →

Thursday 20 September 2012

FotogedikS Raya Kami 2012

,
 layan kan aje kegedikskan kami.. hahaha.. masa ni dah nak dekat balik..ada jamuan raya tengah hari tuh di kantin sekolah..

 ni semua idea derang.. suruh tayang perut.. hahaha

 ini saya tak paham kenapa nak jelir2 lidah tuh.. entah apa2..hahahah













foto yang tak berapa nak gediks..hahaha

muka bam2.. tak boleh nak sorok dah..hahahha
Read more →

Beli Tudung Fareeda Secara Online di FB Fareeda

,

Kepada pelanggan dan peminat yang berada jauh dari Butik-butik FAREEDA, kini anda boleh membeli secara online di facebook Butik FAREEDA Bangi. 


SELAMAT MENJAMU MATA DAN SHOPPING YE!!

P/S : lambatnya gaji!!!!
Read more →

Ruang Dosa di Facebook

,
Artikel yang dikongsi dari ILuvislam

Mungkin kita pernah terbaca dengan beberapa ungkapan yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, cuba lihat di wall facebook kita atau sahabat-sahabat yang lain.

" Hari ini saya keluar dating dengan bf saya"
"Seronoknya keluar ngan **** semalam kat mall, thanx!!!"
"Awak ni gatal la sayang ;-)"
"baby, bila lagi nak 'study' sama-sama?"
"awak cantik pakai baju itu, cun"

Dan pelbagai lagi contoh-contoh komen, yang tak sepatutnya. Kemudian, agak menyedihkan, apabila kita muat naik gambar, tanpa kita sedari, mendedahkan aurat kita sendiri, dan bergambar dengan pasangan bukan muhrim secara berpegangan tangan atau berpelukan.

Mungkin, kita tidak mempunyai apa-apa niat, malah rasa bersahaja apabila menulis komen-komen serta meletakkan gambar tersebut. Tapi sedarkah kita, kita telah membuka keaiban diri kita sendiri, dengan menghebahkan perkara tersebut kepada pengetahuan umum?

Menurut buku "Sabil An-Najat Min Syu-um Al-Ma'shiyat" atau "15 Kaedah Selamat Dari Maksiat", penulisan Muhammad bin Abdullah Al-Duwais, beliau ada menyatakan jangan hebah apabila berbuat maksiat. Terdapat beberapa nas agama yang boleh dikongsikan.

Bersumberkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, ia berkata:

" Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Semua umatku diampuni kecuali orang-orang yang melakukan perbuatan maksiat secara terang-terangan. Salah satu contoh perbuatan maksiat ialah, seseorang melakukan suatu perbuatan pada malam hari, padahal Allah menutupinya, namun kemudian pada pagi harinya ia bercerita kepada orang lain: 'Hai polan, semalam aku melakukan ini dan itu." Sebenarnya ia tidur malam dengan ditutupi aibnya oleh Tuhannya, tetapi pagi harinya ia menyingkap sendiri tabir Allah itu darinya."
(riwayat Al-Bukhari(6069) dan Muslim(6990))

Malangnya bagi kita, apabila kita gagal mengawal hawa nafsu kita daripada melakukan maksiat. Nafsu tersebut dikenali sebagai Nafsu Ammarah. Nafsu jenis ini sering menjurus melakukan maksiat dan kejahatan, serta sering mengikut hawa nafsu dan tidak sesekali melawannya. Maksiat yang dilakukan terasa seronok dan lazat, malah berbangga dengannya. (sumber majalah Solusi isu 25)

Adakah kita gembira apabila tergolong dalam golongan-golongan tersebut? Sudahlah kita melakukan maksiat seperti berdua-duaan bukan muhrim, berpegangan tangan, dan pelbagai lagi maksiat yang kita lakukan, nauzubillah. Kemudian, kita menghebahkannya dalam laman web sosial, dan berbangga dengan perbuatan tersebut. Kita jadikan nafsu sebagai tuhan. MashaAllah.

"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?."
(Surah al-Jatsiyah ayat 23)

Kita sering tertipu dengan godaan hawa nafsu. Sudahlah kita melakukan kemungkaran, malah menghebahkannya kepada umum. Di mana tempat kita di sisi Allah? Timbulkan persoalan dalam diri anda, jika anda melakukan sedemikian.

Justeru, sudah semestinya kita tidak mahu tergolong dalam golongan-golongan yang dimurkai Allah, bukan? Jadi, janganlah kita melakukan kemungkaran, seterusnya tiada apa yang perlu dihebahkan kepada umum, tentang perkara terkutuk tersebut, kan? Kawal hawa nafsu kita, jangan biar hawa nafsu mengawal kita.

Seorang mukmin yang mengaku berasa takut kepada Allah dan menganggapNya sebagai Tuhan Yang maha Agung, apabila suatu waktu terjerumus dalam suatu perbuatan maksiat dan melanggar apa yang tidak boleh dilakukan, seharusnya ia benci maksiat tersebut dan seboleh mungkin berusaha agar jangan sampai diketahui oleh sesiapa pun. Malah, jangan menceritakan kepada orang lain sehingga diketahui umum. 

 Berehati-hatilah dengan setiap tindakan yang kita lakukan, terutamanya dalam laman web sosial, kerana kita mungkin membuka aib sendiri, tanpa kita sedar.

Tetapi, ingat sahabat-sahabatku! Ini bukannya kebenaran atau platform untuk kita melakukan maksiat! Maksiat tetap harus dijauhi, supaya tidak menimbulkan kemurkaan Allah.  

Bertaubat sebelum terlambat!

Read more →

Women out there...Be Careful!! | Wanita dirogol ketika temuduga

,

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai perogol bersiri kini diburu polis selepas dua wanita membuat laporan mendakwa mereka dirogol dan disamun penjenayah terbabit yang menggunakan taktik menawar pekerjaan dengan gaji lumayan sehingga RM400 sehari sebelum merogol mangsa.

Lelaki terbabit dipercayai menggunakan modus operandi mengiklankan tawaran pekerjaan sebagai jurujual melalui beberapa laman web di Internet sebelum memujuk dan memperdaya mangsanya supaya hadir menjalani ‘temu duga’ di bilik hotel bajet di ibu negara.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, teruja dengan tawaran gaji lumayan, mangsa yang berhubung melalui e-mel dengan suspek hadir di sesi temu duga sebelum diperkosa dan barang berharga disamun.

Menurutnya, pihaknya menerima dua laporan setakat ini dan percaya kedua-dua kejadian jenayah itu dilakukan suspek sama kerana taktik digunakan sama.

“Kes pertama dilaporkan pada awal Ramadan lalu, dengan seorang wanita berusia awal 20-an mendakwa dirogol dan disamun seorang lelaki ketika menghadiri temu duga kerja di sebuah hotel bajet di ibu negara.

“Mangsa berusia 22 tahun itu mengetahui tawaran kerja berkenaan di laman web sebelum menghadiri temuduga pada jam 7 malam di sebuah bilik hotel di Taman Segar, Cheras, Sabtu lalu,” katanya.

Menurutnya, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kaunter pendaftaran hotel berkenaan bagi mengenal pasti suspek.

“Ini kes kedua dilaporkan berdasarkan modus operandi sama. Kes pertama berlaku akhir Julai lalu melibatkan mangsa berusia 23 tahun,” katanya.

Khairi berkata, polis sedang mengesan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an bagi membantu siasatan dalam kes berkenaan.

Orang ramai yang ada maklumat berkaitan diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Inspektor Izhamaz Niza Abdul Hamid di talian 03-21460522 sambungan 167.

p/s : those yang nak pergi temuduga atau sedang searching for a job... be extra careful.. 
Read more →

Hitam Itu Menawan!!

,
As salam..

since preggy nih.. saya ada cerita pasal tekak tak berapa nak boleh terima sangat makanan pedas2 even sometimes saya teringin giler nak membedal Tomyam yang pedas kaw2 beli kat satu gerai nih.. memang mabeles lah kan..

tapi malangnya tekak saya sentiasa rasa pedas dan perit jek.. so kadang2 sambal yang tak berapa pedas pun tekak saya mcm tak boleh nak terima..

tak tahula kenapa since preggy makanan kegemaran saya ialah ayam masak kicap.. atau pun apa2 jela masak kicap.. hehehe..

selalunya kalau teringin nak makan saya masak sendiri jek.. campak2 je pun.. bukan susah kan??anak2 pun suka makan jugak.. sebab tak pedas..

 ayam masak kicap yang menjadi pujaan perut ku.. hehehe

oh.. yang ni bukan saya masak.. yang ni saya pegi dating berdua dengan Mr Hubby di Giant, Melawati.. disebabkan dah lama sangat tak membedal sizzling special kat sini.. maka satu pot nih habis saya bedal.. alhamdulillah.. hehehe


Read more →

Wednesday 19 September 2012

Anda Punya Nombor Berapa??

,
kalau preggy ni saya punya no. 5.. tapi normally kalau tak preggy saya punya no. 8.. hehehe

anda pulak??
Read more →

Mild Contraction at 35 weeks

,

As salam..

tak berapa sihat nak update through lappy..

since semalam nak solat zohor saya dah start rasa contraction..sakit sangat..bila duduk rasa kurang..cuma masa berdiri sakit kat pinggang and ari2 menyengat2 je rasa..huhu

tapi on n off..

saya agak mungkin braxton hicks..so saya abaikan aje..balik semalam...dlm kul 9pm makin sakit dan terus baring dan tido..rehatkan diri..baby aktif je menendang..and perut still tinggi..

dalam hati kuat mengatakan belum masanya sebab saya belum genap 9bulan..

saya hanya mampu berdoa biarlah baby keluar cukup bulannya..rasa banyak lagi benda tak setel nih..ada beberapa lagi barang keperluan baby yg masih belum setel..yg basic2 semua dah lengkap..alhmdulillah..

sekarang ni masih lagi rasa sakit kt ari2..baby pun aktif lagi..mungkin jugak baby berpusing2 kot erk?

doakan utk saya ye..

Published with Blogger-droid v2.0.8
Read more →

Tuesday 18 September 2012

Wordless Wednesday # 36 | Kami Guru Yang Merdeka

,
sambutan AMBANG MERDEKA semalam di SKTM2..

insyaAllah.. berkesempatan saya buat entry..
Read more →

Drama Siri Baru 'Runtun Qalbu' di Slot Zehra TV3

,
As salam

Akan datang slot zehra baru di tv3 Runtun Qalbu lakonan Fasha Sandha (Idayu), Shah Iskandar sebagai Qalbu dan Kamal Adli. Dijangkakan akan ditayangkan pada pertengahan bulan September ini dengan 13 episod.

Sinopsis

Qalbu (Shah Iskandar) yang melalui satu penghijrahan dalam hidupnya dari hitam kepada seorang hamba yang taat. Namun, sejauh mana dia berubah dan lari dari kehidupan lamanya, semakin itu juga dia dekat dengan hakikat dan sejarah yang pernah dilaluinya sebelum itu.

Namun pada itu, Qalbu sentiasa menjadi perhatian jirannya, Idayu(Fasha Sadha)  yang menyimpan perasaan terhadapnya. Tanpa memikirkan soal kerja Qalbu seorang penjaga bilik mayat dan personalitinya yang pelik, diam dan tidak mudah memandang mata orang, Idayu yang juga anak kepada pemandu teksi itu tetap menyukainya.

Qalbu tidak punya hobi lain selain berada di sebuah masjid yang akhirnya menemukannya dengan seorang gadis yang kerjanya mengajar kanak-kanak mengaji, Ustazah Fatihah.

Itulah minat Qalbu, namun tidak pernah mereka berbicara hinggalah takdir menemukan Qalbu kepada Kelabu lakonan pelakon muda, Shah Iskandar yang terbabit dalam kemalangan dan akhirnya dijaganya seperti keluarga sendiri.

Kronologi perkenalan Qalbu dan Ustazah Fatihah bermula di situ di mana Kelabu yang sering menjadi orang perantara. Sayangnya, Fatihah bukannya menaruh cinta kepada Qalbu, tapi Kelabu dan membuatkan keadaan itu sangat janggal.


SELAMAT MENONTON!!
Read more →

Khas Untuk Bloggers | Tiket Percuma Ke Legoland

,
As salam...

banyak dah review yang saya baca dari bloggers tentang Legoland..

nampak memang best.. tapi belum rezeki kami ke sana.. insyaAllah.. kalau ada rezeki cuba nak diusahakan ke sana tahun depan.. hehehe

nak dapatkan 10 tiket percuma melalui Legoland Bloggers Contest by Maybank

klik SINI


good luck kepada semua yang berminat nak join!!
Read more →

BE baru lagi | Cash Out

,
As salam..

alhamdulillah.. dapat lagi BE baru.. baru perasan tadi..

sekarang tinggal 2 je BE joget2..hopefully berjoget sakan ye..tq nuffnang

tq jugak kepada bloggers yang rajin singgah kat blog entah apa2 nih..

belum genap rm100 lagi..nak dekat dah.. then baru CASH OUT!!

BE ke-14 untuk tahun 2012

ALHAMDULILLAH!!
Read more →

Cerita Check Up 34 Weeks

,
As salam..

last week on thursday ada check up kat Pusrawi..

alhamdulillah.. on 34 weeks.. baby semua ok.. berat baby and ukur lilit kepala baby.. air ketuban dan kedudukan baby semua ok sesangat..alhamdulillah..

berat  badan saya je naik 0.1kg je.. tak tahula kenapa berat umminya tak berapa gigih sangat nak naik.. since saya mula2 disahkan pregnant.. saya hanya gain 8kg je sampai 34 weeks ni..normalkan??

Dr Salleh cakap baby sangat aktif..siap moncong2 mulut lagi..lapar kot..tapi sebelum jumpa DR saya dah siap makan2..dan sekarang pun baby memang aktif sesangat.. even dah 35 weeks.. heheh..syukur alhamdulillah..

yang saya bolatkan tu apa erk??bulat je kan?? cer teka!!hehehe

yang sebelah kanan tu Dr Salleh on purpose print screen untuk saya.. baby tengah moncong mulut dia...heheheh..cute je kan??

sekejap je check up hari tu.. sampai dalam kul 10.. 10.30 done check up semua..cepatkan??

setel semua.. Mr Hubby ada job mengejut..i asked him to drop me at LRT Ampang Park je.. sebab anak2 ada dengan saya.. i can handle myself.. tak yah nak manja2 sangat.. lagipun si Yaya dah kept on asking me.."ummi..bila kita nak naik tren??"..so rasanya nila masa yang sesuai bawak dia naik course dah lama sangat tak naik.. pity her..let her enjoy herself before i got delivered kan??

 sempat lagi berposing sementara tunggu tren datang..

p/s : sangat cuak menunggu hari nak deliver.. sekarang dah 35 weeks uoolllss...cuak ioollsss!!!

Read more →

Monday 17 September 2012

Tuesday Blues??!!

,

As salam..

ada satu penyakit menyinggah since dah sarat ni..penyakit malas nak bukak lappy..so blog pun xterupdate..

ni update guna my lovely samsung..huhu..mujur teknologi sekarang hanya di hujung jarikan?

minggu ni dah genap 35weeks..yeayy to me!!

tak cuak ke?

huhu..maunya tak cuak..almost every nite tido ngn mimpi2 saat2 melahirkan..nampak obvious sangat saya cuakkan?

ohh..today dah tuesday..tak sabar nak tunggu another weekend to be appeared..haha..

projek mengemas rumah baru sudah setel utk bilik ank2 je..blm lagi untuk bilik sendiri..buat yg termampu dulu..huhu..kalau tak preggy mau 3hari cuti ni dah setel..haha..

untuk those yg bekerja hari ni..selamat bekerja..and those suri rumah and yg masih bercuti..selamat beristirehat ye..!!

Published with Blogger-droid v2.0.8
Read more →

Sunday 16 September 2012

Behave...

,

As salam..panjang cutikan?maka banyakla jemputan rumah terbuka..ye dop?

hari saya dapat satu jemputan di sg besi..aduss..macam susah je nak gi..ngn keadaan saya pulak..Mr Hubby plak kerja..huhu

eh..dah lari tajuk..

nak citer pasal minah Yaya..kalau takde abhnya behave je..takde nangis2..takde cranky2...baik je..hehe..ngan ummi pun tido peluk2 lagi..

jangan ada abhnya..ada je macam2 hal yang dia create..siap pesan kat abhnya "jangan kawan dgn ummi"..hehe..tetiba umminya dah jd musuh plak..haha..

org2 tua cakap..mgkn pasal dia bakal dapat adik erk?cuma perangainya ketara bila abhnya ada..huhu..

semoga bila dah ada adik nanti..Yaya akan jadi behave balik..insyaAllah..

Published with Blogger-droid v2.0.8
Read more →

Friday 14 September 2012

Aktress Kareena Kapoor Enggan Peluk Islam!!??

,

Aktres Kareena Kapoor yang bakal menamatkan zaman bujangnya  dengan pelakon Saif Ali Khan pada 16 Oktober ini memutuskan tidak memeluk Islam.

Kereena juga dilaporkan tidak akan menukar namanya dan mahu kekal dengan nama asalnya tersebut.

Saif Ali sendiri menjelaskan dia tiada masalah untuk menerima Kareena dengan agama asal aktres tersebut dengan alasan menhormati agama lain.

“Saya tidak mahu paksa dia untuk menukar agamanya. kalau boleh saya mahu kerajaan meminda  undang-undang  terutamanya Akta Perkahwinan Kasta agar sesiapa yang hendak berkahwin tidak perlu menukar agamanya” ujar Saif Ali kepada Mail Today

Sebelum ini kesemua perkahwinan  berlainan agama dalam keluarga Pataudi memerlukan pengantin wanita untuk masuk islam bagi upacara akad nikah

Ibu Saif Ali sendiri,  Sharmila Tagora yang merupakan keturunan Banggali  memeluk islam untuk bernikah dengan ayah saif Ali, Mansur Ali Khan.

Sharmila yang juga pelakon itu turut meempunyai nama islam iaitu Ayesha Begum selain mengunakan nama asalnya.

Majlis perkahwinan Saif Ali  dan Kareena  akan diadakan di istana  Pataudi. bagaimanapun pihak mengantin belum memutuskan sama ada untuk melakukan majlis mengikut tradisi hindu atau syariat islam.

sumber : Harian Metro


entah apa nak jadi dengan dunia sekarang erk?? kalau dikaji dan dilihat.. memang ramai je aktress dan aktor Hindi yang beragama Islam berkahwin dengan pasangan yang bukan Islam.. boleh ke??

tertanya2 jugak sebab kalau dikaji juga.. Indonesia juga mengamalkan budaya yang samakan??

dan boleh pulak si SAIF ALI KHAN meminta negaranya meminda undang2 membenarkan orang Islam berkahwin dengan orang bukan Islam..astafirullah..

maka saya telah membuat sedikit pencarian dan terjumpa hadis seperti di bawah ;

Islam melarang muslim berkahwin dengan bukan Islam

Umat Islam harus mengamalkan undang-undang yang ditetapkan oleh Islam dalam pelbagai perkara termasuk juga perkahwinan. Jika lelaki bukan Islam ingin berkahwin dengan wanita Islam maka wajib mengikut undang-undang Islam. Islam melarang muslim melarang dengan orang musyrik. Firman Allah :

"Dan janganlah kamu nikahi perempuan musyrik, sebelum mereka beriman. Sungguh, hamba sahaya perempuan yang beriman lebih baik daripada perempuan musyrik sungguhpun dia menarik minatmu. Dan janganlah kamu nikahkan lelaki musyrik dengan perempuan beriman sebelum mereka beriman. Sungguh hamba sahaya lelaki yang beriman lebih baik daripada lelaki musyrik sungguhpun dia menarik hatimu. (Al-Baqarah 2:221)

Ayat di atas menyatakan dengan jelas bahawa lelaki dan perempuan muslim tidak boleh berkahwin dengan perempuan dan lelaki musyrik. Musyrik yang dimaksukan dalam ayat di atas adalah orang-orang yang mensyirikkan Allah dengan ciptaan-Nya. Allah menolak amalan orang-orang yang mengamalkan syirik seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini :

"Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (mempersekutukan Allah dengan ciptaan-Nya), dan Dia mengampuni dosa selain itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa memperesekutukan ciptaan dengan Allah, maka sungguh ia telah tersesat jauh. (An-Nisa 4;116)
 

sumber : SINI 
 
 sesapa yang datang ke sini dan ingin berkongsi komen2 anda.. dipersilakan.. saya pun tak berapa arif tentang benda2 cenggini.. tapi setahu saya HARAM berkahwin dengan wanita atau lelaki yang bukan Islam sebab dah tentu2 mereka orang2 yang menyekutukan Allah!!
 
wallahualam..
Read more →

Thursday 13 September 2012

Jumaat!!

,
As salam..
today is 27th of Syawal dah kan?
esok adala 3 jemputan rumah terbuka..al maklumla..dah nak habis syawal..maka berebut2 la weekend ni kekawan buat open house..
murah rezeki mereka..:-)
uols byk tak jemputan?ke uols buat open haus tak ajk iols?hehe
eh..isnin ni cutila?sure panjang langkah uols??saya dok rumah je la..uruskan apa2 yang patut kat rumah ni..nti dah bersalin dalam pantang dah limit pergerakan..huhu
actually tak sabar nak cuti panjang...cuma masih terfikir2 nak ambik cuti bersalin 2bulan or 3bulan..
kan ada plak yang sentap cikgu cuti maternity jek..3bulan pulak tuh??!!
ada aku kesah??!!!
apa2pun rezeki memasing

Read more →

Bahagia ke Kahwin Atas Pilihan Ibu Bapa??

,
As salam..

semalam ada beli majalah mingguan wanita.. 

actually dah lama giler tak beli majalah2 ni..tapi bila tengok muka depan...teringin plak nak beli..

suka tengok sangat the loving couple nih.. 


sweet je farah lee nih.. yang bestnya baca kisah dorang.. pasangan ini disatukan atas pilihan parents dorang.. dan bahagianya tengok...bercinta selepas berkahwin pun tak dinafikan kebahagiaannyakan??

menurut Ally..perjalanan rumahtangga mereka sentiasa segar dan misteri sebab selepas berkahwin baru tahu perangai masing2.. so sentiasa je misteri.. ehehehe

ini ada beberapa keratan gambar yang saya snap dari majalah mingguan wanita..

so lovely of them.. sweet sangat dan jeles okeh!!







sapa kata tak bahagia kalau kahwin atas pilihan parents..??pendapat korang??

bagai pinang dibelah duakan??


Read more →

Wednesday 12 September 2012

Khamis yang Ceria | 34 weeks check up..

,
As salam..

takdela ceria mana...cuma hari ni i am feeling so fresh..sebab semalam sangat flat..perut memulas..huhu
kaki plak cramp masa tido malam tadi..lupa nak tinggikan kaki..akibatnya terbangun pukul 3pg dok sok sek2 nangis..huhu..ambk minyak urut sendiri..pity me..huhu

hari ni ada check up 34weeks at pusrawi..berdebar jugak..hopefully baby still duduk kt bawah..doakan ye..

Published with Blogger-droid v2.0.8
Read more →

12 September 2012 | Genap 3 Tahun Pemergianmu Kak Min

,
As salam..

al-fatihah untuk arwah Kak Min.. hari ni genap usia pemergiannya 3 tahun ke rahmatullah.. 

semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.. amin

pernah membuat entry khas untuk arwah Kak Min di SINI dan di SINI

1969 - 2009.. arwah Kak Min dalam kenangan

al-fatihah

Read more →

Tuesday 11 September 2012

Mereka Giler BerFareeda...

,
As salam..

saje nak berkongsi di sini perihal kawan2 saya aka my colleague yang sangat giler berfareeda.. mahal2 pun.. sebab sedap dipakai.. berkualiti.. warna-warni pun menjadi faktor mereka memilih jenama Fareeda untuk digayakan ke sekolah..

sejak Ramadhan yang lepas mereka rajin mengirim tudung Fareeda ni dengan sorang kawan saya Nina.. minah ni rajin sungguh ke Butik Fareeda di Bangi.. dan sekali membeli sampai 10 pasang.. untuk dijual kepada kawan2 sekolah..

saya ada la merembat 2 pasang je.. konon2 nak gi ke Butik Fareeda sendiri bagi memilih sendiri warna kegemaran.. tetapi tak berkesempatan sebab pergi ke The Mall.. sentiasala tutup.. nak ke Bangi jauh plak.. huhu

semalam ada post gambar posing candid raya kami

ramai yang tegur cikgi2 skang dah pandai berfareeda.. ahakkkss!!

memang kekawan saya ni semuanya giler berfareeda.. skang tiap2 hari pun derang pakai fareeda.. dasat!!

walaupun mahal.. sanggup berhabis kerana keselesaankan??


ni kawan saya wearing Fareeda Paddlepop.. lawakan??

saya ada 2 je setakat nih.. nanti nak tambah collection sikit2.. tak mampu saya nak beli sekali banyak.. sayang duit wooo..hahahha

korang2...sapa yang suka Fareeda??


Read more →

Muara Hati | OST Adam & Hawa

,

Read more →

Monday 10 September 2012

Candid Hari Raya | 34 Weeks!!

,
actually malu sungguh bergambar ala2 kebudak2 kan ni..hahaha

tapi sekala sekali macam best jugak.. lepas ni dah takde dah gambar2 preggy nih.. hahaha.. nanti korang rindu plak ngan peyut saya nih..hahaha.. agak2 perasaan di situ!!

kejadian di atas berlaku semasa hari Sabtu lepas.. ada jamuan hari raya di sekolah saya.. dan mostly murid direhatkan sempena persediaan dan sesi pengemasan bilik darjah untuk UPSR..

bila dah tak de murid.. ginila jadinya cikgu2..agak giler dah kepala hotaknya.. sila abaikan..

minggu ni saya genap 34 weeks.. alhamdulillah.. semoga kandungan saya dan saya berada dalam keadaan yang baik sehingga waktu melahirkan.. amin..
Read more →

Panas | Isu Guru Jugak Lagi!!

,
saya takmo komen apa sangat dah...sebab dah letih melayan..

tapi seriously.. ayat2 dia betul2 tak logik sesangat..especially tang maternity leave 3 bulan, makan gaji buta..

huhu.. cikgu2 je ke dapat maternity leave 3 bulan.. gaji jalan??sendiri mau ingat daa..

semoga Allah bersihkan hati manusia bernama NURUL AIN ANN KAMIL nih..amin..
Read more →

Saturday 8 September 2012

Ahad dah!!

,

As salam..ahad dah kan?

semalam schedule penuh..sek pulak petangnya..huhu

then hari ni byk pulak house chores yg WAJIB nk kena buat..sapu n mop rumah tu sdh pasti!!

jadi tak menang tangan saya hari ni..tangan ada 2 jek..tak cukup nak gapai semua..saya terpikir camnela berpantang sendiri nanti..mampukah saya??

uols banyak ke openg haus hari ni?saya adala satu..tp tak tahula sempat tak nak ke sg buloh tu?tgok schedule Mr Hubby dulu camne..

salam ahad semua!!

Read more →

Sabtu Day | 8 September 2012

,
As salam..

penuh aktiviti hari ni dari pagi sampai ke malam kot..

pagi2 dah hanta van Mr Hubby ke workshop untuk dicat.. sebelum tu sempat membedal nasi lemak kat Tanglin.. huhu

then gi hanta my kesayangan buat allignment yang dah lama sungguh bertangguh..

kereta kesayangan yang banyak sungguh berjasa kepada saya.. since 2001.. kereta susah senang saya..

then Yaya pulak muntah2..hari ni dah 4 kali muntahnya..so dah alang2 on the way..singgah HKL jumpa DR..

alhamdulillah..DR cakap takde demam.. so DR bagi ubat tahan muntah.. 

hari ni bawak Yaya gi sekolah... ada sekolah ganti.. kebetulan ada jamuan raya pulak kat sekolah..makan sakanla hari nih.. 

cerita lanjut di lain entry ye..

salam weekend dari saya.. dan selamat ke open haus ye kekawan.. makan kena sentiasa beringat..banyak lemak2 tolak tepi ye.. makan buah2an banyak takpe..hehehe

apa cerita weekend uols??


Read more →

Friday 7 September 2012

Putera William dan Kate akan ke Malaysia..

,

Pasukan produksi khas ntv7 bersedia berkongsi dengan rakyat Malaysia tentang Will dan Kate melalui sebuah rancangan istimewa selama satu jam “Will & Kate – The Malaysian Tour” yang akan bersiaran pada hari Ahad, 16 September jam 9.30 malam. 

Selain daripada rancangan khas tersebut,penonton pastinya lebih teruja dengan rancangan lain yang bakal disajikan di ntv7 termasuklah rancangan “William & Kate: A First Year Anniversary Celebration”, yang akan disiarkan pada hari pertama lawatan mereka iaitu pada 13 September, jam 8.30 malam. Selain daripada itu, ketahui lebih lanjut mengenai Duchess of Cambridge, Kate yang dikenali dengan evolusi fesyennya, dalam rancangan “Biografi: Kate Middleton” pada 14 September, jam 8.30 malam.


Dalam pada itu, rancangan temubual ntv7, The Breakfast Show dan Bella juga akan meraikan lawatan pasangan romantis itu dengan menyiarkan segmen istimewa bermula 9 September. Pelbagai sudut perspektif berkaitan The Duke dan Duchess of Cambridge termasuklah evolusi fesyen Kate Middleton, kisah cinta luar biasa pasangan ini, sumbangan mereka terhadap masyarakat, soalan trivia, fakta menarik serta rentetan perkahwinan mereka, akan dibincangkan di dalam rancangan temubual tersebut.

Rancangan “Nona” TV3 juga turut menyemarakkan lagi sambutan lawatan Will & Kate dengan sebuah segmen khas yang akan disiarkan pada 30 September, Ahad, jam 2 petang. Segmen ini akan membawa penonton untuk menyingkap lebih dalam tentang keanggunan fesyen Kate serta laporan mengenai kerja-kerja amal dan aktiviti-aktiviti kegemaran mereka dalam bidang sukan dan alam sekitar.

Selain dari program-program hiburan hebat tersebut, laporan berita dan perkembangan terkini akan disiarkan di dalam segmen edisi berita ntv7 termasuklah 7 Edition, Edisi 7, dan Mandarin 7, bermula 12 September ini. Komuniti Twitter di seluruh negara juga dialu-alukan menggunakan hashtag khas yang dicetuskan oleh ntv7 iaitu “#mywillnkate” – dalam semua mesej yang membincangkan mengenai lawatan Pasangan Diraja.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 melalui Facebook dan Twitter.

sumber : Oh Bulan

Read more →

Juru Auto City, Penang ~ Part 2

,
setel meround2..mengusha di Part 1

kami pun teruskan lagi meround di lorong yang lain plak..

semua bapak2 sempat lagi mengusha perabut2 di Log

kami masuk kedai2 lain jugak..cuci2 mata pun syiok!!

sambil jejalan.. ternampak satu kasut ala2 crocs tapi sangat unik.. memang tak pernah jumpa pun kat KL.. so tot nak beli kat Yaya.. tapi masa tu Yaya ikut abah dia jalan kat tempat lain.. saya pun mintak cucu saya aina cubakan mewakili Yaya.. dan menghadiahkan dia sepasang.. dua2 saya beli warna yang sama supaya tak bergaduh..huhu

okla..2 pasang dapatla rm30 setelah dikurangkan harganya

budak 2 orang ni melaram kemain lagi dengan kasut baru!!

then konon2 masuk kat shopping mall.. macam beria2 nak beli 2 blouse tu..tapi ended up.. saya beli baju blouse untuk anak2 je sorang sepasang.. sebab rasanya tgh preggy ni macam tak perlu je nak beli2 sakan..

tapi akan saya repeat bulan december nanti.. insyaAllah.. nak turun Penang lagi for attending our relative's kenduri kawen.. insyaAllah...

cantikkan Auto city nih?? jangan lepaskan peluang bergambar dengan pemandangan yang indah2 nih..rugi!!

 "saya pun nak bergambar jugak!!" hehehe..

setel entry Auto City Penang.. lega...

p/s : esok sekolah!!!uhukkkkkkkk


Read more →

Thursday 6 September 2012

Burger Samurai by McD

,
As salam

 yesterday i had Samurai Burger at shcool..one of my colleague ordered through phone..

sebelum ni memang tak pernah makan pun samurai ni..dan kawan saya cakap cubala..sedap..dan semalam dapat jugak rasa..dan rasanya memang sedapla..boleh masuk dengan tekak saya ni.. sebab sejak preggy ni memang tak berapa gemor sangat makanan2 yang pedas2.. cannot go with sambal2.. tak tahu kenapa??

my colleagues were enjoying their meals!!

pernah cuba burger samurai tak uols?
Read more →