Aktres Kareena Kapoor yang bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pelakon Saif Ali Khan pada 16 Oktober ini memutuskan tidak memeluk Islam.
Kereena juga dilaporkan tidak akan menukar namanya dan mahu kekal dengan nama asalnya tersebut.
Saif Ali sendiri menjelaskan dia tiada masalah untuk menerima Kareena dengan agama asal aktres tersebut dengan alasan menhormati agama lain.
“Saya tidak mahu paksa dia untuk menukar agamanya. kalau boleh saya mahu kerajaan meminda undang-undang terutamanya Akta Perkahwinan Kasta agar sesiapa yang hendak berkahwin tidak perlu menukar agamanya” ujar Saif Ali kepada Mail Today
Sebelum ini kesemua perkahwinan berlainan agama dalam keluarga Pataudi memerlukan pengantin wanita untuk masuk islam bagi upacara akad nikah
Ibu Saif Ali sendiri, Sharmila Tagora yang merupakan keturunan Banggali memeluk islam untuk bernikah dengan ayah saif Ali, Mansur Ali Khan.
Sharmila yang juga pelakon itu turut meempunyai nama islam iaitu Ayesha Begum selain mengunakan nama asalnya.
Majlis perkahwinan Saif Ali dan Kareena akan diadakan di istana Pataudi. bagaimanapun pihak mengantin belum memutuskan sama ada untuk melakukan majlis mengikut tradisi hindu atau syariat islam.
sumber : Harian Metro
entah apa nak jadi dengan dunia sekarang erk?? kalau dikaji dan dilihat.. memang ramai je aktress dan aktor Hindi yang beragama Islam berkahwin dengan pasangan yang bukan Islam.. boleh ke??
tertanya2 jugak sebab kalau dikaji juga.. Indonesia juga mengamalkan budaya yang samakan??
dan boleh pulak si SAIF ALI KHAN meminta negaranya meminda undang2 membenarkan orang Islam berkahwin dengan orang bukan Islam..astafirullah..
maka saya telah membuat sedikit pencarian dan terjumpa hadis seperti di bawah ;
Islam melarang muslim berkahwin dengan bukan Islam
Umat Islam harus mengamalkan undang-undang yang ditetapkan oleh Islam dalam pelbagai perkara termasuk juga perkahwinan. Jika lelaki bukan Islam ingin berkahwin dengan wanita Islam maka wajib mengikut undang-undang Islam. Islam melarang muslim melarang dengan orang musyrik. Firman Allah :
"Dan janganlah kamu nikahi perempuan musyrik, sebelum mereka beriman. Sungguh, hamba sahaya perempuan yang beriman lebih baik daripada perempuan musyrik sungguhpun dia menarik minatmu. Dan janganlah kamu nikahkan lelaki musyrik dengan perempuan beriman sebelum mereka beriman. Sungguh hamba sahaya lelaki yang beriman lebih baik daripada lelaki musyrik sungguhpun dia menarik hatimu. (Al-Baqarah 2:221)
Ayat di atas menyatakan dengan jelas bahawa lelaki dan perempuan muslim tidak boleh berkahwin dengan perempuan dan lelaki musyrik. Musyrik yang dimaksukan dalam ayat di atas adalah orang-orang yang mensyirikkan Allah dengan ciptaan-Nya. Allah menolak amalan orang-orang yang mengamalkan syirik seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini :
"Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (mempersekutukan Allah dengan ciptaan-Nya), dan Dia mengampuni dosa selain itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa memperesekutukan ciptaan dengan Allah, maka sungguh ia telah tersesat jauh. (An-Nisa 4;116)
sumber : SINI
sesapa yang datang ke sini dan ingin berkongsi komen2 anda.. dipersilakan.. saya pun tak berapa arif tentang benda2 cenggini.. tapi setahu saya HARAM berkahwin dengan wanita atau lelaki yang bukan Islam sebab dah tentu2 mereka orang2 yang menyekutukan Allah!!
wallahualam..