Sunday 30 June 2013

Perut Kempis..

,
As salam..
Perut korang senang tak kempis lepas bersalin?
Aku alhamdulillah..sangat bersyukur..
Sebab perut takdela boncit sangat lepas bersalin..
Cuma tipula kan kalau kata bila dah ada anak perut ko kempis cam anak dara..*kesatairmata*

Memang stressed kan tengok perut tak sekempis masa jaman anak dara dulu..waaaaaa...sobs...sobs..
Sebenarnya ada banyak cara dan tips nak kempiskan perut selepas bersalin ni..
Aku bukan pakar ek..
Ni mood aku terlebih rajin nak kongsi ngan ko ko camne nak kempiskan perut k..
Sementara aku tengah rajin ni la nak share2kan?
Sharing is caring ko kata..ngeee


aku ambik dari majalah Pa&Ma Julai 2013


1) Susu Ibu - susukan anak sebaik sahaja selepas bersalin dan seterusnya sehingga 6 bulan dan penyusuan secara eksklusif dan sehingga 2 tahun. Nyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200-600 kalori sehari.

2) Bengkung - bagi yg bersalin secara normal bolehla berbengkung terus dan yang bersalin secara czer boleh memakainya selepas seminggu. Berbengkung dikatakan mampu membantu mengembalikan bentuk badan asal dan kempiskan perut.

3) Bertungku /Bertangas /Sauna - bertungku bertujuan untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut atau rahim. Manakala bertangas atau sauna mampu memecahkan lemak, angin dan air yang berlebihan dalam badan.

4) Pemakanan Sihat - wanita bersalin lemah dan letih. Anda perlu makan makanan berkhasiat dan seimbang bagi menambah tenaga dalam badan dan yang penting pastikan susu ibu mendapat khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi bagi mengelakkan masalah perut boncit dan menggeleber.

5) Aktiviti Kecergasan - senaman kardiovaskular dan abdonimal tertentu boleh bantu kempiskan perut. Selain itu, aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang mampu mengatasi masalah lebihan lemak di bahagian perut. Bukan sahaja perut anda kempis, tetapi dapat membina.otot perut.

6) Postur Tubuh - memastikan kedudukan postur tubuh dalam keadaan yang betul. Duduk dalam keadaan tegak, berjalan dalam keadaan postur tegak (tidak membongkok).

7) Toksin Dalam Badan - baru tau.toksin dalam badan berkumpul di perut. Ini boleh menyebabkan masalah penghadaman dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. Boleh ambil supplemen utk hilangkan toksin dalam badan dan lakukan proses detoksifikasi.

Selamat mengempiskan perut ye kekawan!!

posted from Bloggeroid

Read more →

Busy Weekend | Cuti

,
As salam..
Penatnya rasa sebab weekend was our busy day..
Sabtu busy dengan majlis kahwin anak hubs di Melawati..
Ahad pulak sukan tahunan sekolah..

Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan baik..
Semuanya dah selamat..
Nurul (anak hubs) pun dah selamat menjadi isteri kepada Luqman..(nanti cerita di entry lain)

Nasib hari ni cuti..
Dapatla rest ngn buat loundry..
Hadehh..banyaknya baju haihh!
Cuaca pun nampak mendung je pagi ni..
Rasanya nak tidur lagi..bahaha


gambar kak cik Yaya jadi flower girl utk kakak nurul dia..kemain lagi hover and excited je dia..


Semalam berlangsungnya sukan tahunan SKTM2 di Stadium Mini SK Taman Melati..
Dekat je ngan rumah..
Tapi hubs suruh pergi bawak kereta..
Sebab bawak anak2kan?
Kurang sikit meriah..
Sebab banyak acara dah dijalankan di sekolah..
Sebab sebelum ni kan jerebu..
So memang planning sukan ni nak make it simple je..
Takdela beria sangat..
Tepat kul 1 selesai.
Balik tu memasing pengsan..
Fenat okeh..ppffttt..

Tak de amik gambar pun masa sukan
Semua gambar adalah ehsan jurugambar sekolah je..
Tu pun dia dah awal2 lagi masukkan dalam forum sekolah..
Dapatla aku cilok 2-3 keping untuk tatapan korang..
Semua gambar tak semenggah je..
Hahaha..
Okla dari takde kan
Tapi gambar aku je la ek..
Tak kose nak tempek bebanyak


terpaksa bawak dak Aish ke sekolah..mintak kakak tolong jaga sementara aku bertugas di padang..




Itu je cerita weekend kami yang busy..nanti aku cerita details pasal wedding tu ek..


Sekian laporan weekend..
Jangan berMONDAY BLUES ek..
Jangan jeles aku cuti hari ni..bahaha
Yeahhhh!!!

posted from Bloggeroid

Read more →

Friday 28 June 2013

Geram Sangat!!!!!

,
As salam..
peel baru dak Aish yang aku noticed lately..
dia suka tetiba sengih tak pasal2..
sikit2 dia buat muka sengih dia tuh..
geram aku tengok..


tu la muka dia buat sengih2 gitu..
selalu dia buat siap angkat2 hidung tuh..
haihh adikkk..
muka memang mintak nak tampo ek??
hahaha..
sebab geram sangat!!
tak sanggup kot nak tampar dia..
tapikan..syhh..aku selalu jugak gigit pipi dia...
bahahaha..

happy weekends uols..
esok sibuk kenduri..
lusa sukan sekolah..
isnin..???









CUTI!!!!!!!
Read more →

Thursday 27 June 2013

Today is Friday

,
As salam..
Alhamdulillah..
Cuaca semakin baik..syukur sangat..
Sekejap je dah Jumaat..
Time really flies..

Tajuk kat atas tu macam nak mengajar budak sekolah plak ek.
Hahaha..
Dah katernya aku cikgu ek..
Actually selalu sangat masalah nak bagi tajuk..
Tak suka arr bagi tajuk cam skema jek..

Ok nak cerita..
Last week Pinky Momma ada share pasal bekas yang dia beli murah kat Tesco
Boleh tengok ENTRY pinky momma..hehe


ni gambar watsapp dari fuza


Actually aku mintak fuza belikan sebab umah aku 'dekat' sangat ngan Tesco..hahaha..
Tergoda plak dengan entry pinky momma.. terus whatsapp fuza if gi Tesco belikan 10 bijik kat aku giteww..






Semalam dah selamat sampai ke rumah aku..
Sengih sampai telinga giteww..
Double sengih sebab kain yang aku order dari Bandung pun dah sampai..
Beli dari Fuza jugak...
Kalau sempat nak pakai masa raya ke10 nanti..wahh..sampai raya ke 10 ko nak beraya ye..
Ko mampu??
*matakeatas*




Sesapa yang berminat dengan kain sulaman dari Bandung dengan harga yang murah dari pasaran bolehla terus jenguk2 atau cuci mata di..

http://fuzamusa.blogspot.com


Sekian entry raya..hehe

posted from Bloggeroid

Read more →

Wednesday 26 June 2013

Resepi Spaghetti Bolognese

,
As salam..
dah lama dah aku masak spagetthi nih..
semuanya rekues dari anak2 la..
nak makan itu nak makan ini..
siap berzikir kat telinga aku ni..
hahaha..

aku masak ni masa aku demam malam tuh..
anak2 plak teringin nak makan spagetthi..
ala..bukan susah pun..
yang penting ada sos bolognese tu yang siap sedia..kan??
ada sikit daging..daging cincang lagi senang..
atau ada la bahan2 basah macam ayam ke sotong ke udang ke..
dah boleh masak spagetthi bolognese..


Bahan-bahan untuk memasak

* 1 paket spagetthi (jenama ikut suka)
* 1 tin sos bolognese tradisional (Preego / Leego)
* 1 paket daging/ayam cincang (Ramly)
* 4-5 batang sosej di potong ikut suka jugak (jenama ikut suka)
* 1 batang lobak merah di potong ikut suka
* 1 labu bawang india atau bawang biasa di potong dadu
* 2-3 ulas bawang putih di tumbuk halus (sekali dengan lada hitam)
* 1 sudu besar lada hitam (tumbuk sekali dengan bawang putih)
* sedikit sos cili 
* sedikit minyak untuk menumis (aku guna olive oil dak Aish)
* garam secukup rasa
* 2-3 cawan air ikut kepekatan yang kita nak

Cara-cara membuatnya

1) Rebus spagheti dengan air yang dididih yang dititikkan minyak supaya spagethi tak melekat dan rebus sampai lembut lebih kurang 6-7 minit
2) Dalam bekas yang lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih yang ditumbuk dengan lada hitam
3) Masukkan bawang india atau bawang besar dan tumis hingga kekuningan
4) Masukkan daging cincang dan biar bagi garing sedikit
5) Masukkan sos preego dan tuang air mengikut kepekatan yang kita nak.
6) Biarkan mendidih dan masukkan lobak merah atau apa2 sayur korang suka ek
7) Setelah mendidih masukkan pulak sosej (aku masuk lewat sebab sosej tak payah masak lama)
8) Masukkan sos cili dan garam secukupnya..
9) Tutup api dan sedia untuk dihidangkan dan dibedal..hik..hik..




SENANGKAN??

SELAMAT MENCUBA!!

Read more →

Setelah Hampir 2 Bulan Tanpanya | DRB Hicom

,
As salam
syukur alhamdulillah..
setelah hampir 2 bulan tanpa BE..
hanya mengharapkan CPC Campaigns je..
takpela..tujuan berblogging ni pun suka2 jek..

terima kasih korang2 yang sudi singgah dan tinggal komen
yang silent readers pun tq so much
dan tq jugak kat nuffnang
tapi alhamdulillah..sudi jugak DRB Hicom ni melekat kat sini..

snap pakai hp jek..

p/s : BE ke-3 untuk tahun 2013
Read more →

Tuesday 25 June 2013

Learning Toy For Aish

,
As salam..
baru terima parcel semalam dari sis Aty..
tq ye sis sebab sudi kongsikan kepentingan permainan untuk belajar di blog sis ye..
takde masa nak citer panjang sebab kejap lagi nak masuk kelas dah..
aku kongsi gambar dak Aish je la sebaik aku tunjuk je mainan ni kat dia..




apa yang dapat aku simpulkan kat sini..
kakak2 dia lebih banyak ketuk dari dia..ngee..
takpe..at least aku cubakan belikan something yang benefit untuk dak Aish belajar..
dan semalam apa yang aku tengok..
lelama kayu pengetuk tu dah start dia masukkan dalam mulut dia..

ko belajo gosok gigi erk dik??
Read more →

Aish Iskandar Sudah 8 Bulan..

,
As salam..
syukur alhamdulillah..
dari minggu lepas dia dah masuk 8 bulan..
umminya baru nak update kisahnya..hehehe

kalau nengok gambar ni rasa nak geget jekan??macam dah paham2 sangat nengok tv..nengok canel 613..suka sangat dengan citer tayo..

tu dia bangun sendiri bila aku baringkan dia macam raja2 jek nengok tv sambil baring erk dik..
dia lebih suka dok camtu even duduknya masih belum stabil..
merangkak pun belum lagi..
dok asik angkat ponggong..macam berat no nak angkat pun payah..ppffftttt...

cer tengok gambar pertama sampai akhir tu..
dia ralik layan tab note aku tuh..nengok si TOM..hahaha..
dia memang suka nengok TOM tu..entah kenapa entah?
gambar yang kedua tu aku panggil nama dia..nak snap..dia pandangla..
dapatla snap sedas duakan??
tetiba cer tengok gambar yang ketiga tu..
dah datang kat aku tarik2 mintak nenen..hahaha...
aku bagi je terus tidur ko..
tu time senang nak tidurla kan??
kalau time susah apa keje pun APTB okeh..huhu

kalau ko tanya apa dia pandai buat 8 bulan ni?
takde la banyak sangat beza masa dia 7 bulan
cuma dia dah bawak walker tu laju2 sesangat..
hahaha..naik risau plak aku..
makan pun alhamdulillah..dah makan bubur yang aku buat..
dan bubur masih diblend halus sebab dak Aish tak suka bubur yang kasar2 tuh..
aku pun dah simpan banyak resepi yang bakal di buat...
nak tunggu dia 9 bulan je..
tq syimasyaz sebab sudi kongsi memacam resepi kat blog sis..

dak Aish belum tumbuh gigi lagi even dah 8 bulan..
kalau ikut kakak2nya dulu mostly dah 7 bulan dah ada gigi 2 batang..
takpe la Aish..nanti tumbuh jugak gigi tu kan?
mungkin lambat sikit kot..
setiap budak tak samakan progress pembesaran dia..

ni gambar semalam..
aku bawak kakak2 dia gi sarapan kat mamak nearby umah aku..
gambar fresh pepagi belum mandi tuh..hahaha
seharian kan dok umah je semalam tuh (isnin)..
so semalam (selasa) aku tengok cuaca tu cam ok sikit..
aku bawakla derang gi pasar..
lauk basah pun dah kehabisan..
sambil mencari sayur bayam merah untuk buat bubur dak Aish..
susahla sekarang nak cari bayam merah ek?
bayam biasa tu belambak kot..

okla..ni je kot entry update untuk dak Aish..
semoga Aish membesar dengan sihat..
doakan kami ye..

Read more →

Monday 24 June 2013

Kita Doakan Aje..

,


As salam..
Tu gambar semalam masa aku otw ke Putrajaya..
Macam nak naik genting je kot..huhu
Anak aku kakak yang ambik gambar..
Kami terpaksa ke Presint 2 nak submit doc perumahan tu..
Kalau tak buat semalam nanti tertangguh plak..

Risau pulak dengan bacaan IPU jerebu yang tak menentu ni..
Baru terbaca tadi..
Pelabuhan Klang dah nak 489 kot IPUnya..
Port Dickson as well..getting worst..
Dan KL pun still 198 as yesterday....
Tapi aku tengok area taman melati ni dah makin nampak cerahla..
Matahari pun dah keluar..
So hari ni aku jemur baju kat letak kat luar sikit..
Hope takdela bau asap..huhu

Apa yang dapat kita buat..
Berdoa bebanyak supaya hujan turun..
Dan pembenihan awan yang dijangka dibuat hari ni boleh membantu hujan turun dengan cepat..


kita hanya mampu berdoa je..selebihnya hanya Allah yang menentukan..


dan jangan lupa pakai mask ye kekawan..n most important thing..keep on drinking plain water k..jangan culas


dak Aish pun tak berapa sihat..flu berjangkit ngan umminya..huhu..doakan kita semua diberikan kesihatan yang baik k..


TAKE CARE

posted from Bloggeroid

Read more →

Catatan Terkini IPU Jerebu di Kawasan Yang Terjejas

,
As salam..
Keadaan jerebu di KL dan Selangor masih di tahap unhealthy..

Doakan tempat2 kita cepat dapat hujan ye..
Untuk nak semak bacaan indeks IPU Jerebu..
Bolehla semak di


http://www.mysumber.com/berita/bacaan-terkini-indeks-ipu-jerebu-24-jun-2013-seluruh-negeri

harap maklum

posted from Bloggeroid

Read more →

Sunday 23 June 2013

JEREBU - Sekolah di KL dan Selangor diarah tutp

,
As salam..

Tadi tengok berita kat TV3..
Dah sahkan bahawa esk sekolah area Selangor dan Kuala Lumpur diarahkan tutup sehingga diberitahu kelak..



Harap maklum.

posted from Bloggeroid

Read more →

Burger Bakar Abang Burn di Buka di Danau Kota

,
As salam.. Finally BBAB bukak jugak dekat dengan tempat aku..yeahhh!
Dah lama tunggu nak terjah BBAB ni.. Tapi tak terpegi2 sebab jauhkan? Sesapa yang dok dekat dengan area Ulu Klang.. Bolehla terjah jajahan ke-17 BBAB di Danau Kota..di Red Chili Cafe.. Ala dekat dengan Uptown Danau Kota tuh.. Tak sabar ai nak terjah!!
Read more →

Thursday 20 June 2013

Jom Tempah Tiket Malindo Air

,
As salam..
Nak share ngan korang2 ni..
Korangla..
Korang yang suka berjalan..
Suka holiday..
Suka holiday naik belon..eh..kapal terbang..
Hehe..

Ada benda aku nak war2kan..
Sesapa yang nak balik kg raya ni naik kapal terbang pun boleh..
Sebabnya Malindo Air dah bukak 3 laluan baru iaitu ke Alor Setar, Langkawi dan Kuala Terengganu mulai 1 Ogos 2013..
Yeahhh..apa tunggu lagi..




Selain itu..
Malindo Air juga menyediakan penerbangan ke Kota Bharu, JB, Pulau Pinang, Tawau, Kuching, KK, Miri dan Sibu..


Untuk menempah tiket bagi laluan baru sempena aidilfitri ini bolehla mula menempah hari ini di www.malindoair.com


Selamat menempah dan happy holiday in advance!!!

posted from Bloggeroid

Read more →

Tiada Tajuk..

,
As salam..
Alhamdulillah..
Tq kekawan semua yang telah menitipkan doa dan berharapkan aku cepat sembuh..
Alhamdulillah..hari ni masih lagi rasa sisa2 belum sihat tu..
Tapi syukur sangat sebab Allah dah kurangkan kesakitan hari ni dari semalam..

Syukur juga sebab hari genap dak Aish 8 bulan..
Entry tentang dak Aish akan nyusul laterla ek..
Aku memang takdan nak taip lagi..
Yang ni pun aku gigih guna hp untuk update 1 entry at least sehari..
Tu pun aku type sat2..save..pastu sambung balik..
Mandikan dak Aish..bagi makan dia..
Then nyusus dia..pastu sambung balik..ngee
Dulu at least ada jugak 2 entries per day..
Skang payah dah kot..
Kat sekolah pun busy nak setelkan macam2 benda..

Ohh..pasal aku kena gi program smart rangers tu..
Semalam aku tekad aku takmo gi..
Anak2 aku takde orang kot nak jaga..
Aku tekad gi jumpa madam..
Bagitahu aku tak dapat nak attend..
Aku bagitahu yang babysitter ada hal..
Parents aku away to Kuantan..
Nasib madam ni bangsa faham masalah cikgu2 ni..

Aku bukan nak ngelat..tapi memang tak dapat ar nak turut perintahkan?
Pastu madam cakap nak setelkan masalah aku dengan gantikan cikgu lain..
Pastu tak sampai 2jam kot..
Madam datang kat kelas aku mengajar bagitahu GB cakap..
"no need to attend..so many programs on the same day"
Dan kiranya sekolah aku tak hanta cikgu pun untuk attend..huhu
Lega aku dengar camtu..alhamdulillah...
Takdela aku berasa bersalah sangatttkan?

Aku type cerita ni pun dah makan masa sejam weyhh..
Sat save..sat sambung balik..
Hari ni Jumaat dah ko..
Esok aku nak rilex puas2..
Rilex2 pun aku planning nak kemas dapur yang dah semak aku tengok..
Sakit mata aku weyhh..
Dok tangguh dari lepas berpantang dak Aish..
Ko bayangkan 8 bulan dah
Uish..tak saba nak dok umah sendiri..
Jeles nengok kekawan blog hias2 umah sendiri..
Bilala aku nak rasa semua tu..
Lagi 3 tahun kot..inshaAllah..
Doakan ye..

Aku tempek la satu gambar dak Aish kesunyian tanpa kakak2 di sisinya..ngee

kesian aku tengok tergolek2 kat tepi pintu tu..kot nunggu abahnya balik..

HAPPY WEEKEND UOLS!!!

posted from Bloggeroid

Read more →

Wednesday 19 June 2013

D.E.M.A.M.

,
As salam..
Nak up citer best2 tak dan la uols..
Since Selasa badan ni dah start lemau..
Dah start rasa tak sedap badan..
Nak demam tapi tak demam sebab dok telan active fast..

Semalam baru rasa sangat tak larat..
Rasa sakit kepala..sakit badan..
Tekak agak perit..
Tapi lawan dengan minum air berbotol2..
Kesudahannya malam tadi adala 5-6 kali masuk toilet..
Nasib dak Aish tidur ok je..

Pagi ni bangun rasa cam panas sikit badan.
Tapi lawan sebab nak kena hanta kakak2 gi sekolah (hubs outstation)
Nak wat camne..
Jadi ibu ni kalau demam memang kena kuat..
Kena lawan..
Nak ambik mc pikir 80juta kali..
Sebab banyak hal nak disetel di sekolah..

Sabtu ni dapat arahan daripada pentadbir meminta aku ke Program Smart Rangers..
Nampak gaya tak boleh nak turut perintah kali ni..
Sebab dak Aish takde pengasuh utk hari Sabtu..
Parents aku nak ke Kuantan hari ni..
Takde sapa dah nak tolong jaga dak Aish dan anak2 aku yang lain..huhu
So tak dapatla nak attend program ni..
Dugaan untuk aku kali ni..wuwu..
Doakan semoga semuanya dipermudahkan olehNya...amminnn...

Hari ni nak g awal ke sekolah..
Ada meeting lagi..
Semalam pun meeting..
Eh..asik meeting jela..
Tapi cakapnya benda yang sama je kot..
Bebel yg banyak dari cakap..
oppss..
Permisi dulu ya buk..
Doakan saya cepat sihat ek..


P/s : esok dak Aish genap 8 bulan..yeahhh!!

posted from Bloggeroid

Read more →

Tuesday 18 June 2013

Kudrat Kita

,
As salam..
Biasalakan kalau ada anak kecik..
Penat tu dah tolak ketepikan?
Sebab tu ada ramai je yang limitkan jumlah anak dalam family..
Bukan sebab nak sekat rezeki..
Mungkin sebab kudrat yang dah tak mampu nak tanggung dah..kot..
Kalau aku silap bagitahu ek..

Macam aku dah planned baik punya..
Nak ada anak 5 orang paling minimum..
Tapi bila busy dengan study..
Makanya anak pun dapat jarak2..
Semua anak aku anak planning baik punya..
Cuma dak Aish je aku dapat awal daripada planning..
Rezeki Allah bagi awal kat aku..
Dalam aku tak rancang tu pulak..
Dapat boy..alhamdulillah..syukur..
Adala ultraman superman sorang dalam rumah aku kan?
Laki aku cakap dak Aish ni la akan jaga aku bila dia tak de nanti..*sedih*
Hopefully..

Bila dah ada anak 4..
Syukur Allah bagi amanah2 ni untuk aku dan hubs laksanakan..
Kalau Allah nak beri lagi..
Itu adalah kententuanNya..
Kalau ikut our planning..
Cukupla 4 yang ada..
Nak boy pun dah dapat..syukur..

Kita hanya mampu merancang..
Allah yang tentukan semuanyakan?
Ada jugak yang cakap..
"muda lagi boleh beranak lagi"
Memangla..tapi badan sendiri kot..
Masing2 tahu larat lagi ke nak mengandung..
Nak bersalin..nak meneran tu yang aku rasa macam nak habis nyawa kot..hahaha..
Rasa tak mampu dah..bahaha..

Cukupla amanah yang Allah berikan kat aku..
Yang banyak menduga kesabaran aku..
Yang buat aku jadi tarzan..singa..semuanyala..
Apa yang aku tak jadi?
Bila jadi mak camnila..
Tak sama macam orang lelaki kot..
Jarangla kot nak jumpa macam Ben Ashaari..
Boleh jaga anak sambil bekerja dari rumahkan?
Dalam mimpila kot nak suruh hubs aku buat giteeewww..ngee..*sory abang*

Apa2 pun bergantung pada kudrat si isteri..
Yelar..dia yang mengandung dan melahirkan..
Lepas tu dia jugak yang nak jaga..nak nyusukan..
Nak masak pun dia..bagi anak2 makan pun dia..
Nak bagi makan suami pun dia jugak..
Tu la orang perempuan ni memang boleh kumpul pahala banyak2kan?
Tapi masih lagi orang perempuan jugak yang senang nak kumpul dosa..nauzubillah..
Semoga Allah melindungi aku dari perkara2 yang dilaknatiNya..aamiiinnn..

Sekadar entry luahan pepagi Rabu..
Ok..dak Aish dah buat bunyi2 nak tidur balik tu..
Nak mandikan dia dulu..
Nak bagi dia tidur..
As salam semua..

posted from Bloggeroid

Read more →

Monday 17 June 2013

Habis Ngeyih Kat Semua Orang

,
As salam..
Semalam aku gi Putrajaya..
Menghantar borang dengan hubs..
Pergi bertiga je aku dak aish ngn hubs..
Lambat jugak setelnya..
Sebab melekat kat bank nak buat bank..

Planning kami hubs aku akan drop aku kat Putra Ampang Park..
Sebab sure orang tak ramai masa ni..
So ok kot setakat aku ngan dak Aish berdua..
Still can handle it..inshaAllah..

Sampai je stesyen Ampang Park tu..
Aku tengok dak Aish dah mula excited..
Pandang sana pandang sini..
Tak dok diam..hehe
Sampai je bawah nak naik train tu..
Sat je dah sampai trainnya..
Takdela mencanguk lamakan?

Masuk dalam train..
Tak ramai sangat umatnya...
Aku dok banyak tempat kosong..
Depan aku adalah 3orang lelaki ngn sorang perempuan chinese
Dak aish dok tengok sambil ngeyih2 kat orang depan dia..
Dak Aish ni cukup pantang orang tegur2 dia..
Nanti dia tetiba jadi ngengada...haha
Sengih habis kat semua orang ko..
Pastu yang tak tahan tu..
Main sembuq air liur..hadehh..
Non stop ok..haru haihh..


ni aku ambik gambar dia guna kamera belakang..tak benti2 sembuq air liur..


Tak sampai 20 minit train sampai stesen..
Aku dokong dia sampai kat tempat aku park kereta aku..
Aku tgok senyap je..
Rupa2nya lena..haha..
Kot penat NGEYIH kat orang kot tu..
Terlebih peramah..
Ikut sapa la tu ek?haha
*takmongaku*



posted from Bloggeroid

Read more →

Sunday 16 June 2013

Cerita Ahad

,
As salam..
Cerita ahad selalunya akan jadi cerita yang sama je..
Sebab ahad kalau takde gi memana..
Akan jadi cerita yang rutin..
Setel menjemur..aku akan gi pasar pagi..
Lepak ngan hubs untuk makan pagi..
Just bawak dak Aish ngn kak cik Yaya je
Nanti hubs aku jaga anak2..
Aku akan masuk pasar untuk lauk basah..

tapi semalam hubs aku kerja..
Maka aku ajak kakngah teman aku ke pasar..
Jalan kaki je sebab aku malas nak cari parking..
Ahad selalunya parking penuh..
Ada tapi payah..
So mari kita exercise di pagi hari..
Bawak stroller dan kami berjalan kaki..
Selalunya yang banyak ngomel penat tu kakcik yayala..hahaha..
Dia memang stok manja..
Tak boleh penat sikit..


ini je yang aku masak semalam..


aku buat pajeri terung..
Sambal belacan..
Goreng ikan ngan sotong kicap..
Setel!!

Tunggu hubs balik pun lewat..
Dah kul 10 malam baru dia balik sebab busy kerja..
Tapi tetap cari nasi jugak..
Simpan perut untuk isi kat umah..
Laki kita ni..
Ni je la cara nak bermanja2 ngn binik dia kan?
*matakeatassangat*

Ok..tak boleh nak berlama lamaan mengadap hp ni..
Nak bermanja2 ngn hubs plak nih..
Jangan jeles k..
Sekian melaporkan..ngee

posted from Bloggeroid
Read more →

Abah

,
As salam..
1st time aku citer pasal abah aku kat sini..
Abah aku ni orangnya pendiam sikit.
Tapi ko kena pandai sembang2 ngan dia..
Macam laki aku pandai sembang ngan dia.
Aku pun kalah..


Abah aku ni kira anak sulongla dalam family abah aku..
Sebab sebelum dia actually ada kakak2 orang atas dia..
Tapi meninggal sebab demam panas masa kecik..
So abah aku ni kalau kakak2 dia masih ada pun jadi jugak anak sulong laki yg 1st la..
Tapi kakak2nya dah umur tak panjang..
Jadila abh aku ank sulong secara tak langsung..
So adik beradik abh aku semuanya ada 5 orang tak masuk yang meninggal masa kecik tu..
Sekarang tinggal 4 aje sebab pakcik aku dah meninggal sorang sebab sakit kanser usus 3 tahun lepas..
Al-fatihah..


Abah aku seorang pegawai askar..
Umur dah 64 tahun
Dah pencen pun dengan pangkat leftenan kolonel..
Sebab abah aku army..
So memang merata la kami berpindah randah..
Aku pernah duduk Sabah dan Sarawak..
Sabah 2x kot..masa aku sekolah rendah..
Dan masa aku baru kawen abah aku dok sana lagi sebelum pencen...


Aku tak ikut sebab masa ni dah kawen..
Masih belajar di UiTM..
Yang ikut adik2 aku yang kecik je..
4orang adik aku yang masih sekolah..
Adik aku sorang je perempuan..
3 lagi are boys..
Kakak ngan abang2 aku semua dah kawen.
Kami semua 9 beradik..
Kiranya abah aku la yang tanggung kami semua belajar..
Sebab mak aku memang suri rumahtangga sepenuh masa gitewww..


Sebab abah aku askarla..
Kami banyak merantau..
Abah aku pun pernah dok australia 6 bulan kot..tinggal kami kat sini..
Sebelum kami gi Sabah..
Sebab selalu merantaukan..
Sekolah pun bertukar2..


Sekolah rendah je adala 5-6 buah sekolah kot ko..hahaha (takdan nak kira)
Tapi sekolah menengah setia ngan APGS je..
Sebab masa tu abah aku stay KL lama..
Kami semua pun dibesarkan di KL..
Di Taman Melati ni la aku dibesarkan
Kesiankan?macam orang takde kampung..
Tu yang meroyan kalau kena raya kt KL..
Meroyan jugak ajak hubs balik penang kalau raya..hahaha


Back to my abah..


Sekarang aku dok dekat je ngan umah parents aku..
Everyday abah aku datang nak main ngan cucu2 dia..
Especially dak Aish..
Everyday datang hanta kak cik Yaya gi tadika..hehe..
Rilex je aku ek..
Pendek citer..abah aku memang sukala datang umah aku..
Kadang lepas balik surau solat isya' singgah malam2 nyembang ngan hubs aku..


ohh...lupa nak tempek gambar abah aku..
Jap aku cari..


abah ngan ma aku..masa konvo aku di uitm


abah aku hobi dia suka berbasikal..
Everyday pagi2 dia akan berjalan dulu..
Then dia akan berbasikal..
Banyak kalila berbasikal sampai ke Melawati tuh..
Jauh kot bagi aku..ngan bahayakan..
Tapi dah tu kesukaan dia..
So aku bincang ngan laki aku..
Kot nak bg hadiah basikal untuk abah aku..
Kebetulan plak nak dekat fathers day masa tu..(aku beli last week)
Sebab basikal dia dah burok kot..
Kalau nak harap dia beli aku tak rasa dia akan beli baru..hehe..
Bincang2 then gi survey..


maka basikal ni jadi pilihan aku dan hubs untuk abah aku..aku harap sangat dia suka..


alhamdulillah..since dia dapat basikal tu..
Seronok dengar dia bercerita basikal ni powerla.
Best untuk naik bukit..
Aku tumpang happy je kalau abah aku suka..
Takpela..duit boleh dicarikan..
sesekali berbelanja sedikit untuk abah kesayangan..


Dikesempatan ini..(poyo ayat)
Aku nak wish happy father's day untuk semua bapa2 di luar sana..
Semoga sentiasa menjadi bapa yang bertanggungjawab..
Bapa yang penyanyang..
Dan semoga sentiasa berbahgia..
Dan untuk hubs aku..
Takde hadiah untuk u k..
Sebab ai dah pokai kena tunggu gaji..
Nanti ai banje u makan kat luar k..
Tunggu gaji..hahaha..
Tapi kalau u ada duit lebih..
Ai tak kisah pun u banje ai..
Malah ai lebih suka..
Murah rezki u..hehe..


Sekian entry abah aku..
Okbai

posted from Bloggeroid

Read more →

Thursday 13 June 2013

Restoran Ikan Bakar Din, Kepala Batas, Pulau Pinang

,
As salam..
Jumaat suda..
Cepat masa berlalu..kan?

Ok..entry balik kampung hari tue..
Aku tak mo buat details sangat pasal balik penang hari tu..
Aku buat mana yang aku rasa aku perlu cerita dan review ek..
Incase sesapa yang datang bercuti ke Kepala Batas..
Bolehla cuba makan kat sini..
Terbahek wa cakap lu!!*gangstertetiba*

ini adala 1st timela aku makan kat restoran ni..
Hubs aku dah pernah makan kat sini..
So dia tahu kat sini memang sedap..
So dia repeat bawak aku ngan anak2 plak makan..gitewww




Kat sini ada banyak sangat pilihan ikan bakar..
Bukan ikan je ye..pelbagai makanan laut pun boleh dibakar kat sini..
Ko boleh pilih yang mana fav korang.
HARIMAU MENANGIS pun ada..
Nak join menangis pun boleh..kahkah


mahapla korang ek..ai is segan nak ambik gambar2 lauk yang derang hidangkan..tapi aku jaminla ek...memang sedap dan murah..tu yang penting




Sini jugak dihidangkan juga lauk2 lain..
Siap masak dalam kawah besar nuh
Ada sup daging yang banyak lemak tuh yang wallahhh tuh..
Yang juga boleh mengetatkan seluar ko..
Dan juga kari marii tetel..sedap sangat
Fuhhh..terangkat wa cakap lu!!*gangsterlagi*


mine..ambik kari tetel..










Gambar2 mostly anak perempuan aku yang tangkap..
Kira adala jugak ek..
Sebab biler tengah makan..
Haruslah kusyuk menikmati makanan yang lazat katanya..
Harap maklum ek..


Ok..cara nak datang sini mudah je actually..
Terletak betul2 di Pekan Kepala Batas..
Ala..kg Pak Lah..
Tempat ni during lunch hour memang penuhla ek..
Aku datang hari tu dalam kul 11pg kot...
So tak ramai lg..
Masa dah setel makan nak bayar..
Dah mula ramai umat turun makan kat situ..


Sesapa yang bercuti kat sini..
Bolehla cuba..k


last but not least..gambar tuan umah gedaung..




Sekian entry sharing is caring

posted from Bloggeroid

Read more →

Wednesday 12 June 2013

Yaya Yang Cengeng

,
As salam..
Ni lately aku notis..
Yaya dah jadi sangat suka menangis..
Modal dia mesti menangis..
Menangis je keje..
Aku jadi rimas kot ko..


Aku notis bila balik dari sekolah..
Dia tetiba menangis dalam kereta..
Mengadu domba pasal kawan dia tak bagi main buaian..
Aku cakap tak yah nangis..
Buaian tu nanti weekend kita gi main kat playground..
Yang sekolah punya dapat main sat2 je sebab kena kongsi reramai..(buaian ada 1)
Tu satu kisah..


Kisah seterusnya..
Lepas habis sekolah..
Aku hanta dia kat umah pengasuh dia..
Sekali ngan dak Aish..
So balik sekolah dalam 645ptg tu..
Aku ambikla yaya ngan dak Aish..
Kakak2 dia ada sekali..
Penuhla 1 kereta bila balik dari sekolah..
Aku notis bila sampai rumah..
Kalau abah dia ada..
Abah dia akan sibukla nak ambik dak Aish..
Kadang2 dia akan suruh abah dia bawak turun dia dari kereta..
Mana larat kot..
Dah umur 5 tahun ko..hahaha..
Hagak2 la nak angkat..huhu
Tu punca jugak buat dia nangis..
Nangis yang kuaatttt!!
Bingit telinga aku..huahua..
Aku la tukang pujuk..
Upah dia gula2 ke suruh diam..
Harukan?


Bila malam..
Drama menangis ni bersambung bila dia masuk bilik kakak2 dia..
Kaco kakak2 dia study..
Adala tu..yang cepat tangan..
Cubit adik dia ke..
Kadang tu tak kena cubit tapi nak barang kakak2 dia..kakak2 dia tak bagi..
Macam2..


Aku rasa kecengengan ni terjadi sebab dia nak perhatian..
Sehari ko tak dgr dia nangis..
Tu bukan Yayala tuh..
Drama queen ini budak!
Benda yang kecik pun boleh buat dia nangis ko..
Entah hape2..
Inila sorang anak aku yang aku rasa paling cengeng kata orang utara..
Dia boleh nangis stok keluar air mata macam banjir tu..haihh




Cengeng = kuat nangis


P/s : tu baru ada anak 4 dah mcm2 peel ek..belum lagi yang ada anak 9..fitammm!!!aku solute okeh!!

posted from Bloggeroid

Read more →

Lagak Orang Besar!!

,

Macam besaaaarrrr sangat..
Baru 7 bulan kot.
Haha..
Layanzzz..

Read more →

Tuesday 11 June 2013

Contest Baby Ceria By http://barangbabymurah.blogspot.com

,

As salam..
lai..lai..nak jual buah lai..meh2 sini..
jom join contest yang dianjurkan oleh ibu muda bernama safiyyah ni..
aku kenal dia sebab pernah beli barang baby kat dia..
baik budaknya..and cantik..
anak dara dia lagi cantik..*tetiba ayat power*
tengokla gambar banner kat atas tu kalau tak cayer..
ngeh..ngeh..

so nak pertaruhkan gambar aish yang ceriala ek??

TADAAAA!!!!


korang!!!!!!
jom membeli barang baby dengan harga borong minimum 1 barang di blog 


Nama Peserta Cilik : Aish Iskandar bin Hj Abdullah
Umur Peserta Cilik : 7 bulan
Nama Ibu Yang Comel : Norazrine Abdul Tahar

di antara senarai hadiah yang ditawarkan kepada pemenang ialah..*baik hati sungguh sebab penganjur bagi chance kat mommies pilih sendiri hadiah yang derang nak if dipilih sebagai pemenang...yezzaaa*!!

1.rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4.toys storage(pooh,cars,princess)
5.playmat mothercare(pink, lion)
6.toilet train toddler
7.elc purple with hanging toys

kalaula saya menjadi pemenang..saya nak hadiah no.5 iaitu playmat mothercare (pink, lion) tu..sebab dak Aish takde lagi playmat..dan dak Aish sekarang suka sangat mengutip benda masuk mulut..payah tol nak tinggal dia kat bawah.. dengan adanya playmat..bolehla bentang kasi dia main atas tu..kan??

di harap murah rezeki Aish untuk menang..aaamiiinnn..

contest dah start..pe lagi tunggu mommies and blogger..
boleh join melalui fb atau blog..

sesapa yang singgah sini...ringan2 kan tangan anda untuk join contest ek..

sesaper nak join klik link di bawah


tarikh mula contest : 12/6/2013
tarikh tutup contest : 7/7/2013

GOOD LUCK everyone!!
Read more →

Dah Kakak2nya Semua Perempuan..

,

As salam..
Ni cerita cuti sekolah..
Jumaat lepas kalau tak silap..
Aku ke Seremban..
Ada urusan nak submit doc ngn JPPH Seremban..

Aku bawak semua anak2 aku..
Hubs kena gi Melaka..
So terpaksa cekalkan hati drive sendiri ke sana by myself..
Nasib sehari sebelum tu aku dah ke Seremban dengan hubs..
Tapi tak tahu pun N9 cuti on Thursday tu..
So aku dah tahu dah kat manala JPPH Seremban tu..
Takde hal la Jumaat tu nak mencari pulakkan..
Jenuh aku ngan 4 budak tuh..huhu

Selesai urusan kami makan di KFC kat Seremban tu..
Saje sebab anak2 dok cakap2..
"ummi dah lama kita tak makan kfc"
Aku kalau boleh nak kurangkan bawak anak2 makan fast food..
Not good actually..
Even mcD dah lama tak bawak gi makan..
Hampir everyday derang berzikir kat telinga aku..
Yang derang dah lama tak makan mcD..
Sebab rumah aku memang dekatla sangat dengan mcD..
Memang jalan kaki sampaila..hahaha

Melalut dah tuh..

Alhamdulillah urusan di JPPH selesai dengan mudah..
Documents semua lengkap
Tunggu nak setel kat Putrajaya plak..
So dalam 10minit setel..
Lepas bawak anak2 makan KFC..
Aku terus gerak balik ke KL..
Mengantuks tak yah cakapla..
KL ke Seremban tu pun aku bawak nguap2..
Seremban - KL pun sama jugak..hadehh..
Borink sebab hubs takde nak nyembang..

Dak aish kakaknya pegang..
Takmo dok dalam car seat tu..
Aku tadah jela telinga derang bising2 kat belakang tuh..
Gelak2 la..
Aku pun tak tahu apa yg kelakar sangat..
Sebab derang ni memang suka buli dak Aish..
Dahla adik ko ni berjiwa halus jiwang jiwangan..
Ko gelak kuat2 tu kompem dia sentap pehtu nangis..
Sebab dia takut orang gelak kuat2..
Kakak2nya semua pesen gelak kuat..
Tak tahu haihh ikut sapa entah?
Rupa2nya dia make up adik aish dia jadi camni..

Read more →

"Lagi 4 Tahun Bang!!?"

,
Dialog Pagi Suami Isteri di pasar..

Isteri : Abang..sedapnya tengok buah manggis orang tu jual tu..azrine boleh makan ke??

Suami : Mana boleh..baru sangat beranak..sejuk tuh..lagi 4 tahun baru boleh makan..

Isteri : 4 tahun??.erkkkk *dalam hati*.

speechless terus..

haila buah manggis..takkan la nak tunggu 4 tahun baru nak NGAP ko??

sadis dan sedihnya hati..alahai..
PITY me!!

p/s : takde maknanya aku nak tunggu 4 tahun...hahaha
Read more →

Monday 10 June 2013

Cerita 2 Hari Sebelum Bukak Sekolah

,
As salam..

sekolah dah 2 hari bermula..
mood suam2 kuku ke uols?
yelar..cikgu cikgi lama no bercuti..
yang bukan cikgu pun ambil cuti bercuti sakankan??
ada yang bawak anak2 jalan ke oversea..
bestnya!!
bilala dapat bawak anak2 bercuti luar dari Malaysia ek..
inshaAllah..ada rezki anak2 nanti..doakan ye..

sabtu sepatutnya aku ke kenduri kahwin kawan satu tempat mengajar
kendurinya di Rawang..
hubs plak suruh aku datang ke subang dulu..
suruh aku menengok kasut adidas sales kat USJ katanya..
hadeh..dahla Sabtu tu LDP jammed..

lambat bagitahu suruh datang situ dulu..
lambatla aku gerak..
dengan bermini kurung berlawa-lawaan aku datang menengok kasut adidas sales..
rembat la satu..dah hubs cakap dia nak belikan..
kebetulan kasut sukan aku kena curi bulan lepas..
nanti aku show2 ko kasut adidas aku tuh ek..
sempat rembat seluar track sehelai buat pakai tukar2 untuk subjek PJ

then dah pukul berapa nak gerak ke rawang kan??
cer bagitahu aku..segan kot gi kenduri kawen orang sampai pukul 4..
hubs aku plak dah nampak macam takmo gi..
bengang la jugak..sebab aku memang dah planned lama takmola tak datang..
adik ni memang baik dengan aku kat sekolah..
aku bersalin dak Aish pun dia datang tengok..
bukan rezeki aku kot nak tengok dia kawen..
neway..TAHNIAH ye AIN!!


akak curik gambar ko sis kat fb wall ko ek..ampun...hahaha
semoga berkekalan hendaknya..
cepat2 buat anak ain ek..hahaha..
mesej kejam dari kakak kesayanganmu..*tetiba kesayangan*
ohh..lagi satu..u look so gorgeous!!

then Ahad plak cerita pagi biasanya ke pasar tani..
kat area melati ni pasar ahad baru meriah sikit pasarnya..
kalau weekdays biasa je..
rabu pun hanya ada orang jual tudung..
kalau selain hari rabu dan ahad..takde apa paginya..huhu
sempat plak beli durian crepe..
tetiba masa nak beli nasi kerabu tuh..
gerai yang sama ada jual durian crepe..
dasatkan..walaupun bukan musim durian ko..hahaha
saya belila sepeket untuk rasa..
takut beli banyak tak sedap plak..

isi durian tu tak banyak sangat..banyak whipping cream je..
tapi still sedap kat tekak akula..bolehla 6 keping rm10..
so ahad depan kalau nak repeat masih boleh lagi..
selagi anak2 aku suka makan gitewww!!!

setel balik pasar dengan hubs..
mari kita kerja kemas rumah plak..
sikit2 je ngemas..sebab takdela kotor sangat..
kemas apa yang patut..
pikio nak masak lunch plak..

lauk lunch yang simple jek..tapi anak2 aku memang fav dorang masak lemak kuning tuh..
aku just boh ikan masin ngan timun je..
sebab aku tak dapat cari nenas..
so gu ngan timun jela ek..
takpe..tu pun anak aku 3x tambah makan nasi..hahaha
abaikan ikan kegelapan tu ek..
aku goreng ikan memang gitu..
tak hitam tak sah..
sebab aku boh cili kering kisar tu sikit..
baru sedap..giteww..

sekian laporan weekend kami recently..
korang punya citer plak..
ngeee...

Read more →