AS SALAM..
wah..busy je kehidupan selepas pantang ni ye?tak nyempat nak beronline bagai..
Mujur ada jugak hp boleh nengok2 perkembangan kekawan di fb ngn blog2..
Nak berlappy bagai masih belum berkesempatan lagi..rutin harian padat..berpantang dengan husband yang sangat cerewet bab2 berpantang ni..kalah berpantang dengan emak saya!!hahaha..
Bertungku je sehari 3x uols..penat iols angkat batu tu..uhuk..tapi takpela demi badan terchentakan??hehe
Hari ni genap 8 hari dah saya menjadi ibu kepada 4 cahaya mata..macam tak percaya pun ada..hehe..kadang2 terpikir boleh ke manage umhtangga dengan 4 orang anak..mampukah saya?
Semoga Allah permudahkan urusan saya dan mr hubby..amin
Oh..our latest edition ni namanya AISH ISKANDAR..ada yang kata cam nama hindustan..actually AISH tu memang diambil berpandukan nama2 Islam..
AISH ~ MEWAH, KAYA RAYA
ISKANDAR ~ NAMA SEORANG RAJA
Tak bermakna mewah dan kaya raya harta benda..tetapi mewah dan kaya dengan akhlak yg mulia..insyaAllah..amin..
ISKANDAR tu memang dari baby dalam perut lg Mr Hubby aimed nama tu..1st ank lelaki in our family..Mr Hubby agak excited nak nama tu kot..maka setujula kami dengan nama AISH ISKANDAR
Semoga menjadi anak yang soleh dan berakhlak mulia..amin..