Sunday, 30 June 2013

Perut Kempis..

,
As salam..
Perut korang senang tak kempis lepas bersalin?
Aku alhamdulillah..sangat bersyukur..
Sebab perut takdela boncit sangat lepas bersalin..
Cuma tipula kan kalau kata bila dah ada anak perut ko kempis cam anak dara..*kesatairmata*

Memang stressed kan tengok perut tak sekempis masa jaman anak dara dulu..waaaaaa...sobs...sobs..
Sebenarnya ada banyak cara dan tips nak kempiskan perut selepas bersalin ni..
Aku bukan pakar ek..
Ni mood aku terlebih rajin nak kongsi ngan ko ko camne nak kempiskan perut k..
Sementara aku tengah rajin ni la nak share2kan?
Sharing is caring ko kata..ngeee


aku ambik dari majalah Pa&Ma Julai 2013


1) Susu Ibu - susukan anak sebaik sahaja selepas bersalin dan seterusnya sehingga 6 bulan dan penyusuan secara eksklusif dan sehingga 2 tahun. Nyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200-600 kalori sehari.

2) Bengkung - bagi yg bersalin secara normal bolehla berbengkung terus dan yang bersalin secara czer boleh memakainya selepas seminggu. Berbengkung dikatakan mampu membantu mengembalikan bentuk badan asal dan kempiskan perut.

3) Bertungku /Bertangas /Sauna - bertungku bertujuan untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut atau rahim. Manakala bertangas atau sauna mampu memecahkan lemak, angin dan air yang berlebihan dalam badan.

4) Pemakanan Sihat - wanita bersalin lemah dan letih. Anda perlu makan makanan berkhasiat dan seimbang bagi menambah tenaga dalam badan dan yang penting pastikan susu ibu mendapat khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi bagi mengelakkan masalah perut boncit dan menggeleber.

5) Aktiviti Kecergasan - senaman kardiovaskular dan abdonimal tertentu boleh bantu kempiskan perut. Selain itu, aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang mampu mengatasi masalah lebihan lemak di bahagian perut. Bukan sahaja perut anda kempis, tetapi dapat membina.otot perut.

6) Postur Tubuh - memastikan kedudukan postur tubuh dalam keadaan yang betul. Duduk dalam keadaan tegak, berjalan dalam keadaan postur tegak (tidak membongkok).

7) Toksin Dalam Badan - baru tau.toksin dalam badan berkumpul di perut. Ini boleh menyebabkan masalah penghadaman dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. Boleh ambil supplemen utk hilangkan toksin dalam badan dan lakukan proses detoksifikasi.

Selamat mengempiskan perut ye kekawan!!

posted from Bloggeroid

0 comments to “Perut Kempis..”

Post a Comment