Tuesday, 2 July 2013

Al-Fatihah

,
As salam..
Malam semalam aku dikejutkan dengan berita kematian seorang jiran depan rumah aku..
Dia dok sorang2 sementara anak dia keluar bekerja..
Anak perempuan yang balik kerja baru perasan yang mak dia rebah..

Aku lepas balik sekolah petang semalam..
Ralik tengok teduhan kasih episod akhir..
Lepas setel mandi ngan solat magrib..
Baru start nak masak untuk dinner..
Jiran sebelah aku datang bgthu yang kak ani jiran depan jatuh dan meninggal..
Terkejut menggigil aku..
Arwah dilaporkan telah meninggal dah 5 jam..
Maknanya lbh kurang kul 1.30 camtu..

Sebab kami agak rapat jugak..
Memang selalu sembang..
Sembang pasal anak dia..
Sembang pasal hubs dia yang gantung dia tak bertali..

Pity arwah..

Kak ani ni peramah sangat..
Tiap2 hari turun bawah bagi makan kucing2 terbiar kat kawasan rumah aku ni..
Suka sangat kucing..
Kucing pun dah kenal dia sbb selalu sangat bagi makan..
Memang ko boleh dengar suara dia panggil kucing makan..
Suara dia pulak kuat..
Rajin jugak nyembang ngan abah aku masa abah aku datang nk ambik kak cik g sekolah

Ajal maut ketentuanNya..
Tidak lewat walau sesaat pun
Semoga Allah meletakkan arwah dalam.kalangan para solehah

Semalam apa yang aku dengar..
Selepas polis datang..
Mungkin jugak polis syak ada orang pecah masuk..
Berdasarkan keadaan arwah yang terlentang..
Dan ada kesan lebam kat dahi dan sedikit darah..
Tapi jiran2 dok cakap sebelah arwah ada kerusi roda..
Mungkin jugak dia panjat kerusi tu untuk ambik frame simpan..
Sebab kebetulan arwah tengah berkemas untuk pindah ke gombak..
Hanya Allah Maha Mengetahui..

Marila sesama kita sedekahkan Al fatihah untuk arwah..

posted from Bloggeroid

0 comments to “Al-Fatihah”

Post a Comment