Sunday, 7 July 2013

Cheesekut Dengan Topping Oreo..

,
As salam..
morning uols..
yeaahhhh
hari ni nak kongsi ngan korang fenomena baru dalam kalangan mommies gojes lately..
kehkeh..
CHEESEKUT nama diberi..

sebelum tu nak ucap thank u so much dan kredit kepada Nadt sebab sudi kongsikan resepi kat blog beliau..
tq sis!!



saje tepek gambar bebesar supaya korang terliur..bahaha..*janganmaraaaaaa*

Cheesekut telah selamat aku bawak last Friday sempena potluck Ramadhan..
dan alhamdulillah..ramai yang cakap sedap..*matakeatas* 
dan ramai yang nak resepi..
yang mana takdan aku nak bagi tu please copy paste ajok!!

ok..ok..udah2 ler terliur ek..
nak buat tak??
ambik kertas cepat!!
meh nak kongsi resepi..

firstly korang gi beli dulu bahan2 yang diperlukan bagi menjaya misi cheesekut ni..

 bahan2 utama yang WAJIB ada..

1) 1 paket biskut Original Mini Cracker (derhaka daripada resepi asal sebab takde jual)
2) 250 g cream cheese (jenama apa pun takpe)
3) 1/2 tin susu pekat (bergantung pada manis yang korang nak)
4) 3-4 sudu susu fresh milk 

Cara Membuatnya

1) Pukul 250 g cream cheese tersebut menggunakan mixer atau blender (aku guna blender sebab takde mixer...sobs..sobs)..aku terus blender sekali dengan 1/2 tin susu cair...(derhaka jek)

 tu aku masuk sekali cream cheese tu dengan susu pekat..

2) Blend sampai kembang dan tukar warna sikit.. dan aku campurkan susu fresh milk tu sampai jadi cair cam dalam gambar kat atas..

3) Lepas tu ambik biskut yang comel tu..celup sekejap je dalam susu fresh milk tadi dan susun kat dalam bekas yang korang suka..kalau suka nampak tinggi guna bekas yang sesuai dan tak besar sangat..jangan lupa 1st layer tu letak biskut dulu tau..



 4) barula korang lapiskan biskut tadi dengan cream cheese secara nipis2 jek..


5) ulang langkah 3 dan 4 sehingga habis cream cheese uols ek..

6) selepas tu, bolehla kisar biskut oreo dengan menggunakan blender kering tu dan taburkan atas cheesekut uols.. aku tabur selepas aku letak dalam 2 jam dalam freeze..boleh jugak letak terus.. dan boleh jugak gunakan kreativiti uols letak milo ke..buah-buahan ke..ikut suka ek..


ok..selesai sudah kongsi resepi best dengan uols..
tengok gambar ni rasa sekarang jugak nak gi beli cream cheese nak repeat lagi..
hahaha
selamat mencuba!!

nak tengok resepi asal tuan punya badan..boleh la klik link kat bawah ni ye

http://sayepunyebelog.blogspot.com/2013/06/cheesekut.html

p/s : nyesal tak beli bebanyak cream cheese tatura tu..sebab kat area umah aku payah nak dapat..haihh!!

0 comments to “Cheesekut Dengan Topping Oreo..”

Post a Comment