"Saya tidak dipaksa oleh pihak Desa Murni Batik untuk tampil dengan imej bertudung tetapi ini salah satu inisiatif saya sebagai dutanya sejak 2 tahun lalu. Malah, Desa Murni Batik bukan sahaja mengeluarkan kain-kain bercorak batik yang sesuai untuk dibuat baju tetapi mereka juga ada mengeluarkan tudung yang bercorak batik. Jadi sebagai lambang seorang duta saya sengaja berpakaian lengkap daripada butik ini.
"Namun, ianya permulaan langkah yang baik untuk saya. Mungkin saya belum benar-benar membuat keputusan untuk kekal bertudung sekarang tetapi InsyaAllah akan datang kerana saya juga cuba untuk jadi muslimah yang sempurna," katanya kepada murai.com.my selepas pelancaran cawangan baru butik tersebut di Shah Alam, baru-baru ini.
"Ada orang bertudung mengikut musim iaitu seperti di bulan Ramadan sahaja atau sebagainya tetapi bagi saya, saya akan bertudung tetap bila saya benar-benar bersedia hendak bertudung.
"Keinginan untuk jadi muslimah yang sempurna itu ada tetapi biarlah kalau saya bertudung itu saya faham erti tudung dan kemudian mengikut syariat yang betul serta bukan sebab mahu berfesyen.
"Namun saya harap lebih ramai yang mendoakan yang terbaik untuk saya. InsyaAllah saya akan bertudung juga," jelasnya lagi yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri Demi Cinta untuk Astro.
Bagi aku lawa sangat Erra bertudung..dan aku doakan semoga Allah membuka pintu hati Erra untuk cepat2 berhijab..amin..