Dah besar anak ummi!!
Dah boleh harap nak jaga adik2 dah kan?
Tahun ni peperiksaan besar yang bakal kakak hadapi..
InshaAllah..ummi tahu anak ummi mampu mendapat keputusan yang baik..
Tapi semuanya terletak pada usaha kakak..
Semuanya terletak pada kakak nak berjaya atau tidak?
Abh selalu pesan gitu kan?
Selebihnya kita serahkan pada Allah untuk menentukannya..
So kakak boleh baca apa yang tersirat dalam hati ummi..
Ummi tahu kakak ingat bila ummi ada anak2 yang lebih kecil..
Ummi dah tak bagi tumpuan kat kakak..
Kakak ingat ummi selalu menangkan adik2..
Sebab ummi tak sayangkan kakak
Kakak silap tu..
Kakak dah besar...
Sepatutnya kakak sama2 bantu ummi menjaga adik2 kakak..
Bantu ummi sesama sayangkan adik2..
Buang sifat cemburu kakak pada adik2..
Didik adik2 dengan perkara yang baik2..
Itu yang ummi nak..
Solat pun dah tak payah suruh..syukur..
Kekalkan benda yang baik camni..
Dan ajar adik2 buat perkara baik yang kakak buat k..
Cuma satu je ummi nak kakak buang slowly..
Sifat baran kakak tu..
Bila rasa nak marah tu cepat2 mengucap..
Happy Birthday Kakak!!
Semoga kakak dapat apa yang kakak impikan..
U know what i meant..
Semoga membesar sebagai anak yang solehah..
Panjang umur dan murah rezeki..
Semoga diterangkan hati semasa menjawab UPSR next month..
Good luck!!