KLANG 14 Sept. - Seorang bayi perempuan berusia enam bulan yang dipercayai menjadi mangsa dera ketika berada di rumah pengasuhnya di Jalan Teluk Gadung Kecil di sini, meninggal dunia hari ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop memberitahu Bernama, Nur Sofea Insyirah Mohd Sharil meninggal dunia kira-kira pukul 2.25 petang ini di Unit Rawatan Rapi Pediatrik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dekat sini.
Mangsa dimasukkan ke hospital itu sejak Selasa selepas dipindahkan dari Hospital Pantai Klang.Bapa mangsa, Mohd Sharil Ahamad, 28, memasukkan anaknya ke Hospital Pantai Klang pada malam Isnin selepas bayi itu tidak sedarkan diri.
Mohd Sharil kemudian membuat laporan polis pada Selasa pagi apabila dimaklumkan anaknya mengalami keretakan di tengkorak kiri, pendarahan otak dan lebam pada dahi serta kedua-dua lututnya.
Bayi itu dihantar ke rumah pengasuh itu sejak berumur dua bulan dan pernah mengalami kecederaan di dahi sebelah kiri akibat bergesel dengan karpet ketika cuba meniarap selain kesan lebam di dahi akibat terkena botol susu.
Polis sebelum ini mengambil kenyataan daripada Mohd Shahril dan pengasuh bayi itu. - BERNAMA
sungguh menyayat hati..geram je rasa nak sepak2 muka orang yanh dera tuh..
Aku ada baca..
Pengasuh ni terpaksa jaga bayi
sebab suaminya berkawan dengan bapa kepada bayi nih..
Wallahualam..
Dalam apa yang kita lakukan pun mesti dengan ikhlas.
Bila hati kita xikhlas dan busuk..
Mungkin begini pengakhirannya..
Pengajaran untuk diri aku jugak..
Semoga bidadari syurga ini tenang di SANA..
Al-fatihah..