Wednesday, 31 July 2013
Masakan Sepanjang Ramadhan 2013
Aish is Recovering | Berat Badan
Syukur alhamdulillah..
Dak Aish is recovering..
Harap sangat takde dah demam panas happen again on him..
Bukan la kita nak elak takdir..
Allah itu maha mengetahui
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah..
Memang semua ibu akan rasa benda yang sama macam aku rasa..
Takut..nerves..blurr sangat bila anak kecik kena demam panas..
Got 1 kid kat ward kanak2 ni...
Jadi paralysed due to flu and fever..
Budak umur 7 tahun je baru..
Hopefully budak tu sihat balik dan boleh berjalan semula..
Sebab sayang sangat..sekolah pun pandai..
Lagi 1 kes budak aktif umur 1 tahun 7 bulan..
Terus jadi pasif dan terlantar je sebab epilepsi (sawan)..
Semuanya berpunca daripada demam panas..
Tu la aku cuak giler kalau anak kecik demam panas..
Kepala tu kena sentiasa basah..
Jangan stop demam kepala bila anak demam panas..huhu
1st result DR cakap darah merah cam kurang sikit..
Katanya sebab kurang zat besi..
DR advised aku perbanyakkan sayur hijau dalam makanan dak Aish..
Sebab aku fully bf jugak..
Aku pun kena jugak banyak makan sayur hijau..
Dan kena jugak makan makanan yang banyak tambah darah contohnya hati giteww..
Sebab aku selalu boh carrot je dalam bubur dia..
Silap aku jugak tuh..
Even aku ada anak 4..tapi bab2 cenggini aku still in learning process lagi..
Tak sama kot membesarkan anak2 yang ini dengan yang itu..
Tak semua budak samakan?
Sebab kalau tak..aku mungkin tak sedar yang aku masih belum bagi secukupnya kat dia..
Aku pun kena take note dan realised apa yang aku makan..
Sebab apa yang aku makan mostly pergi kat dia melalui susu badan aku..
So aku kena alert la..
Ramai dah tegur aku makin cengkung dan kurus..huhu
Yelar..makan tak banyak..
Tapi perlu keluar dengan banyak sebab nyusu dak Aish..
Camne tak kurus..
Hubs pun dah bising..kenapa jadi kurus lain macam?
Tak reti kot aku nak jawab sebab serius aku tak pernah diet..haha
Dah tinggal 50 jek..hadoii!!
Jalan pun dah melayang2 je aku rasa..
Seluar jeans pun longgar..uhuk..
Kalau tanya aku personally memang aku tak suka kurus camni..
Ai feels unhealthy..huhu
Takpe..berat aku senang naik senang turun..
Tunggula lepas raya..naikla balik tu..
InsyaAllah..
posted from Bloggeroid
Tuesday, 30 July 2013
Apa Cerita Persiapan Raya?
Kalau tanya persiapan raya..
So far masih ada lagi belum habis membeli..
Kami tahun ni raya di Penang..
So raya secara sederhana jek..
Yang penting anak2 la dapat pakai baju baru..
At least make them happy kan?
Kita pakai je apa yang ada..hikhik
Sebab senang mengikut baju dak Aish dan abahnya yang dah existing..hehe
Kebetulan baju kakak dan aku tempah awal tahun ritu lagi..
Aku beli kain cotton ngan kawan aku online..
Pastu kak ngah pakai baju yang kakak dia (anak tiri aku) kawen ritu..
Yaya plak aku dah belikan baju kurung ikut tema siap2..
Aku punya ths week baru nak ambik kat tailor..
Lengkap la untuk pagi raya..
Yang tinggal tudung raya untuk anak2 aku dan aku..
Pagi raya mestila excited over nak mamp sikitkan..
Semua pun nak baru..*matakeatas*
Sebab cuti nuzul hari tu patutnya kononnya nak ukur jalan TAR..
Tapi dak Aish tak sihat tu kan..
Tak sihat sampai membawa ke weekend dan finally warded kat HKL..
Nampak gayanya tak dapat kot nak ukur kat jalan TAR tahun ni sebab hubs everyday ada job malam..
Might be until 4th kejenya..huhu
Kat butik PS pun ok je I..bahaha..
Cuma pesen tudung tu tak tahu nak pakai gaya apa tahun ni?
Bertingkat2 ke..berlilit2 ke..berturban ke?
Haihhh!!*kalahretis*
Tinggal kasut je untuk kakak ngan kak ngah..
Beli kat vincci je kot..
Itu nantila kita g JJ sat..
Secoet je dari umah..
Yang lain2 rasanya takde apa dah kot la..
Nak beli varang kemaih tak cukup duit lagi..
Katanya bonus 500 tu jekan?*alasan*
Duit tu dapat buat habuan bagi duit raya je kot ngan top up T n G balik penang nanti..
P/s : dah packing sesikit untuk balik penang sebab nak packing untuk 6 kepala are not easy okeh!!kalau blh bawak balik almarikan senang...huhu
posted from Bloggeroid
Untuk Pertama Kalinya
Alahai..kesian kat anak2..
Semalam tidur awal..
Kul 2pg bangun kunci jam la konon..
Sebab lauk semua dah ada..
Tinggal nak makan je..
Tapi tak donga2 pun eh bunyi alarm..
Bangun2 je eh..dah kul 5:46..
APTB!!
Gerak anak2 suruh mandi nak gi sekolah..
Kesian dorang..
Harap boleh bertahanla tak sahur tuh..huhu
posted from Bloggeroid
Monday, 29 July 2013
Discharged
Alhamdulillah..
Dak Aish dah selamat keluar HKL pukul 4 semalam..
Demam pun dah takde..
Normal temperature..
Cuma ada keluar rashes sikit kat muka ngan badan..
Dr cek dan konfirmkan bukan measles/campak..
Rashes atas sebab badan terlalu panas..
Normal Dr cakap..
Sedikit gambar2 dak Aish kat wad..
Tak sempat nak update panjang2..
Hari ini mintak CRK sebab dak Aish masih recovering..
posted from Bloggeroid
Sunday, 28 July 2013
Aish Warded at HKL
Currently dak Aish kena warded kat Institut Pediatrik kat HKL semalam..
Since Jumaat tak dan update kat sini..
Sebab dak Aish demam panas pagi Jumaat tu..
Terus bawak ke HKL untuk further cek up..
DR bagitahu kalau demam makin teruk atau tak kebah dalam masa 3 hari kena bawak datang HKL lagi untuk ambik darah..
Tu yang terus gi kat emergency HKL
Actually since demam hari jumaat tu..
Kalau makan ubat pun tak berapa reduce panas dia tuh..
Peluh pun tak..
Cuma kurangkan suhu dia jek..
Risaula jugak..takmo makan bubur..
Tapi alhamdulillah menetek je keje dia..
So takdela risau melampaukan?
At least dia masih nak menyusu..
DR terus decided nak masukkan kat ward utk ambik darah katanya..
Sebab demam dh melebihi 3 hari..
Suhu pun cecah 38.9 selepas makan ubat pun..
Makanya dak Aish warded kt sini..
So far dak Aish menunjukkan tanda2 positif dan recovering..
p/s : really hope that Aish can be discharged by today..huhu
Wednesday, 24 July 2013
Nasi Ambeng
Dato' Hattan Bernikah Semula Dengan Bekas Isterinya Arianie
As salam..
Malam semalam sempena mengambil keberkatan bulan ramadhan..
Dato' Hattan dan Arianie selamat dinikahkan semula setelah hampir 10 tahun berpisah..
Alhamdulillah..majlis pernikahan mereka berjalan lancar dan tahniah kepada kedua mempelai..
Bantuan Khas Raya 2013 Untuk Penjawat Awam
Finally dapat jugak bantuan khas raya untuk tahun 2013..
Untuk kakitangan kerajaan semua gred layak menerima rm500 untuk bantuan khas raya..
Manakala bantuan rm250 diberi kepada kakitangan awam yang dah pencen..
Syukur sangat..
Orang memberi kita merasa.
Rezeki jangan ditolak..
Bantuan akan dibuat pada 31 Julai 2013 ini.
Tahniah untuk kakitangan awam!
posted from Bloggeroid
BE ke 5 | Thank You Nuffnang!!
Tuesday, 23 July 2013
RE : Bila Anak Pujuk Abh Melalui Sms
Haishh..baru sempat nak update..
Ada urusan di KL pagi tadi..
Alhamdulillah..ramai yang komen dan bagi pendapat pasal suruh bagi pegi atau tak payah bagi pegi lawatan tu..
Bukan 150 ek..
Yang 150 she mentioned tu..
To those yang nak bayar ansuran..
Masalahnya bukan pasal bayaran abh dia tak bagi gi..
Abah dia risau if anak gi lawatan jauh2..
Dan dia still budak lagi walaupun umur dah 12tahun..
Bukan pasal UPSR pun..
If she able to get straight As pun abah dia tak kan bagi..
So memang tak yah nak pujuk2 la..huhu
Kesian memang kesian..
Tapi sebab jauh dan berhari2 plak tuh..
Better tak payah gi..
Anak pun ada depan mata kan?
Nantila ada rezki memang ada planning nak bawak derang gi Langkawi..
Rasa aku 300 tu mahal sangat!!huhu
Really appreciated..
posted from Bloggeroid
Bila Anak Pujuk Abah Melalui SMS
Monday, 22 July 2013
Empat Belas Hari Berpuasa
Semalam flat gila babas..
Plus sakit gigi plak semalam..
Balik memasak untuk berbuka..
Terus tido..
Tak larat sangat..
Nasib dak Aish pun tido awal..
So sambil bf dia dua2 lena..
Kukus pau jiran sebelah bagi last week..
Aku makan tu je masa sahur dengan makaroni goreng..
Jadila habuan bersahur..
Buat milo untuk dua dara pingitan tu..done!
Alhamdulillah...ada tunggakan untuk bulan ni..
Dan alhamdulillah..dah mula dapat gaji pokok baru..
Terkejut jugak..macam banyak plak naiknya ek..
Pepun rezki ramadhan dan rezeki nak raya ni..
Banyakkan nak pakai duit..
Syukur sangat..
Kot dapat bonus lagi kot..
Hehe..*veranganitufree*
Planning nak cari baju kurung readymade anak2 aku..
Untuk pakai raya ke-2..
Untuk raya first dah lama setel..
Seluar dak Aish nak cari lagi sehelai..
Seluar kakak lagi sehelai..
Ko taula budak umuq 12 tahun..
Dah pandai rekues nak seluar camne..
Hari tu kat brand oultet habis size dia..
Ni tengok malam ni nak gi cari kat uptown danau..
Hari tu gi ada aku tengok..
Tapi tak bawak kakak masa tu..
Seluar dia banyak je kat umah ni..
Tapi dah namanya rayakan..
Dapat la seluar baru sorang 1..
Jadila habuan raya..khennn...
Aku nak cari tudung je..ngee..
posted from Bloggeroid
Sunday, 21 July 2013
Resepi Puding Pisang Dengan Sos Kastard
- sesikat (anggaran..lagi banyak lagi sedap) pisang berangan (pisang lain pun boleh)
- 1 tin susu cair
- 11/2 gula pasir
- 1 sudu kecil esen vanila
- 3 sudu besar tepung kastard
- 2 cawan air
- sedikit butter untuk menggoreng
- daun pandan sebagai pewangi
- kupas kulit pisang dan sekiranya suka boleh belah dua pisang tersebut..(saya tak potong)
- panaskan kuali dan letak 2 -3 sudu butter untuk menggoreng pisang dan goreng hingga garing..(kehitaman sedikit)
- selesai menggoreng.. susun pisang2 tersebut dalam keadaan jarak2 di dalam loyang seperti gambar di bawah...
- dalam kuali yang lain..masakkan susu cair, gula dan 1 sudu kecil esen vanila dan daun pandan..masak sehingga gula cair..
- sebelum campurkan tepung kastard dalam kuali..campurkan air panas dalam tepung kastard dan kacau sehingga sebati (takde ketulan) dan masukkan dalam kuali tadi..
- masukkan 2 cawan air (agak2) dan masak sehingga pekat likat..
- tuangkan ke dalam loyang dan biarkan sejuk sekejap sebelum di masukkan dalam peti ais sebelum di makan.
Aish Iskandar 9 Bulan..
As salam..
Alhamdulillah..dak Aish dah genap 9 bulan semalam..
Sat je kan..
Masa betul2 jeles arr ngan kita..
Nanti tup2 dak Aish dah berjalan..
Sure rindu nak tengok dia kecik2 balik..
Dah2..jangan nak suruh aku banak lagi ek.
Cukupla kot dengan 4 orang yang ada ni..
Tu pun dah berperang okeh!
Bahaha..ppfftt!
Aku just nak buat quick update je..
Dak Aish sekarang dah ada gigi 2 batang..
Baru nampak banyak sikit keluarnya..
Tapi nak ambik gambar memang tak dapatla..
Punyala payah kot.
Sekarang nak ambik gambar dia pun gegor je manjang..
Dia tak dok diam okeh..
Aptb!!
Secondly, dia dah sangat aktif..
Tak dok diam..
Asyik manjat je..pastu landing ikut dan..
Cuak aku okeh!
Kalau ko ada belakang dia..
Dia lepas je tangan datang terus kat ko..
Urut dada aku okeh!!
Kalau nak letak dia atas walker pun sekarang dia dah refused..
Siap buat keras badan..
Takmo lembutkan kaki..
Haru haih!!
Tapi bila aku nak dok dapur sat2..
Aku terpaksa letak jugak dalam walker..
Sebab kalau biar kat bawah..
Semua benda nak kuis2 pastu kutip bawak masuk dalam mulut..
Hadehhh!!
Ohh..sekarang bila sebut babai
Dah pandai angkat tangan lambai..
Tapi tak berapa rajin sangat nak buat..
Hahaha..
Selalunya babai tokayah dia je la..
Orang lain xmo sangat babai..hehe
Macam2 la ko dik..
Nak pakai baju dia pun berperang..
Peluk ketik aku!
Mesti nak kena ada benda utk dia main..
Tu pun still tak dok diam jgk..
Nak pakai pampers pun mau 15mins..
Ppfffttt...
Apapun aku berdoa semoga dak Aish membesar dengan sihat..
Menjadi anak yang soleh..
Aminn..:-)
Friday, 19 July 2013
Sweet Je Abby Abadi dan Suami
As salam..
Baru je aku tengok gambar sweet ni..
Aku tengok dari forum mommy gojes..
Ada blogger share gambar insta Abby Abadi..
Saje nak share kat sini..
Sebab tanjat bila dapat tau Abby Abadi dah kawen ngan mamat handsome ko!
Lucky kan Abby Abadi..
Semoga berkekalan hendaknya..
Aminn..
Pepun Tahniah to both of them..
*budgetabbybacablogaku*
Thursday, 18 July 2013
10 Ramadhan
Genap 10 hari dah kita berpuasa..
Syukur alhamdulillah..
Semalam balik aku flat habis..
Tak masak pun..
Hubs pun ada kerja..
So aku just beli nasi kerabu je untuk aku ngan kakak..
Kak ngah makan nasi ayam..
Then mak aku bagi nasi minyak lepas berbuka tu datang hanta umah aku..
Dapatla kami makan untuk bersahur..
Since dak Aish ni dah melata buas..
Tak dok diam langsung..
Badan aku pun dia cuba nak panjat..hadehhh
Aku pun rasa penat sangat badan..
Dak Aish pun bangun 5x jgk untuk bf..
Tengah makan sahur pun boleh benti bf dia dulu..
Siap stok tangan masuk dalam mulut tak sabar nak nyusu..hahaha
Mata tak bukak pun..aptb!
So balik sekolah sebelum berbuka tu aku pam jugak lagi utk bekal kat umh pengasuh..
Dan selalunya pagi2 camni aku pam lagi sekali..
Kalau banyak baru aku simpan buat stok..
Semoga Allah permudahkan perjalanan nyusu dak Aish..amin..
Tu je dok bermain dalam kepala aku..
Kang makin kecik plak dak Aish..
Dah la dia pesen kecik je..
Kakak2nya masa baby bam2..
Dia je halus cenggitu..huhu
posted from Bloggeroid
Wednesday, 17 July 2013
Garang?
Hari ni nak citer pasal garang..
Garang dengan anak2..
Korang kategori garang tak?
Aku respek giler kalau seorang emak tu boleh sentiasa berlembut dengan anak dia even anak dia buat salah besar..
Aku ni dulu lagi garang dengan anak..
Masa zaman aku 20-an..
Aku ada anak masa umur aku 21 tahun..
Masa tu aku belum jadi cikgu..
So masa tu aku adala sikit perangai buruk..
Eh bukan sikit..bahahaha..
Banyak kot pangai buruk..ngee
Aku baran sikit..
Mungkin sebab muda trang tang tang..
Darah panas ek..betul ke?
Macam tak boleh kawal marah tu..
Syaitannirojim sungguh..ppfffttt..
Tapi sekarang ni bila dah umur 30-an ni..
Aku dah kurangkan sifat baran aku..
Kurangkan sikit garang tuh..
Bukanla tak garang langsung..
Tapi bila kata ko dah ada anak dara..
Umur 12tahun plak tuh
Memang kalau ko guna sifat garang ko..
Alamat anak dara ko lagi memberontak..
Kadang2 aku perli dia sengih2 je..
Cer ko marah2..mau dia lawan aku balik..
Tu yang buat aku naik darah je kan?
Lagi tak sihat sebab asik naik darah jek..
Memang kalau ada anak dara ni..
Ko memang betul2 kena banyak sangat bersabar..
So jiwa dia tu kena belai..
Bagi dia selesa masa belajar..
Jiwa pun tenang..
Aku akan marah bila rasa aku PERLU marah..
Contoh bila dia smackdown adik dia..
Mau aku tak jadi tarzan ko?
Suka2 dia je ek nak buat adik dia sesuka hati..
Bila ada anak perempuan berturut2 ni..
Memang derang kuat sikit bergaduh berbanding ada anak lelaki berturut ek?
Dok dalam kereta..kalau takde abah dia..
Memang selalu bergaduh mulut.
Tak faham aku..
Benda kecik pun boleh jadi sebab bergaduh..ggrrrr...ppffftt..
Korang alami tak cenggini jugak?
Aku nak tanya yang dah ada anak 2-3 orang..
Korang alami tak macam aku?
posted from Bloggeroid
Bonus Aidilfitri 2013 ~ Adakah Akan Menjadi Kenyataan? | PM bayangkan berita gembira penjawat awam
p/s : rasanya macam dapat je kan??wahhhh..syiokknya!!!!
Tuesday, 16 July 2013
Aish Iskandar Approaching 9 Months Old
Kemain hampa ek..
Semua pakat show off entry berbuka pose.memasing ek..
Aku tak boleh sangat nak bershow off ngan korang sebab aku masak pun benda simple je...
Meehun ke mee ke..
Senang cerita..sebab laki aku suka jek..
Sebab weekdays kul 6++ baru sampai umah..
*sadis sobs...sobs*
Dah nak masuk 9 bulan dah dak Aish ni..
Lagi 4hari je genap 9 bulan..
Syukur sangat Allah bagi aku peluang menatang dgn penuh kasih sayang si boboy sorang ni..
Dah ada anak laki sorang kata ko..
Yang kakak2nya dah besar2..
Takdela sapa dah nak gomoi2kan?
Dia dah jadi teman tidur aku..
Abhnya pun terpaksa beralah..ngee
"Sory Abang!!"...*redha*
Suka giler aku tengok dia nak makan ummi dia masakkan..
Sebab masa memula aku introduced dia ngan solid food..
Dia tak berapa nak..
Asik buat muka loya..
Takdela nak nganga mulut bagai..
Barula dia makan beria..
Mungkin dia baru bersedia nak makan kot..
Ummi dia over excited sangat..
Sebab kakak2nya semua takde masalah camni..
Tu yang buat aku susah hati bila dak Aish takmo makan..huhu
Syukur sekarang dia dah makan bubur habis plak tu..
Kalau bekalkan kat pengasuh pun habis..
Alhamdulillah..
So far aku bagi dak Aish makan bubur nasi pagi, tengahri ngn petang..
Kadang2 skip pagi je..
Depends dgn situasila
Progress dia dah banyak..
Umur dah meningkat..
Lagi panjang akal..huhu..
Sekarang dah boleh berdiri sambil pegang2 perabut tuh..
Cuak je aku tengok sebab tup2 je dah berdiri..
Bukan apa..dia main landing je ikut suka dia nak..
Haru haihh!!
Urut dada nengoknya..bahaha..
Tahu tak menyebai?
Orang utara mesti tau menyebai tu apa..hehe
Kalau dia marah..dia jatuhkan aje kepala dia..
Mengamukla maknanya tuh..
Tantrum ek?*betulke ejaan tu*
Boleh tahan jugak bekeng dak Aish ni..
Ikut sapa ntah??
Tak kena je kompem dia landing ikut suka dia jek..
Kalau dok dalam walker..dia lembikkan kepala dia ke belakang..bahaaha..
Macam2 la ko dik..
Lagu Tayo kat tv habis pun dia nyebai ok..
Haru!!
p/s : ada tak jual mesin lipat kain ek..malasnya aku nak lipat baju tinggi menggonong ni..ppfffttt!!
posted from Bloggeroid
Monday, 15 July 2013
Bonus Aidilfitri 2013??
Berbuka Di Luar
Sunday, 14 July 2013
Resepi Nasi Minyak Versi Simple
Celoteh Isnin..
sekejap je dah 6 hari menyambut puasa..
alhamdulillah..aku masih kuat berpuasa..
Dari sehari ke sehari rasa makin kuat..
Semalam sempat sopink raya part 1 kat Fahrenheit belah pagi..
Balik dalam kul 3 rest2 sat..
Kul 5 ptg mula bersilat kat dapur..
Nanti cerita ye kami sopink kat mana
*macamadaorangkisah*
Terus terbaring macam ular kekenyangan..
Burok betul perangai..
Memang totally flat sangat..
Dahaga tak yah cakapla ek..
ALLAH saje yang memahami..
Tenaga dah mula ada..
Mungkin dah mula get used dengan situasi berpuasa tapi rutin mengepam masih lagi berjalan..
Semoga Allah permudahkan aku meneruskan perjalanan ini sampai dak Aish 2 tahun..
Aammiinn..
Sahur masih bangun on time..
Pagi tadi je aku tak masak..
Sebab menu berbuka aku buat lebih..
So makan je apa yang ada..
Buat air milo untuk anak2 aku..
Untuk aku WAJIB nescafe panas tarik 1..
Kalau tak nanti teringat je..bahaha
Kalah orang mengandung betul ko ek!!
Sebab Sabtu kena sekolah ganti jerebu..
So Ahad je masa untuk restkan badan..
Tapi takde maknanya..ppfffttt
Dah pegang title seorang ibu ni..
24/7 la kena berkhidmat..
Takdela banyak sangat masa ko nak rest merest!!
Betul tak korang?
Kalau dapat husband yang faham dan appreciated apa yang kita buat..
Okla dan rasa diri dihargai..
Kalau dapat macam kat bawah ni..
Jangan Monday Blues!!
Friday, 12 July 2013
Cuti Berganti Sempena Cuti Aidilfitri 2013
Aku baru baca blog Cikgu Samsudin yang berkongsi maklumat tentang cuti rasmi bagi pertengahan penggal ke dua dan juga sempena cuti hari raya aidilfitri bagi tahun 2013 bermula pada 07 Ogos 2013 (Rabu).
posted from Bloggeroid